Ahad, 25 April 2010

Wirawan Jepun - Hero aku dulu-dulu

Ramai orang suka tengok citer kartun. Kat sini aku nak citer sikit pasal cerita kartun zaman kanak-kanak ribena aku. Budak mana tak tengok kartun konfirm korang rugi giler la time tu. Nak-nak budak zaman sekarang ni mana layan Doraemon, Ultraman tapi sekarang diorang layan Hannah Montana, Ben10 entah apa lagi pun aku tak tau.

Masa zaman kecik aku banyak cerita kartun terutama sekali Doreamon, Ultraman Taro, Ace, Great, Suria Baja Hitam (ada jugak Kesatria Perkasa Hitam), Maskman, Cybercops (ni cite aku suka jugak), Kamen Rider, banyaklah lagi cerita wirawan Jepun yang menawan hati aku.


Cybercops!

Pasal Cybercops korang pernah tengok bukan? Cerita dia pasal sekumpulan polis yang menumpaskan orang jahat dan biasanya raksasa la tapi bersaiz kecik. Pastu kalau nak jadi Cybercops, diorang ada kenderaan macam lori, masuk dalam tu dan bertukar pakaian khas diorang. Paling best time diorang perlukan senjata, senapang ke mesingan ke akan datang kat diorang lalu cam tempat kumbahan. Ala, yang bulat-bulat kat jalanraya tu, apatah nama dia pun aku tak tahu. Tu yang syioknya.



Ultraman Ace

Ultraman time tu memang aku minat. Mana taknya, mana pernah ada gergasi yang besar lawan raksasa. Masa tu fikir macamana la orang yang kecik boleh jadi besar yang amat. Memang aku nak jadi macam itu. Ok, paling popular time tu Ultraman Taro, Ultraman Ace, Ultraman Seven. Tiga cerita ni memang selalu ada kat tv tapi satu lagi Ultraman Great ni jarang ada. Ultraman Great memang berat tengok ke gaya berbanding dengan Ace, Taro dan Seven. Great kalau lawan memang dengan raksasa yang sangat la besar dan besar macam sotong kurita pun ada.

Ada sekali cerita Ultraman yang paling syiok aku tengok adalah time adik beradik ultraman termasuk king dan queen ultraman kena salib dengan raksasa apatah kat satu planet yang lain. Hanya tinggal ultraman yang bongsu iaitu Ultraman Ace yang menyelamatkan mereka daripada terus menjadi tebusan raksasa. Memang syahdu jugak dan memang best layan ultraman.



Suria Baja Hitam

Aku tak mengerti dan aku tidak faham sampai sekarang kenapa ia dinamakan Suria Baja Hitam. Korang tahu tak pada aku masa kecik-kecik dulu tak tahun la sangat tapi boleh la buat diect translation iaitu wirawan yang membawa baja hitam. Kalau baja hitam tak ke baja taik kambing. Poning den.

Oklah, pasal suria baja hitam ni pun best sebab hero dia pakai mask yang ada tanduk dua tu ala-ala macam belalang la. Bestnya dia ada dua buah motor yang aku tahu 1 motor tu macam motorcross dan kalau rosak atau hancur, motor yang warna putih ala-ala harley davidson tu pun datang. Motor ni siap boleh tutup macam kereta pulak. Pelik-pelik orang Jepun ni.

p/s: ni aku layan time aku sekolah rendah time kat Jerantut. Banyak lagi yang aku layan antaranya macam Dashankuro (yang cerita kereta Tamiya), DragonBallZ, apa lagi, aku pun lupa. Ok, sampai sini dulu..adios

Sabtu, 24 April 2010

The Official – Those Days Are Over


The Official – Those Days Are Over

Lagu aku dulu-dulu...Enjoy........

Skudap Skudip - Mengapa Kenapa


Skudap Skudip – Mengapa Kenapa

hati kecil ku sering tertanya,
mengapa oh kenapa,
adakah aku yg bersalah,
atau pon kau yg berdusta,

engkau pergi tanpa kata ape,
timbulkan persoalan nya,
adakah kau lupa janji kita,
atau kau ingin lihat aku kecewa…

sudah banyak bermain dibenak ku,
jawapan nya masih belom aku temu,
apa maksud mu,apa mahu mu,
jangan bikin aku keliru…

puas sudah aku mencari…(Oooo…)
hingga kini masih belom temui..(ooo..)
apakah punca nya,,,
cuma hati kecil ku ini sering berkata……..

OOoohh….mengapa..?
OOoohh….dan kenapa..?
OOoohh….mengapa..?
OOoohh….dan kenapa..?

Fakta Menarik Dunia Yang Perlu Kita Tahu


  • Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)
  • Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja
  • Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman
  • Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
  • Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta
  • Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri.
  • 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.
  • Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya
  • Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana
  • Titik diatas huruf i disebut ‘title’
  • Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas
  • Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.
  • Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali, 17 adalah angka sial. Di Jepun angka sial adalah 4
  • Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm
  • Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari
  • Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari
  • Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.
  • Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
  • Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)
  • Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus

Seluar Dalam


Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh besar dengan maid indonesianya. .. maka si suami dengan hati yg suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka bertanyalah si suami ngan suara yg lembut pada isterinya..Apa hal ni!!!!!

Yang... . kenapa bising2 ni"... ..jawap si isteri dgn nada marah... "ni hah!!!!! seluar dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam Gucci i yg mahal yg i beli kat Beijing tuhh!!! "

Disambut pulak oleh si suami ... ." alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi... " Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau... ... 10 helai!!! (sambil tunjuk jari sepuluhnya)"

Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi... dgn suara yg lebih lembut lagi ,si suami bertanya... ."betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ? Ingat... .kamu mesti bercakap benar!!!" Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah. .. . " tapi... tapi... tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!! "

P/S:wahaha.. kelakar tak? jadi don't try this at home (jika ada org gaji)

Ketagihan laman sosial maya (Muka Buku)


FENOMENA Muka Buku @ Facebook menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Sejak enam tahun lalu, pelbagai peringkat lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas, ahli-ahli politik dan selebriti tidak ketinggalan mengikuti arus kemajuan teknologi maklumat yang menjadi trend pada masa kini.

"Ketagihan boleh dikenal pasti apabila terbentuknya satu jadual atau proses pelaziman seseorang itu tidak dapat berpisah dengan sesuatu tabiat yang wujud akibat pengaruh atau pancingan.

"Manusia mudah dipengaruhi oleh faktor psikososial iaitu mengikut arus yang berlaku dan mereka percaya sekiranya mereka tidak terbabit, mereka dianggap kumpulan yang ketinggalan dan membosankan," jelasnya yang mengganggap sistem itu sebagai tidak rasional.

Untuk membaca selanjutnya sila layari www.kosmo.com.my

Aku pun sama semakin hari semakin ketagih dengan facebook nier. Tambah pulak aku suka kutuk member-member lama. Kadang-kadang bila log in tuh rasa macam kejap jew nak bukak sebab nak tengok apa yang patut, sekali berjam2 plak berfacebook nier... wakakaka. Walau apapun FB nier memang Syok, x mcm friendster.....

Khamis, 15 April 2010

Gambar Kereta Best

Klinik Drift di UiTM Johor baru-baru ini...

Keter idaman aku tahun depan, Cefiro+enjin RB22

Keter sendiri pun kene promosi gak..hehehe

Akan ada adik baru tahun hadapan....

Gambar sekitar Malam Kesinambungan Kasih Sektor A

pahlawan zaman dulu...hehehe

Bersama Kawan-kawan PPP


Bersama Puan Azizah Aris, TP BPJI UiTM Johor



Ahad, 11 April 2010

Cerita Aktiviti Bebudok Kolej SR

Sesi uji lari petang semalam utk Majlis Kesinambungan Kasih.....

Yang malam punyer gambor, x masuk pc lagi...

Sesi interview JPK baru

Soalan maut giler aku ajukan....

Solat Hajat dan Yasin Perdana....

Minggu lepas baru nier macam-macam aktiviti kolej diadakan. Malam Dinner Sektor A, Pemilihan JPK baru dan Solat Hajat dan Yasin Perdana sempenan nak sambut exam yang dah tak lama lagi nier. Aku plak ari nier nak bertolak ke Shah Alam untuk ambil soalan peperiksaan akhir. Jap lagi nak tolak dah. So, macam biasa la...gambar menceritakan segalanya....adios...

Khamis, 1 April 2010

Cerita Aku

Bukti belanjer besor....

Bukti makan besor...

Bukti keluargo besor....

Aku malas atau takde masa nak tulis blog? 2 persoalan yang sukar aku nak jawab. Pernah juga aku berkobar-kobar nak update blog nier, tapi bila dah kat page create new post, malas la plak. Tapi malam nier aku gagah gak...wakakaka. Kat sini lebih kurang cerita aku sejak seminggu @ 2 minggu nier.

Cerita 1

Pada bulan 3 baru nier aku menghadiri kursus Pengurusan & Perancangan Strategik kat Dewan Al-Ghazali. Sajer jer, psl aku nak jugak tambah ilmu di dada. Sebelum nier ada gak mohon kursus komputer tp PM Yus tak luluskan, dier kata kerja-kerja repair komputer nier keje technician komputer dan bukannya manager. Telefon jer Unit IT. Sekali pikir betul gak, Aku pun agree je la, hehehe. Pastu kursus Pelan Integriti Nasional pun tak lulus lagi, dulu dah pernah kursus kat sini (aku pun agree lagi). Yang kali ke-3 baru la OK. pastu ada masalah lagi sehari sebelum kursus. Admin call kenderaan UiTM xder plak - aku kena drive sendiri (mana aku pernah drive sampai ke shah alam - mau tersesat aku). Terus aku call en Bad - ckp2 last2 dier agree gak aku dapat pemandu. Lego eden. Tapi kursus psl pengurusan & perancangan strategik memang best. Discussion group & presentation..boleh la. (tujuan asal nak lari sehari dari kerja...hehehe, agaknya la - ni bos ckp).

Cerita 2

Pada 16 Mac 2010, aku dpt sorang EO dan secara automatiknya aku dapat orang kanan baru (setelah 1 tahun lebih). Aku sangat-sangat bersyukur, maklum la dah terlampau banyak benda nak pikir bila pemansuhan KP ni bakal direalisasikan. Otak aku nier dah terlampau di penuhi dengan task2 yg mencabar. Org lama gak, namanya Syam (kaki lawak mcm aku gak). Dier pun dah tunjukkan komitmen mcm aku gak, sanggup bekerja secara berani mati...hehehe. Hari ni plak dapat sorang lagi kerani - khas untuk jaga sekretariat & TAPA. Nama dier plak, Maisara - bujang lagi (sapa nak beritahu aku..wakakaka).

Cerita 3

Pada 25 - 27 Mac yang lepas, aku bawak beberapa org staf aku pergi buat lawatan benchmarking ke Perlis dan Kedah. Aku tersangat la happy (maklum la pulang ke tempat aku belajo - UiTM Perlis.) 25 mac ke kedah dulu, jumpa Nizam & Siti Aslina. Kongsi2 pengalaman dan citer psl kampus diaorang. Petang tuer OTW balik ke Perlis singgah dulu ke Tanjung Dawai (beli ikan masin - ada citer menarik sebalik nier). Malam plak makan besor di Kuala Perlis. Pagi 26 plak, buat lawatan di UiTM Perlis - jumpa En Salleh & Dr Q. Yg menarik lagi psl jumpa Encik Anuar (pensyarah yang paling best) petang plak jalan ke Padang Besor - shopping gak la. 27 Mac plak ke Alor Setar (Pekan Rabu & umah Hamzah) pastu baru balik Segamat. Sampai segamat dah kul 3 pagi lebih. Kul 8 pagi keesokkannya aku balik Pahang plak, maklum la dah lama tak balik. Tapi sehari balik memang tak puas tapi apakan daya, kerja mana bleh tinggal. Aku redha.....

Cerita 4

Exam students dah dekat dan secara otomatiknya aku tak boleh sakit2 dan kerja semaksima yang boleh..hehehe. Meeting pun dah banyak buat & perubahan sentiasa di lakukan untuk penambahbaikan berterusan - idea mcm2 dari AJK exam dan staf BHEA sendiri. Hopefully, semester nier punya exam yang terbaik pernah aku dan staf handle. Selain tuer gak, minggu nier agak sibuk dengan masalah pelajar psl prosedur baru pendaftaran kursus nier. Nak tak nak, kalo masalah diaorang setel, itu dah merupakan kepuasan bagi aku dan staf kat sini. memang letih, memang susah...tapi bila dah OK puas giler rasa.

OK la sampai sini dulu, next time aku citer lain (nak setting jam bunyi ayam KFC baru beli tadi..hehehehe)...adios...

New Song - Bunkface


Salam

Kat sini aku letak lagu baru Bunkface - Soldier & Through My Window (2 versi lagi). Hopefully korang enjoy.....

Tapi layan lirik dulu la:

Bunkface - Soldier

You are a soldier
A rising sun
Wait for the heyday
Look far away
And believe in yourself
Your name’s on a shelf
A legend

You are a soldier
The chosen one
Bring back the heyday
Look far away
With respect and decay
Forever we’ll stay
Together

Chorus

And singing life is all that we need
But the lies is all that we see
Raise your hands high up in the sky
Missing secrets you will find
In your heart

You are a soldier
Light up the night
We are the soldiers
We’ll stand and fight
At the end of the day
Together we pray
For the legend (the legend)

Download MP3

Bunkface - Soldier.mp3
Bunkface - Through My Window (Full version).mp3
Bunkface - Through My Window (Radio version).mp3