Khamis, 24 Jun 2010

Kenapa Aku Letih Berkerja

Selama beberapa hari ni aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku :

Aku keletihan kerana terlebih kerja. nak tau kenapa?

Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :


Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang (anggaran sahaja).
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak² bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang ‘pergi kerja tapi tak buat kerja‘.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, suri rumah, orang² tua, fresh universiti student, kena buang kerja dll.
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja.
Dan 2 orang itu adalah kamo dan aku.

Dari 2 orang ini.
kamo SEKARANG INI masih duduk depan komputer, bukak blog, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung… jadi tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…

Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit ghodong.....
HAHA

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat²
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

7 Punca Blogger Menjadi Malas

Err.. Malas la nak buat ayat permulaan yang panjang-panjang.. Baca teruslah isi-isinya.. (aku buat macam nie sebab nak bagi contoh blogger yang malas jer) (alasan!!)

1. Tiada Respon

Bila blog tak mendapat perhatin mulalah hilang semangat, lepas tu jadi malas pulak.. Rileks ar bro, kalau nak selalu dapat respon pi main facebook la.. =P Jumlah komen bukan penentu kualiti entry.. Ingat tu..

2.Kekeringan Idea

Yang ini memang selalu jadi alasan.. Ermm?? Aku pun tak tau macam mana nak membanteras gejala kekeringan idea nie.. Pi copy n paste jer lah mana-mana entry blogger yang mendapat respon yang tinggi.. Haha.. Gurau je lah! Banyakkan membaca, baru dapat idea..

3. Server Down

Alamak! Memang tak boleh buat apa lah kan.. Bersabar jer lah tunggu server up balik.. Nak buat apa nak mengamuk sana sini bila server down.. (ciss!! padahal dia lah dulu paling heboh mengamuk bila blog dia down) Penyelesaiannya mudah jer, gunalah yang berkualiti..

4. Keghairahan

Seperti yang diceritakan sebelum ini mengenai keghairahan dengan blog sendiri nie, memang payah nak mencari kembali semangat berblog ni.. Terjadi pada aku sendiri bila aku berhenti seketika dari dunia blog dulu.. Skill merangka ayat semua sudah jatuh ke longkang.. =P So kena ambil masa lah nak pujuk balik mood berblogging..

5. Faktor Masa

Selalu terjadi pada aku.. Yelah, aku kan dapat kerja yang agak berat.. Bila balik jer jadi penat dan malas! Penyelesaian bagi aku, ambil sedikit waktu kerja untuk mengarang satu entry.. Idea aku memang selalu datang time kerja.. Sebab tu 90% entry menteil.net tahun ini dicipta di handset/gadjet aku.. Bila dah siap email, edit dan siarkan!

6. Talian Internet

Ini memang masalah yang sukar dibendung lalu menjadi punca kemalasan pada blog sendiri.. Maka penyelesaiannya aku rumuskan cerita satu bulan dan rangkakan menjadi satu ceritera.. Sebulan sekali update kira oklah! Sekurang-kurangnya rekod satu bulan itu tak tertinggal dalam simpanan archive.. =P

7. Dikutuk, Dikeji dan Dicaci

Aik? Xde respon malas, dah ada respon pun malas lagi? Hehe.. Sapa yang tak bengang bila kena kutuk kan? Apatah lagi bila dikeji dan dicaci.. Bila aku dah tulis nie mestilah ada pengalaman sendiri.. Senang jer.. Biarkan… Hati yang dengki memang seperti bangkai, makin dibiar makin busuk.. So tak boleh buat apa lah..

Tapi jika ia kritikan membina berterima kasihlah padanya.. Kira beruntung lah kan ada yang nak tegur.. Fikir positif.. Itu maknanya kita diambil berat.. Kan tandanya sayang tu.. Hehe..

jangan malas-malas, tuhan tak suka.. =P

Khamis, 3 Jun 2010

Kecil dan Besar

Masa Umur 5 Tahun

Masa Umur 12 Tahun

Kecil dan besar, 2 perkataan yang signifikan bagi aku. Mungkin ini dinamakan satu transformasi diri..hehehe (agaknya la). kalau dulu kecik jer badan aku, skang dah ngalahkan Mike Tyson..huhuhuhu. Walau camner pun pandangan orang terhadap aku, tak pernah aku nak amik peduli. Janji aku happy, jawapan aku - kalau Malaysia kena serang dan terjadinya krisis makanan aku rasa aku berpeluang untuk hidup lebih lama dari orang yang kurus kering (agaknya la)...skang nier aku x pernah peduli kerana hidup ini cuma sekali, better aku nikmati sepuas-puasnya hidup nier...adios.....