Jumaat, 14 November 2008

Kursus lagi..............


Salam.......


Sejak semalam banyak benda yang aku fikir sampai susah nak tidur. Fikirkan masalah, masalah dan masalah. Kadang-kadang aku rasa hidup ni membosankan biler banyak sangat benda nak fikir. Dan setiap benda tu terlalu banyak prosedur untuk dilaksanakan. Alangkah indah jika setiap masalah tersebut dapat di selesaikan dengan cara kita sendiri tapi aku terpaksa akur dengan arahan yang telah ditetapkan....hehehe..


Bulan depan jadual aku penuh ngan meeting dan kursus. Kursus adalah benda yang aku paling takut. Kenapa? pasal masa ni la nafsu makan aku menjadi-jadi (makan free punya pasal..hahaha). Ye la benda free, pastu banyak pilihan plak. So faham-faham jer la. hehehe. Nak dekat Raya Haji pun ader kursus (3-5 Dis di Intekma Resort). Kat sini pun keje berlambak-lambak, abis exam nak kena fikir pasal report and meeting plak. Pastu bulan 12 pasal registration pelajar baru dan lama. kat sini la baru aku dapat rasa kerja pejabat ni LETIH..hahaha.


Mama pun dah rindu sangat, skang pun asyik tersasul macam nak suh balik jer..hahaha. Maybe effect rindu yang teramat sangat kut..hahaha. Tu la ingat minggu depan nak balik Pahang, amik CTR hari jumaat. pastu sambung terus sabtu n ahad...hehehe. Bulan 12 nie banyak gak nak kena fikir = kenduri Tam n Reunion SKM Kota Gelanggi 2. Hari tu dah agree nak gi sana, tapi x tau la lagi. Banyak benda aku nak kena uat rupanya. Hidup aku dalam sebulan nie lebih kepada kerja, kursus, pikir, makan n tidur. Masa utk leisure tu agak sukar uat masa nier. hehehe.


Aku ader terfikir aku hidup macam burung kan best, bebas terbang sana sini. Tapi zaman sekarang pun bahaya gak (pasal ramai pakar lastik n tembak..hahaha) jadi x selamat gak la. Jadi as conclusion..MARI LA KITA PIKIR SAMA-SAMA--Assalamualaikum.............

Tiada ulasan: