Sabtu, 27 Februari 2010

Hobi Baru - Tonton Wayang....

Aku sekarang semakin ketagih.....nengok wayang, nampaknya dah semakin kronik - tiap-tiap minggu turun Melaka....wakakaka. Ada ubat tak? aku dah tak sanggup dah nier......

Ahad, 21 Februari 2010

Aku dan Nostalgia siri 1

Rumah FELDA waktu awal-awal dulu - rumah 1 bilik....

Bayangkan jika keluarga yang mempunyai lebih dari 10 ahli keluarga duk kat umah begini...

Dari tanah datangnya rezeki.....

kecik-kecik dulu aku merupakan pengutip biji relai yang berjaya....

Masa dah menengah baru la merasa cop tandan kelapa sawit...


Salam semua....

Entri kali nier, aku nak bermain dengan jiwa-jiwa...wakakaka. Aku dilahirkan di sebuah perkampungan FELDA yang terletak di Jerantut pada tahun 1982. Pada ketika itu, jururawat (bidan) felda yang telah menyambut kelahiran aku. Aku dilahirkan pada subuh hari rabu. Pada waktu itu, mungkin merupakan saat kegembiraan bagi ayah dan mak aku. Maka bermulalah episod aku sebagai anak SUTERA - Anak FELDA Sungai Tekam Utara - rasanya nama FELDA aku mungkin kurang popular berbanding Jengka, Panching dan Chini, tapi bagi aku FELDA aku adalah tanah tumpah aku sendiri dalam bermulanya sebuah episod kehidupan aku.

Waktu kecik-kecik dulu, aku seperti anak FELDA yang lain, bergaul mesra dan sangat mementingkan persahabatan tanpa mengira asal-usul negeri. Kami dulu lebih berorientasikan geng-geng lorong (umah aku kat lorong melor). Biasanya aktiviti petang adalah bermain bola sepak di laman umah Pakcik Jamaludin - penanda tiang gol adalah menggunakan selipar jepun...wakaka. Bila dah kreatif sikit, kami membuat tiang gol menggunakan buluh yang diambil di belakang umah Pakcik Lazim. Kadang-kadang main dekat padang awam berhampiran rumah kedai di FELDA aku, tapi biasanya geng-geng dewasa yang conquer padang tersebut di waktu petang. Aktiviti yang lain tentunya main pondok-pondok dan mandi sungai (soorrryyyy...tengok org mandi sungai - aku memang dilarang keras mandi sungai oleh mak aku...hehehe) - kadang-kadang termandi gak sungai dan hukuman rotan menggunakan getah paip biasanya sering menanti di rumah...wakakaka.

Waktu zaman sekolah tentunya menyeronokkan. Aku sejak dari darjah 1 ditempatkan di kelas ke hadapan - mula2 kuning pastu diubah nama menjadi cerdas (darjah 5 dan 6). Biasanya jarang sangat dapat kedudukan top 3, maklum la saingan yang hebat...cuma kekadang jer dalam kedudukan top 3 dan pernah semasa darjah 5 aku dapat no 1 dalam kelas. Zaman sekolah aku aktif sebagai ketua kelas pastu sebagai pengawas sekolah. Aku juga selalu terlibat dalam pertandingan bercerita dan berpidato semasa sekolah rendah. Pengalaman hebat tentunya apabila mewakili sekolah ke pertandingan bercerita kisah-kisah nabi di peringkat daerah dan mendapat no 3.

Sepanjang aku bersekolah dulu -aktiviti yang aku paling tak gemor adalah aktiviti perkhemahan - aku dulu adalah pengakap sekolah. Punya la boring dan biasanya aku akan memberi beberapa alasan yang agak munasabah bagi mengelakkan diri untuk aktiviti perkhemahan. Kalo nak tau, aku dulu tak la dilahirkan sebesor camnier dan perubahan mendadak aku jadi camnier adalah selepas aku di khatankan masa darjah 6 dan aku turut mula berkaca mata (mungkin terkezut masa sunat kut..wakakaka).

Pasnier aku nak citer pasal hobi...tapi biler? tunggu next series la yer...adios....

Jumaat, 12 Februari 2010

Suara

Apabila kita disuruh bersuara,
Ada yang bersuara dengan lantang,
Ada yang bersuara dengan terketar-ketar,
Ada yang bersuara dengan tak tentu haluan,
Maka mula memilih untuk bersuara.

Bersuara dengan hati,
Bersuara dengan jiwa,
Bersuara dengan perasaan,
Bersuara dengan perasan,
Bersuara dengan perkataan,
Bersuara dengan khayalan,
Bersuara dengan ingatan,
Bersuara dengan perhatian,
Bersuara dengan kata-kata,
Bersuara dengan keindahan,
Bersuara dengan rotan,
Bersuara dengan pedang,
Bersuara dengan nada,
Bersuara dengan irama,
Bersuara dengan iman,

Aku dan kamu juga mereka,
Mahu atau tidak bersuara?
Betul atau tidak aku bersuara?
Atau kamu yang bersuara.

Kita bersuara kerana kita ada suara...

Rabu, 3 Februari 2010

Kursus Kenegaraan BTN di Kem Bumi Jati, Shah Alam

Kem Bumi Jati, Jalan Kebun Shah Alam

Bilik aku......

Kumpulan aku kat dewan makan


Ada 3 ibu mengandung dlm group aku...kuikuikui

Salam

Dah lama aku x tulis blog nier...kuikuikui. Actually aku baru balik dari BTN di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Kat mana? Actually ianya terletak di Jalan Kebun (Kalo nak gi Banting memang melintas depan jalan masuk ke kem nier). Aku berkursus selama 5 hari 4 malam (rasanya mcm 2 minggu..hehehe). Kat sini aku nak citer sikit2 aktiviti yang menarik sepanjang aku kat sana dari 28 Januari - 1 Februari 2010. sesi BTN nier adalah pegawai dari UiTM + Majistret/legal advisor.

28/1 - Bertolak ke tempat kursus, aku singgah kat Jementah amik ubat sikit kat Klinik Keluarga buat spare kut2 emergency. Sampai kat kem lebih kurang kul 2.00 petang terus register bilik dan daftar diri. Sampai bilik aku terus rehat + tido kat Bilik 1, Taqwa. Kul 5 dah kelam kabut psl ada briefing psl kursus. Dah stat pakai baju kaler putih n seluar itam (mcm bdk sek). Malam pembentangan kertas kerja 1 - tanah air. Memang boring sampai tetido aku..kuikui.

29/1 - Kul 5.00 dah bangun, ready utk solat subuh berjemaah. Abis jer Subuh dah kena berkumpul di dataran kawad. Untuk apa? belajo berkawad. Abis jer kawad, pegi sarapan pastu masuk balik dewan - dari pagi sampai ptg 3 kertas kerja dibentang - Rakyat, Kerajaan, Kedaulatan. Memang betul2 letih (brapa kali aku tetido pun x tahu la...kuikuikui). Malam plak dah pembahagian kumpulan, aku dapat kumpulan 2 - aku, faesal, burn, ilin, ain, yati, su, rahimah, zack dll (aku lupa la). Sesi ice breaking yang x leh lupa - Rumah saya besar..kuikuikui

30/1 & 31/1- Dah stat LDK, mcm2 aktiviti kena buat. susah sikit la aku nak tido, time2 gini - asyik kena tanya / bagi pendapat jer...hahaha. Petang plak lepas asar dah mcm2 aktiviti sukan kena buat - lari 2km n fitness test. Nak tau aku dalam kategori umur berapa? 50++ la...kuikuikui

1/1 - Hari last. Pepagi dah stat kena jawab exam. Abis jer exam acara kembara. Abis jer kembara dah siap2 utk Penutup plak. Skali dier tayang video2 psl erti perpaduan dan musibah2 yang dapat jika tidak bersatu. Kul 3.00 dah stat balik Segamat dan kami tertido sepanjang perjalanan kecuali Abg Usop driver....hehehe.

Kesimpulannya - kursus ini memang letih + masa kena tepat + mcm2 psl kenegaraan kita belajar + Konfem tido x lena...kuikuikui...adios.....