Salam......Akhirnya sampai gak aku kat Segamat malam tadi lebih kurang pukul 11 lebih walaupun di sepanjang perjalanan ditemani hujan yang agak lebat. Nampaknya musim banjir bakal melanda di Johor agaknya. Semalam aku di JB adalah kerana menghadiri mesyuarat rumusan perjanjian program 2010-2011 yang sebelum ini diadakan di Colmar (lihat entri sebelum ni). Mesyuarat dilangsungkan bermula pukul 8 pagi sehinggalah pukul 12 lebih. Habis jer bermesyuarat di UiTM Kampus JB, kami terus bergegas ke Hospital untuk melihat seorang staff unit UPK UiTM Johor yang telah terlibat dalam kemalangan pada sabtu yang lepas. Keadaan pesakit beransur pulih dan mudah-mudahan tuhan menyembuhkan penyakit beliau. Petangnya pula kami ke Nusajaya, Wilayah Iskandar untuk mendengar taklimat berkaitan wilayah tersebut dan selepas itu kami terus ke Port of Tanjung Pelepas (PTP). Jadi sesi petang semalam lebih kepada sesi lawatan. On the way balik Segamat, kami singgah di Taman U, Skudai untuk membeli CD-CD pirate installer (dah lama x beli CD macam nie...hehehe) Aku ada beli beberapa CD OS Windows n software (petang nier boleh la format komputer..hahaha).
Sok aku akan berkursus team building selama 3 hari di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands. Ikut tentatif program kul 7.30 pagi dah kena bertolak ke sana. Jadi hari ni ingat nak pegi bandar cari beberapa barang keperluan untuk menghadiri kursus tersebut...hahaha. Memang aku rasa sangat penat biler memikirkan tentang kursus nier. Letih woooo....Last aku menghadiri kursus macam nier masa kat UiTM Perlis, 2 tahun lepas kat Pendang Lake Resort. Macam-macam peel, dan aku takut mesti kena jadi tuk penghulu lagi..hahaha. Kenapa la orang pilih aku jadi ketua, bukannya aku hensem sangat..hahaha. Hari ni keadaan agak terkawal kerana ramai staff yang menghadiri kursus integriti cemelang kat bilik seminar..aku pun xder banyak keje nak di buat. ok la, sampai sini saja coretan aku untuk hari ni....kalau aku x update esok tu paham-paham jer la..hahaha...adios....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan