Isnin, 3 November 2008

Kecoh......

Salam......

Lawak ader, risau pun ader...kalut betul la pagi ni, rupanya banyak betul prosedur tentang peperiksaan yang aku perlu tahu. Dan aku bila dah kalut nie mula la nak marah dan fed up walaupun salah sendiri..hahaha. Macam-macam hal, dah la aku kena ke hulu dan ke hilir cuma pasal statistics table xder untuk paper QMT. Benda kecil jer tapi bleh jadi besar...hahaha. Tapi pengalaman akan mendewasakan kita...itu aku nyer opinion dan aku sanggup menerima apa jua yang akan berlaku selepas ini...hahaha. Malam tadi aku tidur agak awal kira-kira kul 11, mungkin pasal terlalu keletihan pasal hari semalam. Aku rasa sangat mengantuk walaupun banyak lagi benda yang aku nak lakukan semalam..hahaha. Malam tadi pun aku bungkus nasi goreng jer pasal member2 PPP semua x balik lagi. Housemate pun x balik lagi. Hari khamis ni sampai hari sabtu aku dah nak kena gi Kuala Terengganu kerana Kursus Pemantapan Budaya Kerja Cemerlang Staf Pentadbiran Kumpulan Pengurusan & Professional UiTM Johor dan kursus ini akan dirasmikan oleh Tuan VC. Nampak gayanya aku terpaksa meninggalkan staf HEA yang terpaksa bertungkus lumus di musim peperiksaan nie. Tapi hari sabtu nie kalo sampai awal aku ingat nak masuk opis la untuk memastikan exam berjalan lancar. Setakat 6 hari ni aku merasakan pressure yang sangat kuat tetapi x seteruk masa aku di UMW Toyota dulu la. Kat sini OK sikit..hahaha. Tentatif program kursus tersebut akan dipenuhi dengan sesi ceramah dari konsultan luar dan UiTM sendiri. Di harap kursus ini dapat memantapkan lagi diri aku dengan ilmu untuk menjadi seorang ketua yang baik dan berdedikasi...Sampai sini saja coretan aku pada hari ni....adios...chow sin chee.................

Tiada ulasan: