Jumaat, 17 Oktober 2008

Open House di UiTM Johor

Bersama rakan-rakan PPP di Malam Bintang Gemilang (penyampaian anugerah dekan)

Salam.....
Hari ni banyak betul open house yang kena pegi di Bahagian lain. Jadi lunch punya makan dah bleh jimat...hehehe. macam-macam la aku makan tengah hari tadi dan yang paling menarik adalah Lemang Periuk Kera (En Jeff buat - terima kasih) memang best. Bukan senang nak uat, siap kena gi hutan lagi cari periuk kera..hehehe.Aku hanya sempat pegi di bahagian Pentadbiran ngan Kewangan jer...hehehe. Memang kenyang giler.
Petang nie nak balik Pahang dah, kul 11 malam sampai la kut. Mintak-mintak apak dah sihat sikit. Sian tengok dier lama-lama kat hospital. malam tadi aku tido agak awal mungkin kerana letih menyusun kertas soalan dalam peti kebal. Sian plak tengok staff terkangkang terkoyak menyusun kertas soalan dalam bilik kebal. Dan semalam juga aku belajar mengunci bilik kebal (tapi still x berjaya gak) hehehe. Susah giler nak ikut timing betul-betul. Baru skang aku rasa agak sukar aku di bahagian nie. Tapi perjalanan masih jauh, masih banyak aku harus belajar. Kata orang, Malu Bertanya Sesat Jalan. Betul ke? Tapi apa kater kita ikhtiar dulu. Betul x? Jadi Peribahasa tu memang x bleh pakai...hehehehe.
Sekian saja hari ni....Adios...Chow Sin Chee............

Tiada ulasan: