Rabu, 5 November 2008

Sakit.....

Macam gigit semut jer kena inject nier......

Sakit nampak senang di ubati...sakit "x nampak" apa ubatnya?..hehehe


Salam....

Pagi ni kul 8 lebih aku dah pergi klinik penawar (klinik UiTM Johor) untuk mendapatkan rawatan kerana batuk dan terpijak paku karat kat Masjid petang semalam. Batuk dah 3 hari dah tapi dah terlanjur ke klinik baik aku minx ubat batuk terus...hahaha. Aku ingat nak biar jer kesan paku tu tapi rasa gatal jer tempat yang kena paku tu. Dan pagi tadi Dr Ali (member kat sini) terus bagi injection untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Aku juga di bekalkan dengan ubat-ubat untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Aku x pernah merasa takut untuk ke klinik (x macam mama) bagi aku injection hanya sakit mcm kena gigit semut jer....hehehe..teringat masa sunat ari tu (nak pujuk org kena ckp camtu la). Pagi ni setelah minum ubat batuk rasa ngantuk la pulak. Tapi aku kena tahan la, maybe tengahari nanti tido kejap la..hahaha.

Hari nie kul 7.15 aku dah gerak ke opis n bukak bilik kebal dan menyediakan kertas soalan untuk hari ni. Pagi tadi aku kuarkan ngan abg Hadzir jer pasal staff ramai x masuk keje lagi. Tapi aku respeks kat diaorang psl awal-awal pagi dah terpacak kat opis nie. Tanpa kalian x bermaknalah peperiksaan pada kali nie..hehehe. Kak Lim pun dah sihat n kembali bekerja ari ni, awal2 lagi dier dah uat air Nescafe Tarik. Sumer tunggu air dier uat, semalam minum air free (org promosi nescafe datang) kami kat sini aper lagi kuar la 2 jug untuk isi air tuer..hahaha. Yang pelik tuer yang free lemak berkrim kalau yang kita bancuh x jadi camtu plak..konpius betui..hahaha. Malam tadi kuar makan agak lewat (kul 10 lebih baru kuar), kuar ngan Haji Ros n makan kat Saufi Hanim. Kalau mkn kat sini kena isi lauk banyak2 kalo x rugi..better mkn banyak2..hahaha. Aku cam biasa la, ayam goreng saufi hanim mesti ader (rempah dier sedap) pastu sambal kupang (paberet Basha). Sembang2 tup tup dah kul 11.30 terus balik..hehehe..Shud lepak umah aku jer psl dier dah bungkus mee goreng kat pasar malam depan UiTM. Abis tengok Slam Dunk dier layan movie plak. Ingatkan nak tidor kat umah aku, tup2 nak balik..hehehe.

Esok seawal kul 8.00 pagi aku akan bertolak ke Kuala Terengganu menghadiri kursus. Ini la masa aku dapat berehat sikit..hehehe. Harap harap dapat jumper member2 lama kat sana...aku rindu nak dtg Terengganu, last aku pegi adalah pada tahun lepas (masa Interview HR Exec kat Primula Hotel)..so harap-harap banyak dah berubah kat saner...kalo aku x update blog aku sok paham-paham je la...hahaha. Sampai sini saja coretan aku pada hari nier...adios...salam.........

Tiada ulasan: