Menyusuri perubahan masa yang berlaku bukannya sesuatu perkara yang mudah dan senang untuk dihadapi. Pelbagai perkara yang berlaku dalam sekelip mata kadang-kadang memang menguji kesabaran dan pengabdian diri kita kepada yang Satu. Kita selalu mengatakan kesuntukan dan ketiadaan masa sehingga sering kali meninggalkan perkara WAJIB yang harus dilakukan. Alasan letih dan tertidur sememangnya sesuatu yang sengaja diluahkan agar perkara ini dapat diselindungkan dan dilupakan. Tapi pernah x korang terfikir, adakah Allah dapat memaafkan kita kerana meninggalkan suruhannya? adakah Allah faham jika kita tertidur dan letih? adakah susah nak luahkan masa 5 minit untuk beribadat berbanding 5-6 jam tidur. Generasi sekarang sering kali terlupa, sejauh mana kita berjaya dan ke depan....siapa yang memberi rezeki tersebut jika bukan Allah yang satu........fikirlah.....
***Mudahnya kita membuat alasan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan