Khamis, 24 Jun 2010

7 Punca Blogger Menjadi Malas

Err.. Malas la nak buat ayat permulaan yang panjang-panjang.. Baca teruslah isi-isinya.. (aku buat macam nie sebab nak bagi contoh blogger yang malas jer) (alasan!!)

1. Tiada Respon

Bila blog tak mendapat perhatin mulalah hilang semangat, lepas tu jadi malas pulak.. Rileks ar bro, kalau nak selalu dapat respon pi main facebook la.. =P Jumlah komen bukan penentu kualiti entry.. Ingat tu..

2.Kekeringan Idea

Yang ini memang selalu jadi alasan.. Ermm?? Aku pun tak tau macam mana nak membanteras gejala kekeringan idea nie.. Pi copy n paste jer lah mana-mana entry blogger yang mendapat respon yang tinggi.. Haha.. Gurau je lah! Banyakkan membaca, baru dapat idea..

3. Server Down

Alamak! Memang tak boleh buat apa lah kan.. Bersabar jer lah tunggu server up balik.. Nak buat apa nak mengamuk sana sini bila server down.. (ciss!! padahal dia lah dulu paling heboh mengamuk bila blog dia down) Penyelesaiannya mudah jer, gunalah yang berkualiti..

4. Keghairahan

Seperti yang diceritakan sebelum ini mengenai keghairahan dengan blog sendiri nie, memang payah nak mencari kembali semangat berblog ni.. Terjadi pada aku sendiri bila aku berhenti seketika dari dunia blog dulu.. Skill merangka ayat semua sudah jatuh ke longkang.. =P So kena ambil masa lah nak pujuk balik mood berblogging..

5. Faktor Masa

Selalu terjadi pada aku.. Yelah, aku kan dapat kerja yang agak berat.. Bila balik jer jadi penat dan malas! Penyelesaian bagi aku, ambil sedikit waktu kerja untuk mengarang satu entry.. Idea aku memang selalu datang time kerja.. Sebab tu 90% entry menteil.net tahun ini dicipta di handset/gadjet aku.. Bila dah siap email, edit dan siarkan!

6. Talian Internet

Ini memang masalah yang sukar dibendung lalu menjadi punca kemalasan pada blog sendiri.. Maka penyelesaiannya aku rumuskan cerita satu bulan dan rangkakan menjadi satu ceritera.. Sebulan sekali update kira oklah! Sekurang-kurangnya rekod satu bulan itu tak tertinggal dalam simpanan archive.. =P

7. Dikutuk, Dikeji dan Dicaci

Aik? Xde respon malas, dah ada respon pun malas lagi? Hehe.. Sapa yang tak bengang bila kena kutuk kan? Apatah lagi bila dikeji dan dicaci.. Bila aku dah tulis nie mestilah ada pengalaman sendiri.. Senang jer.. Biarkan… Hati yang dengki memang seperti bangkai, makin dibiar makin busuk.. So tak boleh buat apa lah..

Tapi jika ia kritikan membina berterima kasihlah padanya.. Kira beruntung lah kan ada yang nak tegur.. Fikir positif.. Itu maknanya kita diambil berat.. Kan tandanya sayang tu.. Hehe..

jangan malas-malas, tuhan tak suka.. =P

Tiada ulasan: