Ahad, 21 Februari 2010

Aku dan Nostalgia siri 1

Rumah FELDA waktu awal-awal dulu - rumah 1 bilik....

Bayangkan jika keluarga yang mempunyai lebih dari 10 ahli keluarga duk kat umah begini...

Dari tanah datangnya rezeki.....

kecik-kecik dulu aku merupakan pengutip biji relai yang berjaya....

Masa dah menengah baru la merasa cop tandan kelapa sawit...


Salam semua....

Entri kali nier, aku nak bermain dengan jiwa-jiwa...wakakaka. Aku dilahirkan di sebuah perkampungan FELDA yang terletak di Jerantut pada tahun 1982. Pada ketika itu, jururawat (bidan) felda yang telah menyambut kelahiran aku. Aku dilahirkan pada subuh hari rabu. Pada waktu itu, mungkin merupakan saat kegembiraan bagi ayah dan mak aku. Maka bermulalah episod aku sebagai anak SUTERA - Anak FELDA Sungai Tekam Utara - rasanya nama FELDA aku mungkin kurang popular berbanding Jengka, Panching dan Chini, tapi bagi aku FELDA aku adalah tanah tumpah aku sendiri dalam bermulanya sebuah episod kehidupan aku.

Waktu kecik-kecik dulu, aku seperti anak FELDA yang lain, bergaul mesra dan sangat mementingkan persahabatan tanpa mengira asal-usul negeri. Kami dulu lebih berorientasikan geng-geng lorong (umah aku kat lorong melor). Biasanya aktiviti petang adalah bermain bola sepak di laman umah Pakcik Jamaludin - penanda tiang gol adalah menggunakan selipar jepun...wakaka. Bila dah kreatif sikit, kami membuat tiang gol menggunakan buluh yang diambil di belakang umah Pakcik Lazim. Kadang-kadang main dekat padang awam berhampiran rumah kedai di FELDA aku, tapi biasanya geng-geng dewasa yang conquer padang tersebut di waktu petang. Aktiviti yang lain tentunya main pondok-pondok dan mandi sungai (soorrryyyy...tengok org mandi sungai - aku memang dilarang keras mandi sungai oleh mak aku...hehehe) - kadang-kadang termandi gak sungai dan hukuman rotan menggunakan getah paip biasanya sering menanti di rumah...wakakaka.

Waktu zaman sekolah tentunya menyeronokkan. Aku sejak dari darjah 1 ditempatkan di kelas ke hadapan - mula2 kuning pastu diubah nama menjadi cerdas (darjah 5 dan 6). Biasanya jarang sangat dapat kedudukan top 3, maklum la saingan yang hebat...cuma kekadang jer dalam kedudukan top 3 dan pernah semasa darjah 5 aku dapat no 1 dalam kelas. Zaman sekolah aku aktif sebagai ketua kelas pastu sebagai pengawas sekolah. Aku juga selalu terlibat dalam pertandingan bercerita dan berpidato semasa sekolah rendah. Pengalaman hebat tentunya apabila mewakili sekolah ke pertandingan bercerita kisah-kisah nabi di peringkat daerah dan mendapat no 3.

Sepanjang aku bersekolah dulu -aktiviti yang aku paling tak gemor adalah aktiviti perkhemahan - aku dulu adalah pengakap sekolah. Punya la boring dan biasanya aku akan memberi beberapa alasan yang agak munasabah bagi mengelakkan diri untuk aktiviti perkhemahan. Kalo nak tau, aku dulu tak la dilahirkan sebesor camnier dan perubahan mendadak aku jadi camnier adalah selepas aku di khatankan masa darjah 6 dan aku turut mula berkaca mata (mungkin terkezut masa sunat kut..wakakaka).

Pasnier aku nak citer pasal hobi...tapi biler? tunggu next series la yer...adios....

Tiada ulasan: