Khamis, 16 Oktober 2008

Alhamdullilah........

Pembentangan KIK UiTM di Ilham Resort, PD, N9

Alhamdullilah...aku panjatkan kesyukuran ke Hadrat Illahi kerana memperkenankan doa ku selama ini iaitu menyembuhkan penyakit ayahku. Ayahku beransur baik walaupun kini masih di tahan di wad Hospital Temerloh. Keadaannya tidaklah seteruk hari jumaat dan sabtu lepas. Dia pun sudah mula bercakap banyak-banyak dan tidak merapu-rapu lagi dah. Dan sudah tentu mak la yang paling gembira walaupun dari suaranya aku rasa mak agak kepenatan di dalam menjaga Apak di hospital. Tadi mak cakap dah beli tongkat untuk apak berjalan kerana jangkitan kuman yang menyerang paru-paru apak hampir menyebabkan apak kena strok. Nasib baik semangat apak agak kuat untuk pulih.

Esok malam aku akan balik semula ke Temerloh untuk melihat progress kesihatan Apak. Maybe sampai Temerloh pukul 11 malam macam hari tu. Abg Nie pun esok dah mula mengajar balik dan petang ni Abg Lie akan kembali menjaga Apak. Terima kasih pada abang-abang ku kerana rela berkorban menjaga apak. Walaupun kami adik-beradik nie sumer lelaki tetapi memang boleh di harapkan. Aku amat-amat berharap apak dapat sembuh sepenuhnya dan dapat kembali bersama rakan-rakannya di masjid untuk sembahyang berjemaah. Dari riak wajah Apak aku tahu dier amat rindukan suasana masjid dan beramal sepenuhnya di sana.

Semalam aku tidak masuk pejabat kerana menghadiri Seminar Pembentangan KIK UiTM di N9. dari kul 8 pagi sampai la kul 6 baru balik. letih giler..hehehe. Ramai juga la kawan-kawan yang aku jumpa. Orang-orang besar Pejabat Pendaftar pun ramai semalam. Semalam tegur En Osman, Ketua Timbalan Pendaftar dan dier masih mengingati aku yang merupakan Penghulu semasa Program Attachment AR di UiTM Shah Alam ari tu..hehehe. semalam gak aku dapat melihat gambar aku masuk dalam Majalah Info UiTM. Rasa bangga kejap...hehehe.besar plak tu.Maybe lepas ni banyak lagi gambar-gambar aku dalam majalah atau surat khabar. Mintak-mintak berita-berita baik jer la..hehehe.

Ok, sampai sini saja coretan aku pada hari ni....adios...chow sin chee..........

Tiada ulasan: