Selasa, 16 September 2008

Destinasiku....Destinasimu


Mana satu aku nak pilih ni?

Salam....

Dalam kehidupan ni, orang selalu bertanya mana satu nak pilih, permata atau kaca? jahat atau baik? hero atau penyangak? dosa atau pahala? Bagi aku personally, selagi kita tahu arah tuju hidup kita dan apa yang kita nak dalam hidup ni..x perlu la nak sangsi pilihan kita tu. yakin pada diri, ikut gerak hati dan dapatkanlah nasihat dari yang pakar. Nak hidup bukannya senang kat dunia ni, nak mati plak bukannya susah sangat...duk tepi jalan pun boleh mati, betul x? Pilih la jalan hidup yang di redhai oleh Allah sesungguhnya Allah akan melindungi hambanya yang selalu taat kepada suruhannya. Begitu banyak hiburan yang melalaikan, begitu banyak perkara yang menjijikkan....tapi itu yang manusia selalu pilih. Dan nescaya, lakhnatlah bagi mereka yang memilih jalan tu..

Hari ni dah 16 hari berpuasa? bagaimana? adakah kita yakin atau was-was dengan puasa kita? mata kita macam mana? telinga kita macam mana? puasakah ia? memang susah...dugaan terlalu banyak...cabaran terlalu banyak di luar sana..pilih la, guna la jalan yang betul-betul lurus dan gapailah ia sesungguhnya segala kemungkaran dapat di elakkan...

Aku rasa bukan mudah hidup sebagai seorang anak muda ni, banyak dugaan, banyak kemungkaran yang anytime boleh mempengaruhi diri. aku bukan ustaz, aku bukan wali, aku bukan pandai sangat pun hal-hal agama ni...tapi aku takut..aku malu...malu pada diri, pada keluarga, Rasullullah s.a.w dan tentu nya Allah s.w.t sekiranya aku tidak mensyukuri nikmatnya.Mungkin aku rasa sudah sampai masanya aku bertaubat dan belajar untuk mensyukuri setiap nikmat yang di berikan olehnya.

Ya ALLAH, tolonglah hambamu ini agar aku sentiasa takut kepada mu Ya Allah, agar aku sentiasa mengingatimu dan menurut segala perintahmu...cukupkah pahala ku kepadamu, cukupkah amalku...bolehkah aku ke syurga mu..layakkah..layakkah..sesungguhnya hanya Allah yang maha tahu segalannya...amin................

Tiada ulasan: