Pagi sabtu ni merupakan exam untuk hari ke-18, tinggal 3 hari je lagi. Semakin dekat nak abis exam budak semakin ringan kepala aku..hahaha. Hari ni masih ader kes membawa nota ke dewan peperiksaan. Jumlah untuk hari ni yang kantoi meniru ader 2 orang..hahaha. Cekap gak la Ustaz Sazali dapat menerace bdk2 yang cuba meniru nie...hahaha.TQ Ustaz.
Dan aku macam biasa la, kena jadi Investigator (tanpa upah) untuk kes nier..hahaha.Kumpul barang-barang bukti untuk bagi kat HEP kukuh la sikit kes nier, bdk yang kantoi tu siap x mengaku meniru lagi mau jer aku tampor bagi mengaku. Macam la aku xder experience macam diaorang (dalam tiru meniru nie la)..hehehe. Dari rekod sem sem lepas banyak kena gantung la, yang kena buang pun lepas rayuan diringankan untuk digantung semester jer. Kali ni x tau la..hehehe.
Tapi citer yang paling best pagi nier adalah aku telah dinodai oleh penyengat yang celaka. Abis bengkak tangan aku. Citernya gini - tengah siap layan corner depan bangunan pejabat ni selepas pegi monitor tempat exam kat Dewan Sri Temenggong, aku rasa tangan aku pedih2. Pastu tengok ader ekor penyengat still melekat kat pergelangan tangan aku, celaka betui. Kat sini pun ko ketik (kata aku kepada beliau) walaupun dier x paham aku cakap aper kat dier. Tak pasal-pasal aku kena cucuk kat Klinik Penawar (nasib baik Dr Ali keje ari ni psl bdk2 exam)..maknanya dalam 2 minggu nier 2x aku kena cucuk (hari tu kena paku). Nasib kamu la badan..hahaha. Lepas cucuk rasa ngantuk giler, tapi still kena bersengkang mata, exam punyer pasal..hahaha. Dr Ali yang duduk di sebelah kanan aku dalam gambar di bawah. (gambar masa morning break masa kursus kat Kuala Terengganu ari tu).Petang nier suasana agak terkawal, sebab tu aku masih sempat tulis blog lagi nier..hehehe. Hopefully petang nier xder kes meniru la. Kalao x letih gak la aku nak pi sana....hahaha. Sumer staf pun tengah merilekkan diri... Malam nier ader game Man Utd, so kena la stay up. Game malam nier lawan Stoke City. Harap-harap Man Utd boleh menang. Glory glory man utd.....Go Go Go...hehehe....adios........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan