Baju belang-belang, Prof Ismail (Ketua rewang-rewang)
Pentas utama untuk pukul 1o pagi nie....
Mula-mula aku ingat lemang ni diletakkan batang kayu dalam dier, rupanyer silap..hehehe
Kalau kat tempat aku, rewang ni maksud dier jalan-jalan naik motor pusing kampung..hehehe. Kat sini rewang nie majlis persiapan untuk uat sesuatu majlis. Yer la, lain negeri lain kefahaman. Macam Lemang gak, tempat aku balut daun pisang kat sini pakai daun apa ntah...tp mcm daun kunyit la tapi x berbau..hehehe. Petang semalam aku potong daging samapi abis walaupun aku AJK lain..hehehe
Malam tadi lebih kepada sesi makan-makan. Ader sup tulang, Masak Lemak, ayam goreng dan lain-lain. Banyak gak la aku melantak malam tadi.hehehe. Keje aku malam tadi - gantung ketupat, susun bekas-bekas yang dah siap di basuh, potong cendawan, basuh serai n yang paling penting adalah MAKAN..hehehe. Aku balik umah kul 11 lebih, mata ngantuk tapi kerana tanggungjawab (main msg ngan mama) terpaksa la bersengkang mata..hehehe.
Tapi malam tadi lebih kurang kul 12.15 mak call cakap Apak (panggilan org Perak untuk Ayah) masuk hospital. Terkejut gak la aku. Tapi mak cakap jangan risau, walaupun mak aku cakap 2 botol air masuk badan. Aku jadi x bleh tido n ingat nak balik jer malam tadi, risau sebagai seorang anak nie lain. Tapi untuk menenangkan hati nie aku sembahyang Tahajjud n berdoa banyak-banyak kepada ALLAH untuk pulihkan kesihatan Apak. Kang nak uat GL n faks ke Hospital Jengka. Ya ALLAH, engkau peliharalah kesihatan kedua orang tuaku, engkau panjangkanlah umur mereka dan engkau tenangkanlah hati orang-orang di sekeliling mereka. Sesungguhnya hambamu ini tidak dapat melawan takdir mu Ya ALLAH.........amin..........
2 ulasan:
salam en.bob..
kwn tam kan..
Yer, sapa nier? kawan Tam gak ker? hehehe
Catat Ulasan