Selasa, 7 Oktober 2008

Naik keretapi...........

Afif, mata dah ngantuk.............
Salam....
Aku kembali ke Segamat naik keretapi dan bertolak dari Jerantut pukul 2.00 pagi hari sabtu lepas kerana xder tiket hari ahad. Afif ngan Mak ikut pasal diaorang nak jln2 kat Segamat ni. Afif sangat teruja dalam keretapi, ye la first time la katakan..dalam keretapi dengar suara dier jer yang paling riuh. Tapi time tidor bukan main nyenyak (aman la ckit..hehehe). Kami sampai Segamat kul 8 pagi, delay hampir 2 jam kerana Keretapi yang aku naik ni melanggar orang bunuh diri sehingga berkecai kepala di dalam hutan sebelum Gemas tapi aku x tengok la mayat tu takut kena badi..hehehe.
Hari rabu mak ngan Afif nak balik dah, aku dah beli tiket bas ke Temerloh untuk diaorang. Kembali sunyi la aku lepas ni. Epul pun dah balik malam tadi, tapi aku dah ckp kat dier mak aku nak datang..hehehe. Jumaat ni ader jamuan raya staf plak n aku jadi AJK masak Lodeh (masak lemak sayur - makan ngan lontong). Semalam abg call ckp kereta aku maybe x siap repair lagi bulan nie. Motor aku plak x tau la bila sepupu aku nak hantar pakai lori. Kalau nak tau, aku dah 2 hari jalan kaki ke office nasib baik dari kolej ke bangunan HEA ni x jauh..hehehe. Nak pinjam motor orang segan plak. Aku anggap semua ni dugaan bagi aku dalam menjalani hidup di dunia ini kerana aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bagi yang x tahan dugaan tu yang masalahnya jika kesabaran tidak dapat disemai dalam diri.
Kalau ikutkan hati mahu jer aku menjerit melepaskan tekanan, tapi aku rasa semua tu keje bodoh (baik aku mengaji..ada gak faedahnyer..hehehe). Maybe lepas periksa aku free sikit kut. Time tu bleh la turun Kuantan tengok keta aku. Ingatan kat kampung masih menebal tetapi ngan ader mak kat sini terubat gak la tapi esok mak dah nak balik Pahang, sunyi balik la aku kat sini dan secara automatiknya aku akan selalu merasa kebosanan tahap melampau la lepas ni. Lain la kalau kat asrama dulu, boring2 boleh main bola, sakat budak-budak, sakat bapak budak (Lokman, Matlan n Lie)...hehehe...tapi biarlah semua tu jadi kenangan terindah dalam hidupku ini...hehehe....adios...chow sin chee....................

Tiada ulasan: