Jumaat, 24 Oktober 2008

Kereta dah siap repair.......

Salam....

Dah 2 hari x update blog ni...hehehe...Semalam aku gi Kuantan amik ketar dah siap direpairkan, aku pergi malam rabu naik bas kul 11 malam, sampai jer kat Kuantan kul 2 pagi aku check in kat Hotel Regent (kat Terminal Makmur). Seawal kul 9 aku bergerak ke kedai kereta tu (CJ Pertama Motor) untuk amik keta aku, condition keta after repair tu agak standard gaban frust gak la nampak gaya kena uat balik la kat depan keta tu..hahaha. Lepas amik keta lebih kurang kul 10.00 aku bertolak ke Segamat balik pasal petang aku nak masuk opis balik pasal banyak keje x setel lagi (nak dekat hari exam nyer pasal).....

Malam tadi lepas berbuka puasa di Masjid As Syakkirin, ader semayang hajat n bacaan yasin. So join sekali la n aku berdoa agar apak kembali sihat walafiat dan berita gembira aku terima pagi tadi dari mak, apak dah bleh jalan sendiri tanpa di pimpin. Alhamdullilah doa aku di makbulkan tuhan. Karang kul 8.30 pagi ader open house ketua program, petang meeting akademik, malam plak kena gi Melaka ader dinner Malam Pra Graduan budak2 UiTM Johor. So hari ni aktiviti memang full. hehehe.

Start esok sampai Deepavali nanti aku akan pergi ke Bukit Tinggi, Pahang ader meeting ketua bahagian pasal budget UiTM Johor. So cuti ni memang x beerti sgt pada aku. (aku rindu nak tgk apak sebenarnya..hehehe). Tapi xpe, demi tugas aku terpaksa gak pegi. Boleh jln2 sekali pasal aku memang x pernah ke Bukit Tinggi (mesti best)........Bas bertolak hari esok kul 9 pagi dan aku dilantik sebagai AJK kedatangan para peserta n kutipan derma untuk diberi pd orang asli di sana...hehehehe

Tiada ulasan: