Jumaat, 31 Oktober 2008

Tanggungjawab besar seorang Ketua


Salam....


Semua orang rasa gembira bila jadi ketua ni. Dia rasa gembira bila orang hormat dier, panggil boss, encik dan tuan. Ada gak yang bangga diri dan merasakan peluang menjadi ketua ni adalah untuk mengarahkan orang melakukan itu dan ini. Staf pula ada yang suka amik kesempatan terhadap ketua yang baik-baik dan akan berdendam pula kepada ketua yang eksen, berlagak dan suka mengarah ni.


Dan aku dapat merasakan tanggungjawab sebagai ketua adalah sangat berat di masa peperiksaan ini. Adakalanya menyebabkan kita merasa terlalu kecil berbanding staf-staf yang telah berpengalaman ini. Aku harus menjadi seorang good listener dan harus menjadi mentee kepada staf yang berpengalaman di HEA ini. Aku cuba mempelajari sebanyak mungkin berkaitan peperiksaan yang di jalankan dari segi prosedur dan atur jalannya. Salah sedikit memang akan merumitkan keadaan yang sedia rumit. Ada staf hanya melepas tangan dan menyebabkan kita menjadi marah dan hilang sabar. Tetapi melalui apa yang kita lakukan (cara yang dapat menyedarkannya) nescaya staf tersebut akan menjadi malu dan akan berubah sikap. Telah banyak kata mengata antara staf yang pada aku akan menjadi penghalang untuk menubuhkan satu organisasi yang mantap di dalam HEA ini.


Insyaallah. aku akan cuba perbaiki keadaan ini agar semua staf dapat di layan sama rata agar tiada perasaan hasad dengki sesama mereka. Tetapi setakat 3 hari exam berlangsung ini, aku dapati semangat kerja berpasukan adalah sangat penting di dalam memastikan setiap proses berlaku dengan sempurna dan lancar. Gurau senda sangat penting pada situasi yang agak men "stress" kan ini. Semua staf aku percaya semuanya mahukan "perfect" di dalam setiap kerja yang mereka lakukan.


Aku juga sentiasa berdoa agar semua staff di HEA ini dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab agar tiada selisih faham antara mereka. Aku harap peperiksaan akhir pada semester ini dapat menjadi yang terbaik dan terunggul pernah dilangsungkan di sini. Amin...................

Khamis, 30 Oktober 2008

Jagalah kesihatan kita.......

Lemang periuk kera, special dari En Jeff. Kat Johor jer ader benda ni..hahaha (sekadar gambar hiasan)

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.

Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan "Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)"

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas. Sekian wassalam wallahuaqlam.

'sharing is caring....'

MAN UTD MENANG LAGI........

Superb.....Cristiano Ronaldo
Salam....
Game Man Utd malam tadi start agak lambat...kul 3 lebih baru ader..tension betul..Malam tadi game lawan West Ham Utd agak best dan yang paling penting Ronaldo score kedua-dua gol. Performance yang di tunjukkan oleh Man Utd malam tadi agak superb maybe kerana main kat Old Trafford (stadium keramat MU). Kedua-dua gol adalah dalam separuh masa pertama permainan iaitu pada minit ke 13 dan 29. Maybe performance menakjubkan dari Ronaldo ada kaitan ngan anugerah FIFPro world player of the year yang dia dapat kelmarin dan challenge dari Ferguson agar Ronaldo dapat aim untuk score 25 gol pada musim nie.
Ferguson juga memuji persembahan Berbatov yang menunjukkan persembahan yang mantap dan banyak membantu jentera serangan United dan berjaya mengucar kacirkan pertahanan West Ham. Ferguson telah memuji persembahan Berbatov. Itu jer la report untuk game Man Utd pagi tadi...Aku ngantuk giler ni..hahaha...adios

Rabu, 29 Oktober 2008

MALAM PRA GRADUAN UiTM JOHOR 2008 DI HOTEL EQUATORIAL, MELAKA

Geng2 penolong pendaftar UiTM Johor

Bersama En Jeff (perhubungan korporat), Ikhtikar (UK mari), Kak Jaja dan Bob (aku la tu)....

Bersama menu yang ke 3 (ala carte)......

Posing maut...hehehe

Posing lagi.....sapa suh amik gambar...hahaha

Salam.........

Malam PGN UiTM Johor selamat di langsungkan pada 24 Oktober yang lalu di Hotel Equatorial, Melaka. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam itu dihadiri oleh semua pelajar semester akhir program diploma dan ijazah sarjana muda. Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah UiTM Johor, Prof Kamil. Majlis itu berlangsung dengan suasana hari raya sempena masih dalam menyambut suasana syawal. Majlis itu telah berakhir kira-kira pukul 11.30 malam.

Gambar di Colmar Tropicale lagi...hehehe

Badanku hampir besar ngan bangunan...hahaha

Kontrol mancho di tepi tasik swan....

Gambar ala-ala group underground..wakakaka


Di pintu masuk masuk Colmar Tropical...


Gambar pegawai-pegawai UiTM Johor
Salam.....
Lagi santapan mata buat sahabat-sahabatku...sajian gambar-gambar sepanjang sesi percambahan minda tersebut.

Selasa, 28 Oktober 2008

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang

Aku ngan gaya bersahaja....

sekali macam duk Perancis la.......

Pandangan di kala senja......cantik betul building ni


Bilik aku....ala ala klasikal gitu....

Orang ramai jln petang2......

Salam.......
Semalam aku sampai kat Segamat lebih kurang kul 7.30. Perjalanan balik sangat lancar walaupun di KL jammed sikit. Di KL singgah jap di rumah En Wan Salleh, lecturer kontrak di Segamat nie pasal en Wan ader uat Open House khas untuk rombongan kami.
Colmar Tropicale bagi aku sangat menarik bagi yang suka suasana klasik eropah kerana ciri-ciri bangunannya sangat klasikal dan dipengaruhi elemen-elemen Perancis. Distu juga terdapat Taman Jepun, Rabbit Farm, Padang Golf dan lain-lain lagi la. Aku sebilik ngan Ammar (Bahagian Fasiliti). Di sana kami lebih kepada sesi perbincangan dan percambahan idea mengenai budget UiTM Johor pada 2010 dan 2011 nanti.
Berita tentang ayah aku? apak dah di pindahkan ke Hospital Jengka dan keadaannya beransur pulih cuma tidak dibenarkan untuk pulang kerana masih terdapat kuman di paru-parunya. Aku harap apak cepat sembuh dan sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. Esok aku dah start sibuk sampaila 18 Nov nanti. Cuti pun kena beku pada masa tu. Aku harap Peperiksaan Akhir budak-budak UiTM Johor berjalan lancar dan aku akan berdoa agar korang mendapat result yang gempak.
Ok la, sampai sini sana coretan untuk hari ni, jap lagi ader taklimat peperiksaan untuk pensyarah baru. Adios....chow sin chee.....salam........

Sabtu, 25 Oktober 2008

Aku pergi Kursus...........

Start hari sampai Deepavali aku ke Bukit Tinggi, Pahang..................

Jumaat, 24 Oktober 2008

Kereta dah siap repair.......

Salam....

Dah 2 hari x update blog ni...hehehe...Semalam aku gi Kuantan amik ketar dah siap direpairkan, aku pergi malam rabu naik bas kul 11 malam, sampai jer kat Kuantan kul 2 pagi aku check in kat Hotel Regent (kat Terminal Makmur). Seawal kul 9 aku bergerak ke kedai kereta tu (CJ Pertama Motor) untuk amik keta aku, condition keta after repair tu agak standard gaban frust gak la nampak gaya kena uat balik la kat depan keta tu..hahaha. Lepas amik keta lebih kurang kul 10.00 aku bertolak ke Segamat balik pasal petang aku nak masuk opis balik pasal banyak keje x setel lagi (nak dekat hari exam nyer pasal).....

Malam tadi lepas berbuka puasa di Masjid As Syakkirin, ader semayang hajat n bacaan yasin. So join sekali la n aku berdoa agar apak kembali sihat walafiat dan berita gembira aku terima pagi tadi dari mak, apak dah bleh jalan sendiri tanpa di pimpin. Alhamdullilah doa aku di makbulkan tuhan. Karang kul 8.30 pagi ader open house ketua program, petang meeting akademik, malam plak kena gi Melaka ader dinner Malam Pra Graduan budak2 UiTM Johor. So hari ni aktiviti memang full. hehehe.

Start esok sampai Deepavali nanti aku akan pergi ke Bukit Tinggi, Pahang ader meeting ketua bahagian pasal budget UiTM Johor. So cuti ni memang x beerti sgt pada aku. (aku rindu nak tgk apak sebenarnya..hehehe). Tapi xpe, demi tugas aku terpaksa gak pegi. Boleh jln2 sekali pasal aku memang x pernah ke Bukit Tinggi (mesti best)........Bas bertolak hari esok kul 9 pagi dan aku dilantik sebagai AJK kedatangan para peserta n kutipan derma untuk diberi pd orang asli di sana...hehehehe

Rabu, 22 Oktober 2008

MAN UTD 3 - CELTIC 0

Superb performance......Berbatov


Dimitar Berbatov struck twice as Manchester United FC moved a step closer to the last 16 of the UEFA Champions League with a comprehensive 3-0 victory against Celtic FC.


Air of inevitability
Once Bulgaria forward Berbatov had broken the deadlock on the half-hour there was an air of inevitability about the outcome of this one-sided Anglo-Scottish contest, and he duly added his fourth goal in two UEFA Champions League outings after the interval, before Wayne Rooney rounded off the scoring with 14 minutes remaining. United proceeded to seven points at the Group E summit, leaving Celtic with just a point to their name and plenty of soul-searching to do before the teams meet again in a fortnight's time.


Van der Sar saves
Sir Alex Ferguson had speculated beforehand about finding a way of fitting Berbatov, Rooney and Carlos T̩vez into the same attack. Applying the 'if it ain't broke, don't fix it' theory, however, he kept Rooney and Berbatov up front in a 4-4-2 formation. Yet it was Celtic, missing target men Jan Vennegoor of Hesselink and Georgios Samaras and starting with a lone forward in Scott McDonald, who threatened an early goal, Aiden McGeady drawing a full-stretch stop from Edwin van der Sar with a low strike from the edge of the area. Then, from McGeady's left-wing cross, defender Gary Caldwell Рplaying in an unaccustomed midfield holding role Рcrashed in a half-volley that the goalkeeper tipped over.


On the back foot

Yet Premier League titleholders United soon had the Scottish champions on the back foot. With the half-hour approaching, Berbatov's quick feet fashioned a shooting opportunity for Cristiano Ronaldo whose first-time effort rustled the side-netting. Moments later, however, United were in front. Nani's corner deflected off Caldwell to John O'Shea and he headed the ball back towards goal where Berbatov turned it past Artur Boruc.

Berbatov tap-in
Given Celtic's record of nine successive away losses in the competition, their supporters will have feared for them as United really began to find their stride, menacing Boruc's goal again as Rooney sent a strong drive at the keeper. The home team should have gone into the break with their lead doubled by Darren Fletcher but the Scotland captain shot wastefully over after Nemanja Vidić had flicked a Rooney cross on to him at the far post. By the 51st minute it was 2-0 with Berbatov claiming his second following a Ronaldo free-kick. Although Boruc saved the No7's attempt, the ball deflected off his body and across goal where the Bulgarian was ready to accept the tap-in.

Rooney ices the cake
With Old Trafford sensing further goals, Rooney had an effort ruled offside before blazing over when Boruc's spill left him with an empty net. United were so on top that Sir Alex felt confident enough to take off Berbatov on the hour; yet it hardly constituted good news for a Celtic defence now asked to contain his replacement, Tévez, who soon saw a shot deflected centimetres wide. Rooney finally iced the cake by concluding a sweeping five-man move which began with Van der Sar's roll-out and ended with the England forward driving a precise low strike into the corner from the edge of the area for his fourth goal in as many games for United.

Isnin, 20 Oktober 2008

MU menang lagi.............

Glory..glory...Man Utd

MAN UTD 4 - WBA 0.......hehehe. Betapa gembiranya aku apabila Man Utd menang pagi ahad baru semalam. Aku just tengok highlight malam semalam utk game tu pasal malam sabtu tu aku tido kat hospital, nak kuar hujan lebat plak. Siap tido dalam surau hospital lagi. Aku biar mak tido tepi apak, biar selesa sikit..hehehe. Dalam game tu scorer adalah Rooney, Ronaldo, Nani dan Berbatov (1st goal dalam liga utk MU) tahniah..tahniah...hehehe. Pagi tadi sembang-sembang ngan staf (penyokong MU) berkaitan Tevez yang disisihkan dlm skuad Ferguson. Macam-macam opinion ader..lantak korang la janji keje uat..hehehe.
Aku sampai segamat semalam kul 7.30 malam, Hj Ros amik aku (TQ) pastu terus gi Saufi hanim (melantak). pastu balik layan bola (Stoke City 2 - Tottenham 1). Tido kul 1 gak la. Ada member tumpang tido kat umah malam tadi (Shud-peg keselamatan yang baru) dia takut x terbangun pagi..hehehe. Pagi ni aku agak sibuk menguruskan pasal tatatertib, penyerahan kertas soalan dan lain-lain. Sumer staf pun nampak sibuk (TQ). Kerana tanpa kalian x jalan HEA ni.
Hari Sabtu hari tu, member2 warden SMKLU (Lie n Matlan) datang melawat ayah aku. Timer kasih la kerana melawat ayah aku n sempat gak la aku kirim duit rayer untuk di beri pada ex-anak murid aku. Lie ckp semalam dah bagi, aku harap cukup la. Jangan berebut dah..hehehehe. hopefully semuanyer gembira (dah nak cuti la katakan..hehehe).
Sekian sahaja untuk hari ni....adios..chow sin chee.......Salam.....

Jumaat, 17 Oktober 2008

Open House di UiTM Johor

Bersama rakan-rakan PPP di Malam Bintang Gemilang (penyampaian anugerah dekan)

Salam.....
Hari ni banyak betul open house yang kena pegi di Bahagian lain. Jadi lunch punya makan dah bleh jimat...hehehe. macam-macam la aku makan tengah hari tadi dan yang paling menarik adalah Lemang Periuk Kera (En Jeff buat - terima kasih) memang best. Bukan senang nak uat, siap kena gi hutan lagi cari periuk kera..hehehe.Aku hanya sempat pegi di bahagian Pentadbiran ngan Kewangan jer...hehehe. Memang kenyang giler.
Petang nie nak balik Pahang dah, kul 11 malam sampai la kut. Mintak-mintak apak dah sihat sikit. Sian tengok dier lama-lama kat hospital. malam tadi aku tido agak awal mungkin kerana letih menyusun kertas soalan dalam peti kebal. Sian plak tengok staff terkangkang terkoyak menyusun kertas soalan dalam bilik kebal. Dan semalam juga aku belajar mengunci bilik kebal (tapi still x berjaya gak) hehehe. Susah giler nak ikut timing betul-betul. Baru skang aku rasa agak sukar aku di bahagian nie. Tapi perjalanan masih jauh, masih banyak aku harus belajar. Kata orang, Malu Bertanya Sesat Jalan. Betul ke? Tapi apa kater kita ikhtiar dulu. Betul x? Jadi Peribahasa tu memang x bleh pakai...hehehehe.
Sekian saja hari ni....Adios...Chow Sin Chee............

Khamis, 16 Oktober 2008

Alhamdullilah........

Pembentangan KIK UiTM di Ilham Resort, PD, N9

Alhamdullilah...aku panjatkan kesyukuran ke Hadrat Illahi kerana memperkenankan doa ku selama ini iaitu menyembuhkan penyakit ayahku. Ayahku beransur baik walaupun kini masih di tahan di wad Hospital Temerloh. Keadaannya tidaklah seteruk hari jumaat dan sabtu lepas. Dia pun sudah mula bercakap banyak-banyak dan tidak merapu-rapu lagi dah. Dan sudah tentu mak la yang paling gembira walaupun dari suaranya aku rasa mak agak kepenatan di dalam menjaga Apak di hospital. Tadi mak cakap dah beli tongkat untuk apak berjalan kerana jangkitan kuman yang menyerang paru-paru apak hampir menyebabkan apak kena strok. Nasib baik semangat apak agak kuat untuk pulih.

Esok malam aku akan balik semula ke Temerloh untuk melihat progress kesihatan Apak. Maybe sampai Temerloh pukul 11 malam macam hari tu. Abg Nie pun esok dah mula mengajar balik dan petang ni Abg Lie akan kembali menjaga Apak. Terima kasih pada abang-abang ku kerana rela berkorban menjaga apak. Walaupun kami adik-beradik nie sumer lelaki tetapi memang boleh di harapkan. Aku amat-amat berharap apak dapat sembuh sepenuhnya dan dapat kembali bersama rakan-rakannya di masjid untuk sembahyang berjemaah. Dari riak wajah Apak aku tahu dier amat rindukan suasana masjid dan beramal sepenuhnya di sana.

Semalam aku tidak masuk pejabat kerana menghadiri Seminar Pembentangan KIK UiTM di N9. dari kul 8 pagi sampai la kul 6 baru balik. letih giler..hehehe. Ramai juga la kawan-kawan yang aku jumpa. Orang-orang besar Pejabat Pendaftar pun ramai semalam. Semalam tegur En Osman, Ketua Timbalan Pendaftar dan dier masih mengingati aku yang merupakan Penghulu semasa Program Attachment AR di UiTM Shah Alam ari tu..hehehe. semalam gak aku dapat melihat gambar aku masuk dalam Majalah Info UiTM. Rasa bangga kejap...hehehe.besar plak tu.Maybe lepas ni banyak lagi gambar-gambar aku dalam majalah atau surat khabar. Mintak-mintak berita-berita baik jer la..hehehe.

Ok, sampai sini saja coretan aku pada hari ni....adios...chow sin chee..........

Sabtu, 11 Oktober 2008

Minta Jasa Baik Kawan-Kawan (Doakan Kesembuhan Ayahku)....

Salam........

Malam Jumaat lepas aku bergegas balik ke Temerloh kerana ingin menziarahi ayah aku yang di masukkan ke Hospital Temerloh kerana sakit. Aku sampai Temerloh pukul 11 malam tetapi aku tidak terus ke Hospital. Pagi-pagi lagi aku dah ke Hospital untuk melihat keadaan ayah aku. Betapa sedihnya hati ini apabila melihat Apak (ayah aku) memakai topeng oksigen dan keadaannya amatlah meragukan (condition). Hanya doa yang dapat ku panjatkan pada ALLAH agar menyembuhkan penyakitnya. Airmata aku memang tidak dapat aku tahan dari mengalir kerana selama ini keadaannya adalah sihat. Aku cuba menahan di depannya tapi tidak kesampaian gak. Aku dapat melihat keperitan yang di tanggung olehnya, kesakitan yang hanya Apak yang tahu. Aku pasrah dan redha atas ujian yang di beri ini.

Pagi ini aku menghantar message pada kawan-kawan di UiTM Johor memaklumkan condition Apak. Aku sempat juga meminta Epul memberitahu Ustaz Azrul agar dapat membuat solat Hajat memohon kesembuhan penyakit ayah aku. Di sini juga aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berdoa untuk Apak. Aku maybe amik cuti sampai hari Selasa, kerja-kerja pejabat aku telah meminta Khalid untuk handle semasa ketiadaan aku termasuklah amik kertas soalan hari isnin ni dan menghadiri seminar KIK di Port Dickson (sebagai pemerhati).

Ya ALLAH, beratnya ujian yang engkau beri pada hambamu ini. Aku memohon kepadamu permudahkanlah ujian ini. Engkau sembuhkanlah penyakit ayahku dan panjangkanlah umurnya. Amin Ya Rabbal Allamin..............

Jumaat, 10 Oktober 2008

Rewang-Rewang Rayer.......

Ketupat daun kunyit..hehe (x tau la aku, tapi rupa daun tu mcm daun kunyit)

Baju belang-belang, Prof Ismail (Ketua rewang-rewang)

Pentas utama untuk pukul 1o pagi nie....

Mula-mula aku ingat lemang ni diletakkan batang kayu dalam dier, rupanyer silap..hehehe

Salam............

Kalau kat tempat aku, rewang ni maksud dier jalan-jalan naik motor pusing kampung..hehehe. Kat sini rewang nie majlis persiapan untuk uat sesuatu majlis. Yer la, lain negeri lain kefahaman. Macam Lemang gak, tempat aku balut daun pisang kat sini pakai daun apa ntah...tp mcm daun kunyit la tapi x berbau..hehehe. Petang semalam aku potong daging samapi abis walaupun aku AJK lain..hehehe

Malam tadi lebih kepada sesi makan-makan. Ader sup tulang, Masak Lemak, ayam goreng dan lain-lain. Banyak gak la aku melantak malam tadi.hehehe. Keje aku malam tadi - gantung ketupat, susun bekas-bekas yang dah siap di basuh, potong cendawan, basuh serai n yang paling penting adalah MAKAN..hehehe. Aku balik umah kul 11 lebih, mata ngantuk tapi kerana tanggungjawab (main msg ngan mama) terpaksa la bersengkang mata..hehehe.

Tapi malam tadi lebih kurang kul 12.15 mak call cakap Apak (panggilan org Perak untuk Ayah) masuk hospital. Terkejut gak la aku. Tapi mak cakap jangan risau, walaupun mak aku cakap 2 botol air masuk badan. Aku jadi x bleh tido n ingat nak balik jer malam tadi, risau sebagai seorang anak nie lain. Tapi untuk menenangkan hati nie aku sembahyang Tahajjud n berdoa banyak-banyak kepada ALLAH untuk pulihkan kesihatan Apak. Kang nak uat GL n faks ke Hospital Jengka. Ya ALLAH, engkau peliharalah kesihatan kedua orang tuaku, engkau panjangkanlah umur mereka dan engkau tenangkanlah hati orang-orang di sekeliling mereka. Sesungguhnya hambamu ini tidak dapat melawan takdir mu Ya ALLAH.........amin..........

Khamis, 9 Oktober 2008

Kain Pelikat...lalalala..kain pelikat...lalalala...hehehe

Salam.........

Malam tadi aku ader citer lawak nak kongsi ngan geng-geng..hehe..Malam tadi lepas sembahyang maghrib kat masjid, jumpa Basha dier ajak makan awal. Epul OK jer pasal dier pakai seluar tapi aku dengan baju melayu n kain pelikat. Ingat ke nak makan kat Jementah jer rupanyer lepas ke Segamat. (kedai makan Saufi Hanim the best..hehehe). Pastu balik siap singgah kat Hypermarket Upwell. Aku ngan pakai kain pelikat lagi,sumer tengok mcm aku nie orang asing..hehehe. Malu siot. Tu pasal aku masuk kejap jer kat dalam Upwell pastu tungu diaorang kat luar jer...segan plak rasanyer...hehehe

Pagi ni aku sibuk la sikit pasal ader meeting kul 9 kang. Meeting pasal peperiksaan ngan PM Yusri dan staff HEA. Meeting nie untuk membuat preparation untuk bulan peperiksaan nanti. Dari basic needs sampai la yang penting-penting..hehehe..Petang kang start kul 3 dah ada rewang potong bawang dan aku sebagai AJK masak lodeh kena la memantau proses tersebut agar berjalan lancar. Malam kang pun rewang gak pasal aku duk dalam kampus jer, so kena la memantau apa-apa yang perlu...Majlis jamuan esok start kul 10 pagi...x tau la macam mana nanti..hehehe

Ok, sampai sini saja untuk hari ni...adios...chow sin chee...........

Setepek kat muka...hehehe

Untuk mengigatkan kita sebagai penjawat awam terutama diri saya sendiri:

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.

5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

12. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

14. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

15. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

16. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

17. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

18. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

19. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

20. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

21. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab " mamat@yahoo.com".

22. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

23. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.

24. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

25. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

26. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

27. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

28. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

29. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

30. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

31. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.

32. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doctor yang kita ni demam.

33. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".

34. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.

35. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.

36. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.

37. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.

38. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama "binatang".

39. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.

40. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.

41. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.

42. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.

43. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.

44. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.

45. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.

46. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.

47. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.

48. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati.

49. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.

50. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC maseh ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.

Tapi Aiman tak kesah.............. LU PIKIR LA SENDIRI!

Rabu, 8 Oktober 2008

Proton Genesis..........

Sekali tengok dari depan mcm Avanza..

Dari tepi plak mcm Toyota Alphard..

Dari belakang, mcm Honda Stream...

Salam.........

Inilah gambar terbaru MPV Proton (illegal gambar nie - ader staff proton bocor rahsia la ni..hehe). Aku dapat nie dari kawan aku. Nama keta nie pun xder lagi tu pasal proton uat kuiz menamakan keta ni. Aku pun masuk gak peraduan tu (banyak gak aku hantar) n aku paling suka perkataan Genesis, Jadi aku namakan Proton Genesis. Maksud Genesis adalah "Beginning" jadi satu permulaan ke era baru. Biasanya sedan n aeroback jer n skang MPV. Harap-harap bleh la menang. Hadiah utama MPV ni la sebijik. Harap-harap CEO Proton suka la ngan nama yang aku bagi tu..hehehe.

Enjin MPV baru nie pakai 1.6 Campro, maybe sama ngan enjin Waja n Persona. Aku rasa kalau harga keta ni di bawah 70k, rasanya memang ramai orang yang akan pakai termasuklah aku..hehehe. Keta ni bakal di "launching" kan pada Mac tahun depan. Jadi standby la duit untuk booking MPV nie..hehehe. Nanti kalo beli ramai-ramai kiter bleh uat kelab - Genesis Owner's Club (GOC) cadangan aku jer la..hehehe. (macam best jer).

Tentang aku, jap lagi dalam kul 11.30 nak antar mak aku n Afif ke stesen bas (bas ekspress kul 12.00 ke Pahang). Sunyi la aku lepas ni..hehehe. Nasib baik Astro dah ader x la sunyi sangat. (lepas bola, bola lagi, dan lagi....) hehehe. Ok sampai sini saja uat masa nie la. Boring-boring kang aku tulis lagi..adios...chow sin chee...

Selasa, 7 Oktober 2008

Kereta Rayer Aku (keta pinjam..hehehe)

Kereta pinjam 1..........

Kereta pinjam 2....

Hari raya aku baru-baru ni xlah boring sangat psl abg sulung aku bagi pinjam keta dier. (dia la yang tolon amik aku kat tempat xcident tu). kalau x naya la aku, barang-barang penuh dalam bonet kereta xciden tu..hehehe. Abang aku suh bawak keta ni ke Segamat tapi aku x condifen bwk keta ni ke Segamat pasal temperature n aircond dier problem. kang breakdown tengah jalan naya la aku..hehehe.

Planning aku nak gak cari kereta ke-2, murah2 nyer jer. Bawah 10k ok gak, cadang2 nak beli kancil. Tapi x tau lagi la, tgk budget dulu..hehehe

Naik keretapi...........

Afif, mata dah ngantuk.............
Salam....
Aku kembali ke Segamat naik keretapi dan bertolak dari Jerantut pukul 2.00 pagi hari sabtu lepas kerana xder tiket hari ahad. Afif ngan Mak ikut pasal diaorang nak jln2 kat Segamat ni. Afif sangat teruja dalam keretapi, ye la first time la katakan..dalam keretapi dengar suara dier jer yang paling riuh. Tapi time tidor bukan main nyenyak (aman la ckit..hehehe). Kami sampai Segamat kul 8 pagi, delay hampir 2 jam kerana Keretapi yang aku naik ni melanggar orang bunuh diri sehingga berkecai kepala di dalam hutan sebelum Gemas tapi aku x tengok la mayat tu takut kena badi..hehehe.
Hari rabu mak ngan Afif nak balik dah, aku dah beli tiket bas ke Temerloh untuk diaorang. Kembali sunyi la aku lepas ni. Epul pun dah balik malam tadi, tapi aku dah ckp kat dier mak aku nak datang..hehehe. Jumaat ni ader jamuan raya staf plak n aku jadi AJK masak Lodeh (masak lemak sayur - makan ngan lontong). Semalam abg call ckp kereta aku maybe x siap repair lagi bulan nie. Motor aku plak x tau la bila sepupu aku nak hantar pakai lori. Kalau nak tau, aku dah 2 hari jalan kaki ke office nasib baik dari kolej ke bangunan HEA ni x jauh..hehehe. Nak pinjam motor orang segan plak. Aku anggap semua ni dugaan bagi aku dalam menjalani hidup di dunia ini kerana aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bagi yang x tahan dugaan tu yang masalahnya jika kesabaran tidak dapat disemai dalam diri.
Kalau ikutkan hati mahu jer aku menjerit melepaskan tekanan, tapi aku rasa semua tu keje bodoh (baik aku mengaji..ada gak faedahnyer..hehehe). Maybe lepas periksa aku free sikit kut. Time tu bleh la turun Kuantan tengok keta aku. Ingatan kat kampung masih menebal tetapi ngan ader mak kat sini terubat gak la tapi esok mak dah nak balik Pahang, sunyi balik la aku kat sini dan secara automatiknya aku akan selalu merasa kebosanan tahap melampau la lepas ni. Lain la kalau kat asrama dulu, boring2 boleh main bola, sakat budak-budak, sakat bapak budak (Lokman, Matlan n Lie)...hehehe...tapi biarlah semua tu jadi kenangan terindah dalam hidupku ini...hehehe....adios...chow sin chee....................

Isnin, 6 Oktober 2008

Malang tak berbau, "buang angin" berbau la kut....

Habis jahanam keta aku.....

Keta yang aku langgar, sikit jer pasal Avanza nie tinggi, kena spare tayar dier la yang menyebabkan keta aku teruk

Abg aku yang amik gambar ni...aku tengah check tyres, kut-kut bocor..hehehe

Nie namanyer, kes naya...tempias rayer....

Salam............

Kesian x kat aku...hehehe. Nasib baik aku x aper-aper. Tapi keta aku jer la teruk, sebulan gak la nak repair tunggangan nie. Nasib baik bleh claim insurance.