Khamis, 1 April 2010

Cerita Aku

Bukti belanjer besor....

Bukti makan besor...

Bukti keluargo besor....

Aku malas atau takde masa nak tulis blog? 2 persoalan yang sukar aku nak jawab. Pernah juga aku berkobar-kobar nak update blog nier, tapi bila dah kat page create new post, malas la plak. Tapi malam nier aku gagah gak...wakakaka. Kat sini lebih kurang cerita aku sejak seminggu @ 2 minggu nier.

Cerita 1

Pada bulan 3 baru nier aku menghadiri kursus Pengurusan & Perancangan Strategik kat Dewan Al-Ghazali. Sajer jer, psl aku nak jugak tambah ilmu di dada. Sebelum nier ada gak mohon kursus komputer tp PM Yus tak luluskan, dier kata kerja-kerja repair komputer nier keje technician komputer dan bukannya manager. Telefon jer Unit IT. Sekali pikir betul gak, Aku pun agree je la, hehehe. Pastu kursus Pelan Integriti Nasional pun tak lulus lagi, dulu dah pernah kursus kat sini (aku pun agree lagi). Yang kali ke-3 baru la OK. pastu ada masalah lagi sehari sebelum kursus. Admin call kenderaan UiTM xder plak - aku kena drive sendiri (mana aku pernah drive sampai ke shah alam - mau tersesat aku). Terus aku call en Bad - ckp2 last2 dier agree gak aku dapat pemandu. Lego eden. Tapi kursus psl pengurusan & perancangan strategik memang best. Discussion group & presentation..boleh la. (tujuan asal nak lari sehari dari kerja...hehehe, agaknya la - ni bos ckp).

Cerita 2

Pada 16 Mac 2010, aku dpt sorang EO dan secara automatiknya aku dapat orang kanan baru (setelah 1 tahun lebih). Aku sangat-sangat bersyukur, maklum la dah terlampau banyak benda nak pikir bila pemansuhan KP ni bakal direalisasikan. Otak aku nier dah terlampau di penuhi dengan task2 yg mencabar. Org lama gak, namanya Syam (kaki lawak mcm aku gak). Dier pun dah tunjukkan komitmen mcm aku gak, sanggup bekerja secara berani mati...hehehe. Hari ni plak dapat sorang lagi kerani - khas untuk jaga sekretariat & TAPA. Nama dier plak, Maisara - bujang lagi (sapa nak beritahu aku..wakakaka).

Cerita 3

Pada 25 - 27 Mac yang lepas, aku bawak beberapa org staf aku pergi buat lawatan benchmarking ke Perlis dan Kedah. Aku tersangat la happy (maklum la pulang ke tempat aku belajo - UiTM Perlis.) 25 mac ke kedah dulu, jumpa Nizam & Siti Aslina. Kongsi2 pengalaman dan citer psl kampus diaorang. Petang tuer OTW balik ke Perlis singgah dulu ke Tanjung Dawai (beli ikan masin - ada citer menarik sebalik nier). Malam plak makan besor di Kuala Perlis. Pagi 26 plak, buat lawatan di UiTM Perlis - jumpa En Salleh & Dr Q. Yg menarik lagi psl jumpa Encik Anuar (pensyarah yang paling best) petang plak jalan ke Padang Besor - shopping gak la. 27 Mac plak ke Alor Setar (Pekan Rabu & umah Hamzah) pastu baru balik Segamat. Sampai segamat dah kul 3 pagi lebih. Kul 8 pagi keesokkannya aku balik Pahang plak, maklum la dah lama tak balik. Tapi sehari balik memang tak puas tapi apakan daya, kerja mana bleh tinggal. Aku redha.....

Cerita 4

Exam students dah dekat dan secara otomatiknya aku tak boleh sakit2 dan kerja semaksima yang boleh..hehehe. Meeting pun dah banyak buat & perubahan sentiasa di lakukan untuk penambahbaikan berterusan - idea mcm2 dari AJK exam dan staf BHEA sendiri. Hopefully, semester nier punya exam yang terbaik pernah aku dan staf handle. Selain tuer gak, minggu nier agak sibuk dengan masalah pelajar psl prosedur baru pendaftaran kursus nier. Nak tak nak, kalo masalah diaorang setel, itu dah merupakan kepuasan bagi aku dan staf kat sini. memang letih, memang susah...tapi bila dah OK puas giler rasa.

OK la sampai sini dulu, next time aku citer lain (nak setting jam bunyi ayam KFC baru beli tadi..hehehehe)...adios...

2 ulasan:

relevan berkata...

Memang membesar sekali keluarga ini..

BOB @ FADIL berkata...

hehehe, maklum la semuanya ahli gusti....