Ahad, 25 April 2010

Wirawan Jepun - Hero aku dulu-dulu

Ramai orang suka tengok citer kartun. Kat sini aku nak citer sikit pasal cerita kartun zaman kanak-kanak ribena aku. Budak mana tak tengok kartun konfirm korang rugi giler la time tu. Nak-nak budak zaman sekarang ni mana layan Doraemon, Ultraman tapi sekarang diorang layan Hannah Montana, Ben10 entah apa lagi pun aku tak tau.

Masa zaman kecik aku banyak cerita kartun terutama sekali Doreamon, Ultraman Taro, Ace, Great, Suria Baja Hitam (ada jugak Kesatria Perkasa Hitam), Maskman, Cybercops (ni cite aku suka jugak), Kamen Rider, banyaklah lagi cerita wirawan Jepun yang menawan hati aku.


Cybercops!

Pasal Cybercops korang pernah tengok bukan? Cerita dia pasal sekumpulan polis yang menumpaskan orang jahat dan biasanya raksasa la tapi bersaiz kecik. Pastu kalau nak jadi Cybercops, diorang ada kenderaan macam lori, masuk dalam tu dan bertukar pakaian khas diorang. Paling best time diorang perlukan senjata, senapang ke mesingan ke akan datang kat diorang lalu cam tempat kumbahan. Ala, yang bulat-bulat kat jalanraya tu, apatah nama dia pun aku tak tahu. Tu yang syioknya.



Ultraman Ace

Ultraman time tu memang aku minat. Mana taknya, mana pernah ada gergasi yang besar lawan raksasa. Masa tu fikir macamana la orang yang kecik boleh jadi besar yang amat. Memang aku nak jadi macam itu. Ok, paling popular time tu Ultraman Taro, Ultraman Ace, Ultraman Seven. Tiga cerita ni memang selalu ada kat tv tapi satu lagi Ultraman Great ni jarang ada. Ultraman Great memang berat tengok ke gaya berbanding dengan Ace, Taro dan Seven. Great kalau lawan memang dengan raksasa yang sangat la besar dan besar macam sotong kurita pun ada.

Ada sekali cerita Ultraman yang paling syiok aku tengok adalah time adik beradik ultraman termasuk king dan queen ultraman kena salib dengan raksasa apatah kat satu planet yang lain. Hanya tinggal ultraman yang bongsu iaitu Ultraman Ace yang menyelamatkan mereka daripada terus menjadi tebusan raksasa. Memang syahdu jugak dan memang best layan ultraman.



Suria Baja Hitam

Aku tak mengerti dan aku tidak faham sampai sekarang kenapa ia dinamakan Suria Baja Hitam. Korang tahu tak pada aku masa kecik-kecik dulu tak tahun la sangat tapi boleh la buat diect translation iaitu wirawan yang membawa baja hitam. Kalau baja hitam tak ke baja taik kambing. Poning den.

Oklah, pasal suria baja hitam ni pun best sebab hero dia pakai mask yang ada tanduk dua tu ala-ala macam belalang la. Bestnya dia ada dua buah motor yang aku tahu 1 motor tu macam motorcross dan kalau rosak atau hancur, motor yang warna putih ala-ala harley davidson tu pun datang. Motor ni siap boleh tutup macam kereta pulak. Pelik-pelik orang Jepun ni.

p/s: ni aku layan time aku sekolah rendah time kat Jerantut. Banyak lagi yang aku layan antaranya macam Dashankuro (yang cerita kereta Tamiya), DragonBallZ, apa lagi, aku pun lupa. Ok, sampai sini dulu..adios

6 ulasan:

scya lollita berkata...

suria naja itam best ~

Nizam Awang Brahim berkata...

Gaye dia ter yang mehe nye

BOB @ FADIL berkata...

Lagu dier pun best gak, tangkap layan..hehehe

Tanpa Nama berkata...

Gaban pon bes...Abg Bob lupe nak tulis kat sini....Lagi kalo tak silap de gak Flashman...lawak tol. Depe de sekor robot yang sangat klaka. name pe tah...

Amir Arshad berkata...

Tomatoman..ultraman kid..voltron..mospeada

keiko_ana berkata...

wah...menarik blog ni.igt zmn skloh2 dl.ceta Suria Baja Hitam..mcm nk tgk blk..daisuki