Selasa, 30 Disember 2008

Man Utd The Best................


Man Utd 1 - Middlesbrough 0..........itulah result games kul 4 pagi tadi..Alhamdullilah MU masih meneruskan cabaran ke atas Liverpool...Chelsea pun asyik seri jer skang nier..dan MU bakal memotong kedudukan Chelsea di tangga kedua kerana MU masih berbaki 2 games dalam tangan...Hopefully success la nanti...biar Liverpool berlagak dulu skang nier..hehehe....Chaiyok---chaiyok.....Man Utd......

Sibuk.....

Sibuk macammanepun, makan jgn dilupakan (sekadar gambar hiasan)

Salam....

Lama dah aku x update blog aku nier..hehehe. Ini kerana stat hari Jumaat hari tu aku sangat sibuk menguruskan kemasukan pelajar baru dan lama ke UiTM Johor nier...datang keje awal n balik lewat. Tu la rutin aku dalam 3 @ 4 hari nier. Letih rasenyer (tapi x seletih keje kat Toyota ari tu la..hehehe). Kadang-kadang stress menyebabkan kita cepat belajar tentang sesuatu perkara dan dapat melakukan sesuatu perkara dengan sebaik-baiknyer. Itu la perkara yang paling penting biler menjadi seorang boss nier. Kesilapan kecil bisa membuatkan satu duri dalam daging yang bisa merebak menjadi kanser di dalam sesuatu organisasi. Persefahaman dan permuafakatan antara staff amat penting untuk sesuatu organisasi agar sesuatu yang di lakukan dapat menjadi mudah dan teratur.

Dah lama.....dah lama aku x balik kampung untuk melihat keluargaku....bukan nyer aku luper..tapi tugas hakiki sebagai ketua bahagian menyebabkan masa untuk bercuti agak terbatas dalam hidup aku seharian. Bayangkanlah CTR yang aku perlu ambil dalam tahun nier sebanyak 5 hari burn macam tu jer...hehehe. Kalo aku cutier nanti susah plak Khalid nak handle sorang-sorang HEA nier. So jalan terbaik, pendamkan jer la niat tuer..Tapi dalam hujung bulan nier maybe aku berpeluang nak cuti lama kut. Rindu pada kampung halaman agak menebal tambahan pula bau masakan di kampung...alahai....uat lapar perut jer...rindu plak kat Afif, Dila ngan Amir.....Biarlah...biar la aku pendam semua nier dulu......

Jumaat, 26 Disember 2008

Aktiviti Malamku....

Teruk giler aku kalah set pertama..hehehe

Arif ngan skill bola berputar...hahaha

Basha ngan balingan konsisten...memang tahap pro mamat ni..

Malam semalam lepas makan malam kat Bandar Segamat, kami pi main bowling kat Segamat Super Bowling. Games pertama memang aku kalah teruk, tak percaya tengok kat scoreboard kat atas. Penyebab aku kalah games pertama kerana dah lama aku x main dan masih mencari rentak permainan (Last main adalah 3 tahun lepas di Kuantan)..hehehe. Games seterusnya permainan aku terus meningkat dan aku berjaya memotong Arif di games kedua dan ketiga..hahaha..puas hati...ader masa nak pegi lagi la.......

Pembantu MMS (PM)

Aktiviti jadi lipan 1....

Aktiviti Jadi lipan 2.....En Basha, selaku Penyelaras program untuk PM nier.....

Salam.....

Dalam 2 @ 3 hari nier aku agak sibuk dengan program latihan budak2 PM nier. Sebagai PPP Sempana Riau, aku kena aktif dengan aktiviti diaorang. Petang kelmarin aku memberi taklimat berkaitan aktiviti HEA pada hari pendaftaran nanti. Banyak gak la yang aku terangkan pada mereka. Hari pertama masa aktiviti outdoor sorang pelajar pompuan terkehel kaki dan secara automatiknya aku terpaksa menghantarnya ke Hospital Segamat. Kebetulan plak, masa tuer klinik dah tutup...hehehe. Lepas maghrib gak la baru balik. Yang x tahannyer dalam keta asyik menangis jer..tensen betui...nasib baik aku nier penyabar orangnya....Walau bagaimanapun aku nak ucapkan terima kasih pada semua PM. Lakukan tugas anda dengan berjaya dan telus tanpa mengharapkan balasan semata-mata. Semoga ALLAH SWT memberikan rahmat pada korang....

Rabu, 24 Disember 2008

Suasana......

Berarak, mendung kelabu.....hehehe. Suasana camnier aku paling suka sebenarnya

Kadang-kadang kalo duk melepak nier rasa tenang jer jiwa. Setelah seharian bekerja dan ber "deal" ngan staf dan panggilan dari pelajar kadang-kadang menyesakkan jiwa. Perasaan jemu kadang-kadang menyebabkan rasa stress ngan apa yang berlaku. Tapi bagi aku, keje tetap keje. Lari macam mana pun, tetap kena uat gak...hehehe. Dalam 2 @ 3 hari nier aku rasa nak senyum pun susah (pasal bengkak gusi lagi la..hahaha) tapi aku rasa jiwa aku semakin tenang. Staf-staf banyak membantu di dalam tugas dan ini menyebabkan tugas menjadi mudah untuk diuruskan. Hari ini Exam Supp Paper bakal berakhir..lega la sikit..hehehe. Cuma pagi tadi aku meeting ngan anak buah pasal preparation untuk pendaftaran pelajar dan tindakan HEA untuk hari Kualiti. Kali ni agak konfiden di di dalam meng "conduct" meeting walaupun agak banyak gurau-gurau. Kadang-kadang meeting x serius nier best gak, yang senyap n malu-malu pun bleh luah idea dan perasaan..hahaha. Aku berharap hari nier lebih baik dari semalam dan hari esok superb baik dari hari nier...adios......

Majlis Perpisahan Ustaz Aysraf (Bilal Masjid UiTM Johor)

Haji Ros Hasri dalam keadaan sebak........

Ustaz Zaludin menyampaikan ucapan yang sangat boombastic dan menggunakan ayat yang sangat futuristik...hehehe

Ustaz Asyraf..ingat-ingat la kami selepas ini..hehehe

Salam.....

Patah tumbuh, hilang berganti....begitulah adat di dunia, pertemuan dan perpisahan agak menyakitkan bagi insan yang akrab dalam persahabatannya. Dan malam tadi kami sebagai PPP UiTM Johor amat terasa akan perpisahan bersama rakan PPP, Ustaz Aysraf yang bakal menjadi seorang guru DPLI. Beliau akan menamatkan perkhidmatannya sebagai staf UiTM pada 31 Disember 2008 nier. Malam tadi telah diadakan satu majlis sebagai meraikan kejayaan beliau menyambung pengajian DPLI untuk menjadi seorang pendidik. Kami di Pihak PPP amat terasa pemergiannya dan pastinya selepas nier merindui kelunakkan suaranya mengalunkan azan di Masjid As-Syakirin UiTM Johor selepas nier. Untuk Ustaz Asyaraf, selamat maju jaya dalam karier anda selepas ini dan mudah-mudahan dimurahkan rezeki selepas ini........


Selasa, 23 Disember 2008

Citer seram? (hahaha)

Kawan-kawan, jgn makan kawan (kita peng-yu)

Salam.....

Minggu lepas kul 10 malam, hari jumaat aku balik dari berkursus Essential Skills of face to face communication di JPbSM UiTM Shah Alam. Sampai je kat Sempana Riau, aku tengok tempat parking Resident Staff kosong jer (naya la aku duk sorang2 kat bangunan besar bagak nier..kata aku dalam hati). sampai jer aku terus mandi n after that terus lepak2 depan TV, dalam kul 12 tengah syok layan movies kat channel astro kirana (kebetulan citer hantu gak) tiba2 aku dengar macam2...orang tarik kerusi la, bukak pintu la, ketuk dinding la. n macam2 lagi la. Aku cuba pekakkan telinga tetapi bunyi tersebut masih menghantuiku..hehehe. Aku terus uat2 bodoh (dalam takut) n masuk bilik. Bila aku duk dalam bilik xder plak dengo benda2 tuer..heran betui..hehehe. Pagi esoknyer aku nekad nak check in hotel untuk 2 hari sehingga kwn2 RS balik, tup2 yang melegakan aku ialah aku nampak keta Ustaz Asrul n En Zul kat tempat parking. La...ader diaorang rupenyer. Maknanya malam tadi tu bunyi dari umah diaorang la rupenyer...suspen betui..hahaha. Pagi sabtu tuer aku cabut gigi dengan senang hati, n balik ngan sakit hati ( 2 btg gigi aku ilang, ingat satu jer..hahaha). Sampai skang aku masih rasa sengal-sengal n sakit. Makan pun aku guna gigi belah kiri jer..hehehe.

Berbalik citer masa kursus tuer, aku berpeluang jumpa kawan-kawan aku macam loyer, komposer, Joe, Pian n geng2 pompuan. Najib n Rizal sibuk ngan keje plak tu pasal la diaorang x join prog tuer. tapi aku jumpe gak diaorang masa sembahyang jumaat kat Masjid UiTM. Najib macam biasa la, suka sakat aku..hahaha. Aku rasa seronok sangat biler jumper diaorang, entah biler lagi dapat bersama maybe masa induksi plak kut. Masing-masing sibuk ngan keje....sibuk ngan family tapi aku tetap keseorangan kat Johor nier...Bila nak bawak family nier? belum masanyer kut..hahaha, sampai masa boleh la...yang penting aku nak STABIL dulu...

Sampai sini saja citer mengarut aku pada hari nier...sampai jumper lagi..adios..........

Isnin, 22 Disember 2008

Pesta Buih (18SX)......

Hahaha...bunyi macam lucah jer email yang aku dapat baru-baru nier..hehehe..ader gak manusia terpikir nak uat lawak macam nier. Kadang-kadang lawak @ jenaka menyebabkan manusia ketawa. Ketawa akan menyebabkan panjang umur, senyum merupakan sedekah yang paling ikhlas untuk sesama manusia. Hargailah hidup nier seadanya....senyum sikit2 boleh, kalo lama sangat boleh jadi problem (nanti ke tanjung rambutan plak...hehehe).


Man Utd tetap juara................

YOKOHAMA, Jepun - Wayne Rooney muncul penyelamat untuk Manchester United menewaskan juara Amerika Selatan, Liga de Quito 1-0 semalam bagi memenangi kejohanan Piala Kelab Dunia FIFA iaitu salah satu trofi yang tidak pernah mereka dimenangi.

Penyerang England, Rooney merembat deras pada minit ke-73 selepas mendapat hantaran Cristiano Ronaldo untuk United bangkit selepas Nemanja Vidic dibuang padang kerana menyiku pemain lawan di awal babak kedua.

Jaringan tersebut memberikan United musim paling cemerlang selepas kejuaraan Liga Perdana England (EPL) dan Liga Juara-Juara.

Kini kelab itu boleh berbangga dengan kejuaraan kelab dunia, sekali gus menutup mulut pengkritik yang menyifatkan perjalanan jauh yang dilalui United untuk menyertai kejohanan tersebut tidak berbaloi.

Pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson itu juga muncul kelab pertama Britain memenangi kejohanan tersebut sekali gus meletakkan nama sebaris dengan kelab Itali, AC Milan dan kelab Brazil, Internacional dan Sao Paulo.

Bimbang kekurangan pemain yang benar-benar cergas untuk berdepan Stoke City Jumaat ini, Ferguson membuat beberapa pertukaran daripada skuad yang menewaskan Gamba Osaka Khamis lalu dengan Gary Neville, Ryan Giggs, Paul Scholes dan Nani menghuni bangku simpanan.

Sepanjang perlawanan, Ronaldo sentiasa dikawal ketat dan dua kali diterjah keras di awal perlawanan ketika pemain lawan mahu mengeluarkan bola.

Liga terlebih dahulu mencipta peluang malahan hampir mendahului pada minit keempat apabila Jairo Campos melepasi perangkap ofsaid namun rembatannya tersasar.

United membalas menerusi Rooney yang mendada bola selepas mendapat hantaran Vidic di dalam kawasan penalti 10 minit kemudian dan melepaskan rembatan namun ditepis kemas oleh penjaga gol, Jose Cevallos.

Rooney sekali lagi menguji Cevallos beberapa minit kemudian dengan rembatan padu namun ditepis keluar. oleh penjaga gol untuk sepakan sudut.

Ronaldo, yang disifatkan Ferguson memiliki potensi seperti legenda Pele dan Maradona, memikat 68,000 penonton dengan permainan dan gerakan penuh helah.

Pemain sayap Portugal itu menyambar hantaran silang Carlos Tevez pada minit ke-19 namun diselamatkan penjaga gol.

Tidak lama kemudian, Rooney cuba memperdaya penjaga gol dengan sepakan lambung apabila Cevallos meninggalkan kawasan gol namun bola melepasi palang.

Liga mengekalkan disiplin dan cuba meneruskan penguasaan namun ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila kombinasi Rooney dan Tevez yang menghantar bola kepada Rafael di sebelah kanan kawasan gol namun percubaan pemain muda Brazil itu sekali lagi dihampakan oleh penjaga gol.

Park Ji-Sung sepatutnya meletakkan United satu gol di depan tetapi rembatan voli pemain Korea Selatan itu dari jarak enam meter terlalu tinggi untuk kedua-dua pasukan terus kebuntuan jaringan.

United memulakan babak kedua dengan kemungkinan perlawanan berakhir dengan keputusan buruk apabila Vidic dikenakan kad merah pada minit ke-49 kerana menyiku Claudio Bieler.

Walaupun dengan 10 pemain, United tetap beraksi kemas dengan Ronaldo terus mencemaskan Cevallos menerusi rembatan jauh dan Rooney sekali lagi memperoleh peluang menerusi tandukan tetapi bola tepat ke arah penjaga gol.

Sementara itu dalam perlawanan penentuan tempa ketiga, kelab Jepun, Gamba Osaka menewaskan Pachuca dari Mexico 1-0.

Petikan dari AFP

p/s : Aku bangga kerana Man Utd menang..hahaha...jangan jeles...tambah satu lagi koleksi piala la....

Rabu, 17 Disember 2008

Meeting Post Mortem MMS

Salam....

Pagi-pagi lagi lebih kurang kul 9 aku dah kena masuk meeting, meeting ngan TP HEA dan TP HEP pasal post mortem dan perbincangan tentang MMS untuk pelajar baru kemasukan 26hb nier. Abis meeting nak dekat kul 1 gak la..hehehe. Meeting tadi lebih kepada penyelesaian semasa hari pendaftaran dan venue untuk pendaftaran tersebut. Disebabkan fasiliti yang kurang di UiTM Johor nier, jadi kami terpaksa full utilised segala kemudahan yang ader. Hopefully xder la masalah pada hari pendaftaran dan minggu MMS nanti.

Start malam tadi aku dah duk sorang pasal Epul still bercuti sampai la awal bulan depan, family aku pun dah selamat sampai kat Pahang. (semalam aku anto balik lebih kurang kul 12 tapi bas datang nak dekat kul 1....geram gak la...hehehe). Esok pagi lebih kurang kul 6 am aku akan bertolak ke Shah Alam, ader kursus la sampai la ari jumaat....hehehe. Nampaknyer kena bangun awal la pagi sok. Hari sabtu plak ader appoinment bedah gigi. Hopefully dapat la MC untuk hari isnin dan selasa. Dr sabariah ckp bengkak gak la pipi nanti....hehehe. Bertambah chubby la nanti.......Ok la sampai sini sana journey aku dalam 2 @ 3 hari nier...adios...salam.........

Selasa, 16 Disember 2008

Berbakti tak rugi......

Apa yang paling menggembirakan hati orang tua?...bukan duit....bukan harta....tapi kasih sayang dan perhatian. Aku rasa setiap orang tua sangat sensitif...sensitif dari segi perasaan dan emosi...Mereka sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang dari anak-anak dier...seperti kata orang dulu-dulu...seorang ibu mampu menjaga seorang anak tetapi mampukah seorang anak menjaga seorang ibu? Adakah jagaan kita sebaik ibu menjaga kita sehingga dewasa? Mampukah kita nak balas jasa mereka? Berapa banyakkah wang yang telah mereka habiskan untuk membesarkan kita? Pada aku rasanya x mampu nak balas jasa mereka yang memang banyak....wang ringgit boleh diberi tetapi adakah mereka gembira? puaskah kita? kita bersenang lenang di bandar tetapi ibu bapa kita di kampung bagaimana? x rugi mengambil berat hal ibu bapa kita, betul x? Jadi anak yang mithali seharusnya tahu aper yang harus dilakukan...Jalan terbaik ziarahlah mereka, sentiasala bertanya khabar mereka dan yang paling penting berdoalah kepda ALLAH mohon berikan kesejahteraan pada ibu bapa kita setiap hari selepas sembahyang. Insyaallah kegembiraan akan terpancar di wajah mereka dan kesihatan mereka akan terpelihara hendaknya. Biarlah orang kata anak mak ker, anak bongsu ker, anak emas ker tapi seorang anak yang soleh seharusnya begitu. Buat kawan-kawan, kata-kata ini bukan menyindir tetapi ianya lahir dari hati sanubari aku sendiri.....Aku sentiasa takut...takut akan satu pemergian yang tidak dirancang...bagi yang dah merasa tentu tahu....yang belum merasa mungkin merasakan saat itu masih jauh....Wallahuallam...........

Isnin, 15 Disember 2008

Malam Dinner AR UiTM ( Arabian Night )

Praktis untuk persembahan masa dinner......

Abg Adnan dan Nita..berpadu suara...

Datang awal la plak..orang pun xder lagi..hehe

Bersama Joe....aku pakai batik jer pasal aku orang Malaysia n bukan org Arab..hahaha
Sebelum cuti baru nier ader dinner ngan pendaftar kat Intekma Resort....aku ngan geng-geng aku uat persembahan Dikir Barat dan Aku sempat persembahkan Sajak bersama Syura dan En Hasni....berlatar belakangkan lagu Kitaro...hahaha

Afif dan Menara Taming Sari

80 meter di atas udara...hahaha

Muka mengada setelah hajat dimakbulkan...(senyum penuh helah..hahaha)

Sementara menunggu nak naik ke atas..seronok tengok menara tu berputar..hahaha

Tercapai juga cita-cita Afif nak naik Menara Taming Sari nier....hahaha. Masa mula-mula sampai kat Bandar Hilir dari jauh lagi dier dah nampak menatang nier..untuk puaskan hati dier, aku bawak la naik walaupun aku rasa sangat mahal RM20 utk orang dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak...hahaha....It's your dreams...hahahaha...

Laptop Sendiri




Akhirnya berjaya jugak aku beli laptop sendiri ngan duit sendiri..hehehe..tu yang lebih bermakna. kalo dulu masa belajar Abg Lie bagi pinjam, pastu masa bekerja syarikat punyer n x bleh nak ubah-ubah setting...standard jer la...hahaha. tapi 2 @ 3 hari nier aku puas hati....ACER ASPIRE 4530 dalam gengaman aku..hahaha. Ram pun besar, hardisk pun besar...processor AMD Turion X2..memang power...siap ader graphic card NVIDIA lagi..hahaha. Aku beli masa PC Fair ujung minggu baru nier...hehehe...bleh la wireless kat mana-mana yang aku suker lepas nier......Alhamdullilah, termakbul gak la doa aku selama nier........

Motor Impian Aku (BMW 1200RT)

Sesekali bergambar macam nier..memang puas (rasanyer macam aku nyer motor jer..hahaha)

Jumaat, 12 Disember 2008

Rock The World 8


Salam...

Kawan-kawan kat KL jom join aku pegi konsert Rock The World 8, 20hb Disember nier kat Stadium Merdeka...Jom sokong industri underground Malaysia........

Raya Dalam Hujan......

Raya Eidul-Adha tahun nier agak berair...(bleh pakai ker?)..hahaha. Mana x nyer, dari malam bawak ke siang, hujan jer memanjang..hehehe. nak berziarah pun xder mood. lagipun kawan-kawan ramai yang x cuti. jadi tahun nier cuma beraya bersama keluarga dan rumah sedara jer. Rumah kawan-kawan pun ader la pegi beraya 2 @ 3 buah rumah....Budak-budak pun x ramai yang datang beraya maybe pasal takut kena hujan kut..hehe...Persiapan raya haji pada tahun nier hanyalah bersederhana..maybe pasal ekonomi merosot kut (harga sawit jatuh..hehehe)..Sebagai pengganti diri, aku dapat banyak wish (sms) dari kawan dan x-anak murid. Ingat gak diaorang pada aku walaupun aku memang rajin anto msg pada diaorang....hahaha. Walau apa pun aku tetap bersyukur (banyak dapat daging korban kut..)hahaha. Terima kasih pada semua, maybe next time la aku beraya umah korang (kalo cuaca mengizinkanlah...hahaha)......

Kawan-kawan........


Salam.....

Bukan mudah hidup kat dunia nier kalo xder kawan, rasanya sunyi jer hidup...ada kawan rapat, istimewa dan kawan kejap2 (ye ker?)..hehehe. Kawan boleh menjadi satu platform untuk kita meramahkan diri kita untuk berinteraksi dengan sesama manusia. Bagi aku personally, bila ader kawan sumer benda menjadi mudah dan teratur. Apa sajer benda yang kita x pasti dan x tahu, Insyaallah pasti kawan-kawan akan tolong. Ader juga kawan-kawan yang suka amik kesempatan atas kiter. Tapi rasanyer kalo kiter pandai bawak diri, x mustahil perkara buruk dapat dielakkan. Kesimpulannya.......apa saja yang kita lakukan jangan bagi orang marah...pasal manusia ni suka berdendam........Wallahualam.........

p/s : Kawan-kawan, tolong jangan tikam aku dari belakang (warning nier..hahaha)

Rabu, 3 Disember 2008

Meeting ngan Pendaftar UiTM (Dr Zahrah)


Salam.....

Hari nie kul 12 aku nak pegi Shah Alam ada meeting ngan Pendaftar UiTM di Intekma Resort esok ngan lusa, malam kang ada dinner Kelab AR...nak tau tema x?...Arabian Night....hahaha. Nak pakai apa la malam nier?...pening betui..hahaha....Aku balik 5hb ni terus balik Pahang untuk menyambut Hari Raya Korban.....So kat sini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh kawan-kawan, ex-anak murid, umat islam di Malaysia dan seluruh dunia.....Sambutlah dengan penuh keinsafan.............. jangan lupa ketupat dan rendang di kampung......hahaha

Selasa, 2 Disember 2008

My Friend's - OAG's (Old Automatic Garbage)


When Positive Tone released OAG's Old Automatic Garbage album in December 1994, no one was expecting that the group of four teenage boys who describe their music as "60s Crunchy Pop Fuzz" would open a new chapter in local English music. The 11-song album backed by the national hit '60s TV' not only became the biggest ever local English hit, it opened the doors for more appreciation towards home-made English music. If not for that album, local English music might still be considered as "underground" if not second class. Old Automatic Garbage went triple-platinum and helped spark off the commercialisation of alternative music into mainstream Malaysia. OAG never looked back since: They wrote and performed the Official 1997 FIFA World Youth Cup song, a song that was also released in 8 European countries. They also participated in a landmark alternative compilation album called Boys & Girls 1 + 1 = 3 which introduced other groups like Nice Stupid Playground (nicestupidplayground), IntoXicated, Brodwyn (later re-named Juliet The Orange) and a solo act Nita. "Boys & Girls 1+1=3" went platinum.

In 1997, OAG released EP 67, an EP that went gold in 3 days. The EP was a landmark album as it showcased a wonderful experimentation between alternative and dance music. OAG then released Melody Mocker in 1999. The album included a groundbreaking CD-ROM section where fans can not only view the various lyrics, artwork and interviews of the group, they can also re-mix certain OAG audio samples for fun! The CD made it to the 1999 PIKOM-Computimes Finals in the CD-ROM category and also managed to gained a GOLD sales award.

In the year 2000, OAG released their greatest hits album, OAG.COMP, an album that chronicled their unparalleled rise in the Malaysian music industry. That album included new tracks "Sweet FA" and "Endless Dreams".

Eight years after '60s TV', OAG released Opera Radhi-o Friendly. This time around OAG set their eyes on a bigger goal than just to conquer the English-listening crowd: They expanded their horizons and also attracted the Malay-listening crowd. Opera Radhi-o Friendly has sold over 20,000 units, helped by their ultra-cool animated music video for "Slumber", a song that climbed to the #1 spot on Carta ERA. Many were left open-mouthed, astonished at the high level of songwriting and music production found in Satelit Ink, their lastest album. If the highly-successful previous album Opera Radhi-o Friendly marked the beginning of a new era for one of the most-loved alternative pop groups in Malaysia, Satelit Ink has confirmed OAG's status as a credible yet commercial indie pop outfit, capable of attracting listeners and ardent fans from all walks of life and of all ages.

Their hit "Akustatik" is a statement of poetic beauty, excellently guided through with beautiful inter-weaving guitars. In fact, all the tracks on Satelit Ink are just too deliciously wondrous and it is a musical crime to even try to describe the songs here. One just has to listen to the album and be taken away on an incredible musical journey. Close your eyes, let your mind go free and I'll bet that you won't want the music to stop.

After former members Naza, Alem and Mono left OAG to form rival band 'The Times', Radhi shopped around to recruit a new line up to form the OAG that we know today. OAG now consists of Radhio on vocals, Fizul on guitars, Nizam also on guitars, Eric on bass and Zul who still remains on drums. OAG has just released their latest studio album OrAnG. So hold on to your seats ladies and gentlemen because OAG is going to take you on a thrill ride...

● Discography ●
1994 - OAG
1997 - Experimental Playground 67 EP
1999 - Melody Mocker
2000 - oag.comp
2002 - Opera-Radhi-O-Friendly
2003 - Satelit Ink
2006 - OrAnG


Article Source: Ikon Malaysia

Gambar Team Building Lagi..hehehe

Bergambar bersama semua peserta kursus team building

Hadiah tempat ke-3 (Explorace)...Aku ketua kumpulan UiTM Marvellous

Merenung jauh masa hadapan.......

Salam......

Potret merupakan arca kehidupan, keindahan panorama merupakan ubat mata yang paling mujarab. Oleh itu terima la lagi gambar-gambar kursus team building aku kat IAB, Genting Highlands.......adios.......

Apa itu AIDS & HIV (sempena hari AIDS sedunia 1hb Dis 2008)

Apa itu Penyakit AIDS ?

AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Aquired Immuno Deficiency Syndrome.

Apa itu HIV ?

HIV ialah singkatan perkataan Human Immunodeficiency VirusVirus HIV berkembang biak dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi melawan serangan penyakit. Ianya menyebabkan kemusnahan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit. HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.

Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit..

Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?

HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:

  • Melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
  • Melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
  • melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
  • HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis.

Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas..

Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?

  1. HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata.
  2. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema.
  3. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.
  4. HIV tidak boleh dijangkiti melalui :
  • Pendermaan darah
  • Berjabat tangan dan berpelukan
  • Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
  • Berkongsi makanan dan perkakas dapur
  • Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
  • Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
  • Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
  • Menjaga seseorang yang positif-HIV.

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?

Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV

Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?

Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko..

Apakah seks selamat?

  • Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah tidak masuk ke dalam badan orang lain.
  • Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks dan pelincir berasaskan air seperti gel K-Y.
  • Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak tidak mempunyai luka atau ruam pada tangan mereka.Cara-cara ini dipanggil "seks selamat" kerana ianya meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positif-HIV. S
  • eks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan.

p/s : Aiman TAK KISAH..........

Isnin, 1 Disember 2008

Team Building Program 28 - 30 November 2008

Tengah bina jambatan, sebelah aku Kamal (dia nie pun minat modified keta gak..hahaha)

Explorace ni memang penat...(kontrol mancho depan cameraman)

Geng-geng aku ketinggalan di belakang aku..(laju gak aku lari rupenyer..hahaha)

Malam practical warriors (masing2 macam ninja..hahaha)

Team aku...UiTM Marvellous


Salam.....

Aku nak tanya korang, kursus apa paling penat? Mesti korang akan cakap Team Building..betul x? hahaha. Aku pun camtu gak, bila pikir tentang team building aku akan fikir selesakah? kena kawad kah? makan best x? dan macam-macam lagi la...hehehe. Bagi aku walaupun kursus nier memang memenatkan tapi ada rahsia yang tersendiri di mana semangat kekitaan dan bersatupadu dapat disemaikan walaupun berlainan umur, bangsa, jantina dan sebagainya. Semangat inilah yang membawa kepada perhubungan yang lebih intim. Jika sebelum ni kurang rapat, tapi melalui program ini semua menjadi lebih akrab. Yang x bleh aku lupa masa balik semalam ada sorang lecturer before turun dari bas siap salam-salam n peluk geng-geng dier..hahaha. Mesti driver bas tu marah (Abg Fuad) kena tunggu. Bagi aku program nier memang penat, tapi aku sangat ENJOY...x caya? ....cakap banyak pun x guna...Meh layan gambar-gambar aku kat Institut Aminudin Baki, Genting.....