Jumaat, 26 September 2008

Selamat Hari Raya (Bercuti)..............

Penantian itu satu penyeksaan...(x sabar nak balik dah ni)..hehe

Ingat la orang tersayang

Salam..........


Di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya pada semua sahabat-sahabatku di Malaysia, United Kingdom (Ahmed), US (Kassim Hull Abdullah, Ikhtikhar Abdillah) dan seluruh dunia. Ampun maaf dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki...Aku bakal bercuti bermula 26 September - 5 Oktober 2008. Mungkin aku akan kembali memblog selepas tarikh itu..hehehe (umah pakai internet dial-up la...lambat giler). dan sebagai penutup bulan puasa ni terimalah lagu ini.....


Balik Kampung
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girangHo ho... Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Rabu, 24 September 2008

Senyuman membawa kemesraan............

Senyum la lebor-lebor..hehehe


Senyum itu satu sedekah? ye ke? tapi bagi aku senyum itu adalah satu cara menunjukkan kemesraan dan keikhlasan terhadap seseorang. Walaupun senyum kita x menawan sangat, tapi jika kita ikhlas insyallah ianya kan menjadi manis...hehehe. Melalui senyuman, aku mendapat ramai kawan, melalui senyuman juga aku mendapat banyak perhatian dan maybe melalui senyuman orang akan mengata kita, maki kita dan macam-macam lagi...Wallahualam...


2 hari jer lagi nak balik, kena senyum gak on the way balik nanti..Nak senyum pada sapa? Mesti la pada JPJ, pasal mesti ader nyer kat highway nanti..nanti senyum la lebar-lebar biar sejuk sikit hati diaorang..hehehe. Aku malam semalam senyum gak pasal Man Utd menang ngan Borough 3-1 (Carling Cup) dan Ronaldo score satu...hehehe..Pagi tadi pun senyum sendiri gak pasal Haji Ros tel n usik aku tentang info JPJ yang aku forward pada diaorang petang semalam...

Walau apapun memang aku merasakan senyum sangat penting dalam hidup, sesetengah orang ckp senyum nie bleh lanjutkan usia manusia..Ye ker? Lu pikir la sendiri...x pun try tanya geng-geng veteran kat kampung...Satu lagi aku turut merasakan keluarga aku sendiri pun akan tersenyum melihat kepulangan anaknya yang jauh di perantauan pulang dalam keadaan selamat untuk menyambut hari raya yang bakal menjelma nanti...dan mudah-mudahan Allah s.w.t memperbanyakkan pahala bagi orang-orang yang telah sedekahkan senyum pada orang-orang lain nie...hehehe

Selasa, 23 September 2008

Definisiku tetap sama dengan kelajuan........

Kanan atau Kiri, Laju atau Perlahan?
Salam......
Balik kampung...nak ikut mana? Bahau, Tasik Bera @ Muadzam? Kalau ikut Bahau boleh jimat setengah jam, Tasik Bera 1 jam dan Muadzam ambil masa hampir 4 jam...pening-pening. Kena uat sembahyang Iztiqharah nie...hehehe. Walau apapun aku mengharapkan perjalananku dipermudahkan dan dirahmati oleh Allah S.W.T pada hari jumaat nanti.
Planning lepas Jumaat baru bergerak balik Pahang, try mintak balik awal ngan bos besar...harap-harap PM Yusri faham pada orang jauh nie...Kalau aku balik lepas Office Hours, aku hanya akan sampai Pahang kul 9 lebih...kang terlepas plak sembahyang tarawikh berjemaah...

Isnin, 22 September 2008

Majlis Berbuka Puasa.....

Bersama rakan-rakan di UiTM Johor...senyum lebih masing-masing

Penuh gak Masjid As-Syakkirin semalam..kain penghadang pompuan terpaksa dibuka untuk menampung jemaah pompuan
Salam....

Tinggal seminggu lebih je lagi kita nak berpuasa ni...hehehe. Untung-untung berjumpa la malam Lailatul Qadar, malam seribu nikmat dan keberkatan..semalam ada majlis berbuka puasa perdana bagi kolej-kolej di sektor B (kolej pelajar perempuan) memang ramai ummah lebih kurang 2000 juga la sehinggakan sembahyang maghrib berjemaah terpaksa diadakan 3 kali. Makanan semalam banyak juga la yang sedap seperti ayam masak kurma, nasi beriani n macam-macam lagi la dan aku macam biasa la terpaksa menghadirkan diri kerana aku merupakan pegawai pembangunan pelajar di UiTM Johor ni. Semalam aku makan nasi awal, biasanya selepas solat maghrib baru aku makan nasi mungkin sebab aku rasa lapar sangat kut..hehehe.
Sebenarnya semalam aku pergi Melaka, kebetulan letrik di UiTM Johor ni xder kerana di selenggara. aku pergi ke Melaka semalam menaiki Mercedes Haji Ros Hairi bersama Epul, Basha dan wife Haji Ros sendiri. Tapi wife Haji Ros ke rumah ayah dier, jadi kami2 je la yang shopping di Bandar Hilir. Semalam just singgah Pahlawan Mall dan Jaya Jusco jer kerana memang penat giler lagipun nak kejar masa balik ke Majlis Berbuka Puasa....hehehe.
Balik dari Melaka kami ikut Sg Rambai..memang best view kat sini..sawah padi dan suasana kampung...hehehe...teringat gak la kampung halaman cuma bezanya tempat aku kelapa sawit....pukul 11 karang ader meeting AJK sambutan raya UiTM Johor plak jadi kena la pegi sana. Rasanya lepas raya memang aku sibuk giler la, dah nampak dah gambaran kerja aku kat bahagian ni memang susah (time table dah dapat pagi nie)..jadi pagi tadi aku sibuk gak la uruskan hal-hal ni...walau bagaimanapun minggu ni mood rayer memang meluap-luap ni...asyik dengar lagu rayer jer dari PC staff sampai la PC aku sendri..rindu betul pada keluarga kat kampung.....aku sayang semuanya, aku rindu semuanyer..insyaallah seminggu kat saner akan aku gunakan sepenuhnya...hehehe..pasal stat 16hb 10 nanti memang keje tahap tension ler..hehehe..ok sampai sini jer coretan aku uat hari ni....selamat berbuka dan mencari malam Lailatul Qadar, semoga semuanya berolah keberkatan..amin..

Jumaat, 19 September 2008

Planning...........

Moga-moga merasa la naik kapal terbang hujung tahun ni...... hehe


Salam....

Bestnyer kalau dapat melancong nie, dah ader duit sendiri senanglah nak planning..hehehe. Epul, housemate aku memang every year suka travelling ke negara orang and hujung tahun ni aku planning nak ikut dier gi Bukit Tinggi. Kat Indonesia la bukan kat Malaysia ni (before genting kalo ikut highway). Yang Bukit Tinggi kat Indonesia ni yang ader drama ckp loghat padang@minangkabau tu. X silap aku tayang kat TV2 tahun lepas. Epul kata sangat menarik tempat tu, pasal dier dah pegi aritu. So kami planning nak pegi sana dalam bulan 12 nanti, Haji Ros Hairi pun nak follow gak ngan wife dier.

Actually, awal bulan 11 member Epul ajak pegi Hong Kong n Senzhen (China), tp time tu kami agak sibuk pasal budak peksa lagi...so melepas la...Kalau jadi hujung bulan 12 la kut kami pegi. Epul ckp cost untuk gi sana x besar sangat, sedia dalam 2k pun cukup. Kalau betul2 jadi, insyaallah inilah pengalaman pertama aku mengembara ke luar negara..hehehe. Sesekali teringin gak nak pegi luar negara ni...

Esok pun sebenarnya aku ngan Epul bercadang nak ke Melaka untuk bershopping..hehehe..Kat Segamat ni x banyak pilihan tapi bagi orang pompuan banyak la kot (kat sini kedai kain pasang banyak la - Jakel, Nagoya n lain-lain lagi). Esok dalam kul 9 lebih kami bertolak la kut. cadang-cadang tu nak bukak puasa kat Melaka, tapi tengok dulu la...hehehe.

Secara kesimpulannya, lagi seminggu je lagi untuk aku balik ke kampung berjumpa orang tersayang..hehehe..aku x sabar nak jumper 'dia', keluarga dan sahabat-sahabat aku. raya tahun ni bersemangat la sikit bersembang..hehehe..maybe pasal dah ader keje yang agak stendet kut, jadi banyak la bende bleh sembang ngan member-member..hehehe. Ingat masa balik Jumaat ni nak singgah Keratong 4 melawat member aku (Mie Siot)..member diploma kat Dungun aritu. Apa khabar la dier tur? nak duk sembang-sembang kat kedai kopi x bleh la plak (bulan pose)..maybe aku akan ziarah dier kat umah dier kut...aku rindukan sahabat-sahabat aku, ye la psl dah lame x jumpe masing-masing dah ader kerja sendri dan x berpeluang nak tengok kawan-kawan lamer...Buat semua yang merasakan aku sahabat korang, jangan la melupakan aku. Buat pengetahuan korang, aku x pernah melupakan korang dan aku sentiasa berdoa untuk kesejahteraan kawan-kawan aku walaupun kalian jauh di mata, tapi dekat di hati (promote TV9..hehehe)

Khamis, 18 September 2008

Protokol kena ikut.....

Ni aku amik dari kulit album terbaru Butterfingers, banyak gak lagu yang best..dapatkan yang ori di pasaran. Sokonglah Industri muzik tanahair..

Salam....


Satu jamuan berbuka puasa bersama ketua-ketua jabatan di daerah Segamat telah dijalankan dengan jayanya di UiTM Johor semalam dan secara tidak langsungnya aku turut terbabit. Dan satu masalahnya aku sebelum ini belum pernah menghadiri majlis yang penuh protokol ini. Ketika def-def kehormat yang lain segak berpakaian lengkap baju melayu dan bersampin, aku bersama Epul dan Khalid hanya berpakaian baju melayu tanpa sampin. Segak plak rasanya untuk bersalaman dengan def-def kehormat ni. En Khairul juga telah memberi panduan berkaitan perkara tersebut dan mungkin selepas ini aku kena ikut protokol la kut...hehehe


Semalam memang banyak orang..dari ketua jabatan, staf UiTM dan pelajar sendiri. Makanan yang dihidangkan juga agak banyak. Cukup kenyang..hehehe. Tapi tengah malam tu kami keluar lagi, Haji Ros ajak (secara paksa plak tu) so pegi je la..tapi aku keluar makan kentang goreng jer kerana rasa kenyang lagi.Tapi kali ni kami pegi kedai makan yang x pernah pergi sebelum ni (Lokasi di Bukit Siput - belakang kedai ni ader rail keretapi)...


Balik dari keluar tu, hantar la message kat dia...ingat ke dah tidur rupanya berjaga lagi..so sembang je la dalam msg..tup-tup aku yang tidur dulu...hehehe (mengantuk sangat). pagi ni sahur macam biasa kul 5 (aku makan ayam goreng ngan roti jer...janji makan). Pagi ni ader meeting ngan petang kang. So hari ni agak sibuk la juga.


Ya ALLAH, engkau permudahkanlah perjalanan hidup aku hari ni...engkau permudahkanlah segala urusanku sesungguhnya engkau maha mengetahui segalanya...amin.....

Rabu, 17 September 2008

Pentingnya Al Quran...sempena Hari Nuzul Al Quran

Semua yang telah kita pelajari sejauh ini memperlihatkan kita akan satu kenyataan pasti: Al Qur'an adalah kitab yang di dalamnya berisi berita yang kesemuanya terbukti benar. Fakta-fakta ilmiah serta berita mengenai peristiwa masa depan, yang tak mungkin dapat diketahui di masa itu, dinyatakan dalam ayat-ayatnya. Mustahil informasi ini dapat diketahui dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi masa itu. Ini merupakan bukti nyata bahwa Al Qur'an bukanlah perkataan manusia.

Al Qur'an adalah kalam Allah Yang Maha Kuasa, Pencipta segala sesuatu dari ketiadaan. Dialah Tuhan yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu. Dalam sebuah ayat, Allah menyatakan dalam Al Qur'an:

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur'an ? Kalau kiranya Al Qur'an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya."
(Al Qur'an, 4:82)

Tidak hanya kitab ini bebas dari segala pertentangan, akan tetapi setiap penggal informasi yang dikandung Al Qur'an semakin mengungkapkan keajaiban kitab suci ini hari demi hari.

Apa yang menjadi kewajiban manusia adalah untuk berpegang teguh pada kitab suci yang Allah turunkan ini, dan menerimanya sebagai satu-satunya petunjuk hidup. Dalam salah satu ayat, Allah menyeru kita:

"Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat."
(Al Qur'an, 6:155)

Dalam beberapa ayat-Nya yang lain, Allah menegaskan:

"Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir."
(Al Qur'an, 18:29)

"Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan, maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya."
(Al Qur'an, 80:11-12)

Selasa, 16 September 2008

Destinasiku....Destinasimu


Mana satu aku nak pilih ni?

Salam....

Dalam kehidupan ni, orang selalu bertanya mana satu nak pilih, permata atau kaca? jahat atau baik? hero atau penyangak? dosa atau pahala? Bagi aku personally, selagi kita tahu arah tuju hidup kita dan apa yang kita nak dalam hidup ni..x perlu la nak sangsi pilihan kita tu. yakin pada diri, ikut gerak hati dan dapatkanlah nasihat dari yang pakar. Nak hidup bukannya senang kat dunia ni, nak mati plak bukannya susah sangat...duk tepi jalan pun boleh mati, betul x? Pilih la jalan hidup yang di redhai oleh Allah sesungguhnya Allah akan melindungi hambanya yang selalu taat kepada suruhannya. Begitu banyak hiburan yang melalaikan, begitu banyak perkara yang menjijikkan....tapi itu yang manusia selalu pilih. Dan nescaya, lakhnatlah bagi mereka yang memilih jalan tu..

Hari ni dah 16 hari berpuasa? bagaimana? adakah kita yakin atau was-was dengan puasa kita? mata kita macam mana? telinga kita macam mana? puasakah ia? memang susah...dugaan terlalu banyak...cabaran terlalu banyak di luar sana..pilih la, guna la jalan yang betul-betul lurus dan gapailah ia sesungguhnya segala kemungkaran dapat di elakkan...

Aku rasa bukan mudah hidup sebagai seorang anak muda ni, banyak dugaan, banyak kemungkaran yang anytime boleh mempengaruhi diri. aku bukan ustaz, aku bukan wali, aku bukan pandai sangat pun hal-hal agama ni...tapi aku takut..aku malu...malu pada diri, pada keluarga, Rasullullah s.a.w dan tentu nya Allah s.w.t sekiranya aku tidak mensyukuri nikmatnya.Mungkin aku rasa sudah sampai masanya aku bertaubat dan belajar untuk mensyukuri setiap nikmat yang di berikan olehnya.

Ya ALLAH, tolonglah hambamu ini agar aku sentiasa takut kepada mu Ya Allah, agar aku sentiasa mengingatimu dan menurut segala perintahmu...cukupkah pahala ku kepadamu, cukupkah amalku...bolehkah aku ke syurga mu..layakkah..layakkah..sesungguhnya hanya Allah yang maha tahu segalannya...amin................

Isnin, 15 September 2008

Aktiviti hujung minggu........

Bandar lama Segamat, baris ni ader kedai kain Jakel


Meriahnyer nak dekat rayer nih...semua orang shopping

Yang ni bukan kat Segamat, tapi kat KL la....hehehe

Salam......

Dah 15 hari kita puasa, sekejap je masa berlalu. Ini menunjukkan yang waktu untuk kita hidup sememangnya tak lama, sebab tu la kita dikatakan hanya menumpang di dunia ini.Di akhirat kelak la tempat kita yang kekal abadi dan penentunya hanya syurga dan neraka. Banyak amal di dunia, insyaallah syurga la jawapannya dan banyak dosa neraka la jawapannya. Jadi Allah dah memberi kita satu bulan yang penuh kenikmatan dan keinsafan di dalam mencari pahala sebanyak-sebanyaknya iaitu bulan ramadhan, jadi bersyukurlah kita....Start malam ni jangan lupe plak masa witir satu rakaat ader doa Qunut (start malam 16 sampai la 30, karang mesti ader yang terus sujud..hehehe). Kesimpulannyer, baik gi masjid sembahyang tarawikh ni.

Aktiviti aku hari sabtu dan ahad, ronda-ronda bandar Segamat..hehehe.Hari sabtu jalan sorang-sorang jer pasal housemate sibuk ngan perjanjian PTPTN student pastu petang dier kena gi Muar ader jamuan ngan anak yatim. Pada hari tu aku just survey-survey kedai half cut cari barang-barang yang patut, dan rentetan daripada itu aku berjaya menghabiskan duitku yang agak banyak untuk membeli Seat Mitsubishi Lancer (semi bucket).Mula-mula nak beli Bucket seat SSCUS, sekali terlalu kecik la...x celus, uat sakit badan jer..aku memang puas hati ngan seat yang aku beli tu (kena ikat perut la sampai dapat gaji nanti..hehehe).Petang x banyak aktiviti, so movie la tengok aku (tido la, dpn TV).Maghrib, aku still berbuka di masjid walaupun ramai geng-geng senior xder, balik kampung.cuma ader dalam 5 orang jer kat tempat VIP tu.Untuk tidak membazir, aku pun bungkus lauk sikit untuk bersahur...hehehe

Hari ahad, seawal 10 pagi aku ngan housemate ronda-ronda lagi Segamat kali ni naik keta dier. kitaorang jalan-jalan kedai sparepart tengok-tengok minyak hitam kut2 ader dpt free untuk rayer ni...hehehe. Pastu masing-masing sambar seluar jeans untuk rayer, memang kopak duit..hehe (lagi sekali aku berjaya menghabiskan duit, mana nak korek duit lepas ni x tau la..hehehe). Pastu kitaorang gunting rambut n jalan-jalan kat Bandar lama segamat. Malamnyer, selesai tarawikh kami balik awal pastu layan citer supernatural n borak-borak kosong...lama dah x duk sama-sama tengok tv ni..hehehe..kalo hari keje masing-masing sibuk..hari minggu je la nak jalan-jalan ngan member ni dan merapatkan sillaturrahhin antara kawan-kawan.

Jumaat, 12 September 2008

Saufi Hanim The best......

Bersama rakan-rakan AR dan orang besar Pejabat Pendaftar kat Shah Alam. Member-member kat sini ramai yang berbuka puase semalam kat Shah Alam, x ajak pun aku n kawan-kawan yang duk kat cawangan ni, siap telefon lagi si Loyer n najib.....tunggu la korang biler aku serang Shah Alam nanti...hehehe

Makan tengah malam? best ker? hehehe..malam tadi kul 12 lepas pegi klinik (sakit perut x ilang lagi la), aku, Epul (housemate) n Haji Ros pegi makan di Saufi Hanim. Kalau korang nak tau, kedai makan ni memang popular kat sini, malam-malam mmg penuh orang, bukan melayu jer cina india pun suka makan kat sini. Cara masakan dier style mamak sikit tu pasal ramai orang kut. So, kawan-kawan yang nak datang segamat aku syorkan pegi kat kedai makan tu, aku bawak pun bole.Kami lepak-lepak sampai kul 1 pagi baru balik. Balik rumah pun jadi susah tidur, nak dekat kul 2 baru tido. Kul 5 bangun plakuntuk sahur. Pagi tadi sahur ayam goreng lagi, 2 ketul abis..hehehe..


Pagi ni rasa sangat mengantuk, kerana aku memang x biasa tido balik lepas sahur...takut takut terlajak subuh...hehehe. Nasib baik aku ni jenis dah biasa macam ni. Xpe la kul 1 nanti bole la lelapkan mata kejap. Hari ni aku sorang jer ngan anak buah, Khalid cuti kut. X inform pun semalam. tapi hari ni HEA nyer aktiviti still terkawal, kurang sibuk la katakan..hehehe. Esok nak kuar bandar ngan Epul dalam kul 10 untuk gunting rambut n uat sikit conversion kat keta aku. Ingat nak cri bucket seat recaro kut...minx2 bleh dapat yang lawa nyer. Kat Segamat ni banyak gak kedai Half Cut. So member-member keta, nak cri barang keta turun la kat sini. Aku akan bwk korang ke kedai-kedai potong kat sini.


Pasal hostel, petang semalam aku sound budak-budak main skateboarding. Bising giler, orang nak dekat waktu berbuka sibuk main kat bawah kolej. Pastu on the way ke parking jumpe budak pompuan tengah tunggu member, kata dier la. Aku pun marah la mana bleh pompuan datang kolej lelaki, nak kena rogol ke? kang mula la nyusahkan orang. Apa la nak jadi budak-budak zaman ni (termasuk aku la..hehehe). Tapi aku yakin selagi kita berpegang teguh pada islam dan melakukan perkara yang wajib ke atas kita, nescaya nafsu kita mesti dapat di kawal punyer. Jadikan islam sebahagian dari hidup kita, kita hanya menumpang jer kat bumi ni...anytime jer ALLAH nak tarik....

Khamis, 11 September 2008

Macam-macam Hal......

Pengarah drama x bertauliah...Johan tu untuk Kokuria SMKLU 2008

Ngan geng-geng kat Lepar, dari kiri Atan Skarf rabbit, Tambest, aku sendiri dan Lokman Pemukul Lalat.

Sedar x sedar 2 minggu lebih jer lagi nak balik kampung..hehehe...hari ni aku dah stat ader bilik sendiri dah, lega rasanyer..kalo x asyik bwk balik jer beg ke umah. La ni main tinggal je la kat office. Sakit perut pun x hilang2 lagi nie..leceh betul..mkn ubat tapi tetap rasa x selesa...lambat kut effect ubat tu...Pagi tadi pergi survey harga untuk uat Kotak Keselamatan Kertas Periksa bersama staf. 2 kedai kitaorg survey tapi nanti tunggu TP HEA la decide nak pilih yang mana. Hari ni juga aku melakukan tugas rasmi menghantar email pada pensyarah memaklumkan pasal laporan student yg x hadir kuliah kena anto kat HEA. Pasni bicara tatatertib plak...x tau la camner psl x pernah experience benda ni pasal dulu masa belaja x pernah pun kena...Full Attendance tu masa belaja...tu pasal pensyarah suke kut...

Malam tadi message2 ngan Lie, member kat Lepar..ingat ke ader citer menarik.sensasi ader la..pasal bdk2 aspuri bwk hp kat asrama.kena rampas sampai 24 bijik.berani betul, dah la Kak As tu garang (warden aspuri)..hehehe. Kes kat Aspura plak psl bdk lari dari asrama...macam-macam...budak muka baik plak tu, baru tingkatan 1..nasib baik diaorang dah amik tindakan. Ada gak bagi cadangan kat Lie cara mengatasi masalah tu, harap-harap berjaya..ader mase nanti bleh la gi sana bagi tazkirah kat budak-budak ni macam dulu. Tapi skang susah sikit la psl aku duk jauh di perantauan, cuti pun susah...hehehe

Tapi aku tetap berdoa agar semuanya dalam keadaan baik tambahan pulak ex anak murid aku kat sana especially Lorat (bukan nama sebenar), camner la dier..masa gi sana haritu dier x blik asrama lagi...kalo x terubat gak la rindu dier...hehehe. satu je pesan cikgu..belajar pandai2 n moga2 jadi anak soleh, paling penting tanamkan displin yang tinggi dalam diri tu..Insyaallah hidup kita akan diberkati...



Rabu, 10 September 2008

Seksanya Sakit Perut.....

Afif ngan binatang peliharaannya...hehehe. Octopus..
Jangan jeles kat Jerantut pun ader Jurassic Park..hehehe


Salam...
Hari ke-10 dah puasa..alhamdullillah..hehehe..tinggal 16 hari je lagi nak balik jumpa org tersayang.Hari semalam tak tahu la kenapa sakit perut sangat...maybe makan benda-benda pelik kut..hehehe.Nasib baik aku ni jenis yang tahan sakit sikit,so still bleh cover depan orang.Tapi rasanya benda ni disebabkan aku makan nasi lemak sahur kelmarin kut,pasal aku rasa makanan yang aku bungkus lepas waktu pejabat tu dah basi la..tu pun bukan aku makan sangat pun,pasal pagi-pagi ni memang aku susah makan nasi...Kesimpulannya aku dah serik dah bungkus nasi,jalan penyelesaian petang semalam aku bungkus ayam goreng jer ngan cucur udang..hehehe...Tapi perut aku ni masih sakit lagi,lupa nak beli Pil Chi Kit Teck Aun la...

Semalam kat masjid memang sedap makan, Ayam Masak Lemak..Paberet aku tu...hehehe..Ustaz Kamarulzaman yang bawak..2 kali gak tambah..aku tengok housemate aku pun berselera makan...hehehe..maybe dier pun ader minat macam aku..Pagi tadi dia bangun dulu sahur, pastu baru aku join...hehehehe..dier pun nak balik petang 26hb tu gak untuk rayer nanti sama macam aku...ok sampai sini je untuk hari ni...hehehe...adios..

Selasa, 9 September 2008

Berbuka pose......

Alhamdullilah......

Dah masuk 9 hari kita berpuasa....camner puasa korang?..harap-harap semuanya dapat berpuasa dengan telus...hehehe. Aku kat UiTM Johor ni tiap-tiap petang berbuka kat masjid..tu lah nikmat jadi Pegawai Pembangunan Pelajar nie...hehehe.Aku bungkus gak kat Bazar Ramadhan makanan untuk sahur tapi biler time sahur x lalu nak makan plak..memang pagi selera makan nasi ni xder la...tapi kalo kat umah lain plak..ye la jumpa orang tersayang ni lain plak...

Aku tiap-tiap hari menghitung detik 26hb tu, cuti pun dah planning cume x apply lagi jer..hehehe. Ingat dapat gaji nanti nak shopping sikit, lama dah x shopping..hehehe. Aku berazam nak beli ala kadar jer tahun nie....tapi saiz macam aku ni biasanya mahal-mahal ngan ori jer yang available..mahal plak tue..nak yang Golok tunggu kurus dulu la....hehehe

Ok la sampai sini jer coretan aku...Selam berpuase dan perbanyakkanlah amalan di bulan ramadhan ni...

Isnin, 8 September 2008

Ku Bahagia.........

Bersama bakal pengantin Lokman (x-housemate masa kat SMKLU dulu), aku x tau lagi dpt gi ke x kenduri ko ni....ngaper la ko x uat hari sabtu..kan senang aku nak gi..hehehe
Salam...

Hari ni dah 8 hari kita puasa rupanyer...alhamdullilah setakat hari ni semuanyer berjalan lancar dan di redhai Allah...Mak aku juga dah sihat sikit dari penyakit Goutnya..lega la sikit hati ni..tapi mak masih sempat menziarahi jenazah Wak Dollah yang meninggal hari sabtu hari tu...rasanya belum balik lagi kut...moga-moga jenazah Wak Dollah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...
2-3 hari ni aku rasa agak gembira, x tau la kenapa...maybe pasal dah berjumpa ngan orang yang aku sayangi baru-baru ni....hehehe...lagipun semuanyer berjalan lancar...makan cukup, sembahyang cukup...alhamdullillah kerana Allah masih memelihara aku di dunia ini...
Ya Allah, engkau permudahkanlah imanku....engkau permudahkanlah perjalanan hidupku agar sentiasa di rahmati...Amin Ya Rabbal A'lami

Jumaat, 5 September 2008

Kembali Bertugas..

Salam....

Hari ni jumaat, 5 september...aku kembali bertugas dalam bulan puasa setelah bercuti hampir 5 hari...hehehe. Petang ni nak uat meeting pasala peperiksaan kul 3...agak-agak success la..hehe. Balik dari Pahang ni penuh dengan kenangan manis, nak tau x kenapa? tapi biarlah jadi rahsia..hehehe...

Tak sabar plak nak balik raya rasanya walaupun baru jer balik..aku rasa korang pun sama gak..hehehe...raya la masa nak kumpul adik-beradik, betul x? Tapi sebelum tu amal ibadat kena la di perbanyakkan di bulan puasa ni...Tahun ni aku nak uat rekod full month sembahyang terawih berjemaah..hehehe

Ya ALLAH, permudahkanlah pergerakkan aku di dunia ini...amin.......