Selasa, 28 Julai 2009

The Lucky Laki (Anak-anak Ahmad Dhani-Dewa 19)

Sumer muka macam Ahmad Dhani......

2-3 hari nier asyik dengor je lagu group The Lucky Laki. Layan gak. Kalo nak tau sumer ahli group nier adalah Anak Ahmad Dhani iaitu AL, El dan Dul. Menarik gak lagunya, cathcy dan ada elemen rock macam bapaknya....so layan la.....

Single - Superman

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meningalkan aku
Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat,
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting
Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis...

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meningalkan aku
Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu
Air mata itu adalah tanda kelemahan
Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga...

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meningalkan aku
Ayahku tersayang maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa
Menjadi seperti apa yang ayah slalu mahu
Kita berjanji 'tuk tidak lagi
Menangis karena cinta...
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meningalkan aku

Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meningalkan aku
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meningalkan aku

Download mp3
The Lucky Laki - Superman

Kematian yang kunantikan......

Pernah dengar lagu Menanti Di Barzakh, dendangan kumpulan Far East? Pertama kali dengar lagu itu terasa hati bergetar...rasa menggigil seluruh badan mengenangkan bagaimanakah keadaanku ketika menghadapi alam barzakh kelak.Allah...Allah...Allah...adakah aku juga akan menjadi seperti subjek dalam lagu itu yang merayu-rayu minta dikembalikan semula ke dunia...Argh! terasa sungguh ralat...Sepanjang 27 tahun menghirup udara di bumi Allah ini, tak tahulah amal ibadah yang manakah dapat menyelamatkan aku dari seksa kubur mahupun azab neraka.

Allah...Allah...Allah...hanya rahmat Allah yang benar-benar dapat menyelamatkan diri yang lemah lagi jahil ini...entah segunung dosa yang pernah aku lakukan, aku sendiri tidak pasti...entahkan tiada satupun catatan amalanku yang diterima...juga aku kurang pasti. Allah...Allah...Allah...Mungkinkah amalanku akan muncul dalam wajah indah dan harum atau mungkin muncul dalam wajah buruk dengan bau busuk yang meloyakan?? persoalan yang sukar dijawab. tiada satupun ramalan yang tepat dapat menggambarkan keadaan sebenar di alam kubur kelak...Mati itu sakit...ibarat dikupas kulit dari jasad hidup-hidup...hanya ihsan dan rahmat Allah dapat melepaskan kita dari seksa kematian...lebih penting lagi menyelamatkan kita dari azab di kubur, di Masyar mahupun neraka...bagi orang-orang yang beriman, para syuhada', pejuang agama yang terpilih, kubur itu ibarat taman dari taman-taman syurga. Maka bergembiralah dan bahagialah mereka di sana sementara menanti dibangkitkan pula pada yaumul hisab kelak.

Setelah bersusah payah di dunia, berpenat lelah dengan amal dan ibadah, kubur menjadi tempat rehat yang nyaman bagi mereka. Tetapi, bagi orang-orang fasik, dan musyrik, kubur itu ibarat lubang dari lubang-lubang neraka yang mengerikan. Maka duduklah mereka dalam azab sehingga dibangkitkan pula untuk menerima azab yang lebih pedih di akhirat nanti. Ya Tuhanku, seandainya aku dipanggil menghadapmu kala waktu terdekat ini, izinkan aku pergi dalam keadaan sedang berbakti untuk agamaMu...dalam perjuangan dakwah yang suci...jangan Kau panggil aku dalam keadaan aku sedang leka dengan hiburan dunia atau lalai dalam lagha...Ya Rabb, terlalu sedikit amal ibadahku, terlalu kurang sedekahku, solatku...entah diterima entah tidak..puasaku, entah mencapai piawaianMu entah tidak...lalaiku, lebih banyak dari insafku...ingkarku, lebih banyak dari taatku...Allah...bagaimanakah nasibku ketika menghadapMu kelak? Entahkan Engkau sudi memandang wajahku entahkan tidak...Allah...Allah..

*** Malam tadi aku dengar lagu nier dan memang menusuk jauh ke dalam lubuk hati aku, Wallahu'alam

Isnin, 27 Julai 2009

Dari Melayu untuk Melayu

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu
Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu

Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

****Kenapa la kita camnier?

Jumaat, 24 Julai 2009

Citer jalan-jalan.....

Pukul 7.15 mlm di Lumut Waterfront....

Zai Place @ Lumut.....
Posing sebelum shoping baju n makanan laut....

Situasi selepas makan seafood di Teluk Batik....

Salam.....

Hehehehe...sorry semalam x update blog. Maklum la aku betui-betui cuti semalam. Aktiviti semalam aku pergi Ipoh, cari barang untuk buat hamper di Jusco n petang pulak aku ngan housemate jalan-jalan ke Lumut. Tujuan utama adalah makan ikan bakar. Nak tau berapa kitaorang kena charge? RM118.40...sorang RM20. Kenyang giler2 punyer. Balik umah dah pukul 11 malam. Ngantuk giler....lepas mandi terus layan mata n tido.........zzzzzzz

Rabu, 22 Julai 2009

Rehat

Jangan sampai terlajak Subuh dah...hehehe


Apa benda yang paling best bagi orang yang dah letih bekerja? Berehat, betul tak? hehehe. Esok seharian bercuti dari berkelas induksi. Ramai gak yang mengambil keputusan balik rumah masing-masing (orang Perak ngan KL je la), ada jugak yang bakal melancong dengan bas yang disediakan oleh Pusat Latihan dan berkenderaan sendiri bercuti di Pangkor...orang Johor macam koi nier kena mundar mandir jer la kat sini. Nak kuar, kete x bawak plak..huhuhu.

Petang semalam kelas abis 5 petang, so koi amik keputusan untuk memeluhkan badan (lama giler x uat aktiviti berpeluh nier). Antara aktiviti yang aku lakukan semalam ialah mengayuh basikal, main dart ngan main bola tampar. Peluh giler-giler punyer..hehehe. Hari nier kelas abis sampai kul 6.30 petang dan jap lagi aku nak print assignment individual aku plak (dah siap tuer...) dan buku kerja pun dah banyak bab aku siapkan (langkah awal agar x kalut dipenghujung waktu).

Esok, rasanya aktiviti lebih kepada berehat (tido sepuasnya), jalan pun depend kepada rakan-rakan serumah yang membawa kenderaan sendiri....(hopefully diaorang nak berjalan esok...)...walauapapun, aku memang suka......suka nak BEREHAT....adios.....

Selasa, 21 Julai 2009

Masa terus berlalu

Walau ke Kelantan sekalipun, sembahyang jgn dilupakan


Menyusuri perubahan masa yang berlaku bukannya sesuatu perkara yang mudah dan senang untuk dihadapi. Pelbagai perkara yang berlaku dalam sekelip mata kadang-kadang memang menguji kesabaran dan pengabdian diri kita kepada yang Satu. Kita selalu mengatakan kesuntukan dan ketiadaan masa sehingga sering kali meninggalkan perkara WAJIB yang harus dilakukan. Alasan letih dan tertidur sememangnya sesuatu yang sengaja diluahkan agar perkara ini dapat diselindungkan dan dilupakan. Tapi pernah x korang terfikir, adakah Allah dapat memaafkan kita kerana meninggalkan suruhannya? adakah Allah faham jika kita tertidur dan letih? adakah susah nak luahkan masa 5 minit untuk beribadat berbanding 5-6 jam tidur. Generasi sekarang sering kali terlupa, sejauh mana kita berjaya dan ke depan....siapa yang memberi rezeki tersebut jika bukan Allah yang satu........fikirlah.....

***Mudahnya kita membuat alasan.....

Isnin, 20 Julai 2009

Assignment

Group De'Lima

Pagi-pagi berbaris dalam keadaan hensem...

Alat penggali timah, jadi mercu tanda.......

Assignment, sesuatu kerja @ tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar sebelum tarikh-tarikh tertentu bertujuan untuk mendapatkan markah. Dan semalam aku dan group mendapat tugasan - 2 tugasan individu n 2 tugasan group......banyak gak tuer....kena hantar pada 29 Julai 2009. 27 Julai 2009 petang pulak aku kena bagi ucapan awam kepada peserta lain. Tajuk pengucapan aku - Perintah Am Bab F. Apa tuer? aku pun x belajo lagi. Tapi aku semakin merasakan tekanan...tekanan untuk kecemerlangan......adios......

Ahad, 19 Julai 2009

Satu permulaan

De'Lima Tower

Logo group aku (De'Lima)

Salam

Letih betul kursus induksi umum nier, semalam lebih kepada aktiviti pembangunan kumpulan. Masa pembentangan malam tadi group aku dapat no 3. Maybe pasal kos untuk bina menara tak dinyatakan dengan jelas kut...hehehe. Masih ada 11 hari lagi....memang jauh lagi dari tarikh nak balik.....letih-letih...hehehehe

Jumaat, 17 Julai 2009

Tak pernah tengok

Salam

Hari ke-3 aku kat sini, petang nier bakal berakhir Kursus Induksi Khusus. Kursus Induksi Umum pulak aku akan jalani pada 17 - 30 Julai 2009. Pagi tadi lebih kurang kul 11.30 pagi, ada exam untuk khusus nier. Punya la susah, nasib baik aku pandai menggoreng. Nak hafal, bukan zaman belajar dah (ada dengor member sekali induksi kata "otak aku dah tepu"...hehehe), begitu la biler orang tua-tua nier nak jawab exam...hahaha.

Petang nier plak ada taklimat zakat dan skang masih berlangsung. Aku dah rasa ringan sikit (kalo x pening nak menghafal macam2..hehehe). Hari nier, masa sembahyang jumaat kami pergi masjid kat kampung sebelah Pusat Latihan. First time dalam hidup aku, tengok 2 orang makcik jaga budak2 supaya jangan bising. Satu tindakan pencegahan kut..hehehe (macam audit ISO plak). Tempat lain rasanya xder lagi kut. Bila budak2 yang duk kat luar masjid bising, makcik nier la akan menegur. Kuat plak tuer bila marah budak...hehehehe.

Aku suka perhatikan cara makcik tersebut mengawal situasi dan merasakan pertolongan makcik tersebut banyak membantu perjalanan khutbah pada hari ini. Rasanya perkara tersebut perlu digunapakai di mana-mana tempat memandangkan hari jumaat "hari perjumpaan budak2 nak bersembang". Tengok kat masjid An-Nur (kampung aku) dah la. Kita yang duk depan pun x khusyuk dengor khutbah imam, mungkin ini merupakan satu inovasi....Inovasi ke arah kebaikan.....adios

Khamis, 16 Julai 2009

Menghitung hari

Lama lagi taklimat library nier.....

Lama-lama.....Boring?

Baru masuk hari ke-2, aku dah rasa lemas. Lemas dan bosan yang teramat sangat. 13 hari lagi aku kat sini, satu tempoh masa yang agak lama bagi orang macam aku...hehehe. Memang betui la orang cakap, orang jenis macam aku memang jenis cepat bosan dan letih biler dengo2 taklimat nier. Ngape la aku jenis camnier, tapi maybe hari sabtu nier aku start bersemangat (pasal banyak keje berkumpulan), skang maybe aku x rasa apa-apa lagi.

Citer malam semalam, aku siapkan minit mesyuarat TP dan KP sampai kul 11.30...hehehe. Nak uat camner, bos uat meeting jumaat nier. Letih betui biler uat meeting dalam tergesa-gesa nier. Pagi tadi dah sent pada 3 staf di pejabat. Yang dapat sorang jer, 2 lagi kena telan ngan Gajah kut..hahaha. Aku dah suh abg hadzir amik minit, maklum la aku skang duk jauh-jauh dari Segamat. Walauapapun, hopefully 2 @ 3 hari lagi aku akan rasa best kut....tunggu je la citer aku kat sini....adios..........

Selasa, 14 Julai 2009

Induksi

Boleh jumpa kawan-kawan AR....
Salam

Aku xder kat opis dari 15 Julai - 30 Julai 2009 kerana akan berinduksi di Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah, Perak....selamat tinggal keje, selamat tinggal bilik, selamat tinggal housemate, selamat tinggal SR dan selamat tinggal BER 9049....hehehehe...adios.....

Ahad, 12 Julai 2009

Tukar nama

Ader cerita disebalik cerita sampan ini......


Salam....mulai petang ini blog aku secara rasminya akan bertukar nama. Bukan sengaja aku tukar, sebenarnya masa drive balik dari Pahang pagi tadi, aku rasa sebenarnya aku nier jenis yang suke cerita. Tapi rasanya citer lawak jer banyak kut biler aku sembang ngan orang. Tapi sebenarnya aku rasa setiap cerita yang akan aku ceritakan sebenarnya ada cerita sebaliknya. Mungkin yang tersembunyi? Mungkin yang tak seharusnya diceritakan? biarlah citer yang aku tulis kat blog nier selepas ini akan ada cerita disebaliknya.....tapi ada ke orang nak kisah? korang baca jer la...adios.

Khamis, 9 Julai 2009

Balik Kampung

Nasib baik jln bahau - temerloh x jammed mcm nier.....

Sesuatu yang si tunggu.....

Sesuatu yang sentiasa ditunggu bagi perantau macam aku nier. Setelah lama tidak pulang ke kampung, saat begini sememangnya sesuatu yang dinanti oleh aku...hehehehe. Apa aku nak buat kat kampung nanti yer? Nanti bila dah kat sana baru la boleh fikir kut, planning pertama aku nak jalan-jalan kat Lepor.........adios.......

Rabu, 8 Julai 2009

Pelajar Baru UiTM Johor

1500 pelajar diploma dan ijazah, bukan satu jumlah yang kecil

Pelajar tua..hehehe

Ready untuk mendaftar....

Kaunter staf aku.....

Kejayaan seseorang bukan hanya bergantung kepada nasib dan hanya berserah kepada Allah SWT tetapi lebih kepada cara kita mengacu hidup kita. Jika jalan yang dipilih betul dan diredhai oleh Allah SWT nescaya kejayaan sentiasa menyebelahi mereka. Itulah yang aku katakan pada pelajar semester satu yang aku ajar semasa modul 1 minggu lepas dan pelajar baru yang duduk di Kolej Sempana Riau. Kehidupan yang penuh mencabar di era globalisasi sering kali mahukan manusia sentiasa kompentetif berbanding rakan-rakan mereka. Hanya mereka yang berusaha lebih dapat mengecapi kejayaan yang diimpikan. Persoalan boleh bawak @ tak program yang dipilih terserahlah kepada empunya diri? Rasa putus asa boleh menyebabkan mereka GAGAL.

Oleh itu, aku berharap mereka yang seramai 1500 orang nier dapat menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara seterusnya mengharumkan lagi nama UiTM Johor di persada antarabangsa dan negara. Rasa sering gentar dan dahagakan kejayaan rasanya dapat menjadikan mereka lebih tabah dan dapat memberikan persaingan yang sihat dalam pembelajaran. Semoga kehidupan BARU yang akan dilalui mereka selama 2 @ 3 tahun ini dapat menjadikan mereka insan yang berguna dan mampu membanggakan orang tua mereka...

Khamis, 2 Julai 2009

Ikhlas dalam bekerja

yang mana satu kita?

Jika mahu melakukan sesuatu, aku sering terfikirkan Allah dan keluargaku. Aku mahu lakukan yang terbaik, amanah (integriti) dalam kerja sering menjadi fokus utama dalam segala kerja yang aku lakukan. Apabila Mesyuarat Akademik pagi tadi, apabila Pengarah membicarakan isu integriti, aku mula terfikir...adakah kita selalu amanah pada kerja? Amanah menyimpan rahsia, Amanah bekerja mengikut masa yang ditetapkan dan Amanah di dalam menggunakan barang-barang jabatan. Adakah kita betul-betul staf yang menitikberatkan integriti dalam kerja?

Aku sering terfikir, rezeki yang didapati dari sikap tidak amanah dalam kerja adakah halal @ sebaliknya. Siapa yang bakal menanggung segala dosa kita? Adakah kita sanggup memberikan rezeki tersebut untuk anak dan bini kita makan? Jika minum pagi 1-2 jam, petang 1-2 jam. Berapa jam plak kita bekerja dalam seharian? Adakah berbaloi dengan gaji yang kita dapat? Ya @ Tak jawapan anda, hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Kekuatan


Keje. Sesuatu yang akan dilalui oleh semua insan selepas mereka dewasa atau habis belajar. Waktu belajar sememangnya suatu masa yang kalau boleh semua orang mahu ianya kembali. Tak perlu fikir pasal hutang, tak perlu fikir untuk menyara keluarga dan tak perlu fikir nak bayar itu dan ini. Bila memikirkan kenangan semasa belajar, memang kita akan sentisa berfikir, "alangkah seronoknya bila semuanya ditanggung dan diambil berat oleh keluarga (Biasiswa FAMA)...hehehe.

Tapi masa memang cepat berlalu, kelip2 mata dah tua rupanya kita nier. Banyak benda harus difikirkan. Jika ada kekuatan, Insya'Allah semua benda yang dirancangkan dapat diatasi dan diadaptasi dalam diri. Orang selalu memikirkan transformasi dalam diri, tapi mampukah kita? menghadapi segalanya? satu persatu perkara yang berlaku dan berlalu menyebabkan hidup selalu tak tentu arah. Mana kekuatan? mana semangat? mana kewibawaan? mana keimanan? ......Hanya Allah yang mengetahui segalanya......Ya Allah, aku memohon keredhaan dari-Mu untuk aku meneruskan kehidupan ini. Jika ini takdirku, aku rela menerimanya dan menghadapmu.....