Sabtu, 31 Januari 2009

Jadi kaya....

Salam....

Kawan-kawan aku banyak tanya....xnak jadi kaya ker? jom la join MLM aku.....hhhmmm....kadang-kadang kalo kita lagi senyap selagi tuer la diaorang kempen...Bagi aku, aku lebih suka menjadi manusia biasa...sederhana dari segala segi.....nak kaya macammana pun itu terpulang pada individu sendiri....memang lumrah manusia, harta yang banyak memang selalu dicari.....perbazaan pendapat tentang kehidupan kadang-kadang menyebabkan apa yang Allah S.W.T beri pada mereka x pernah cukup........mereka x pernah ambil kisah tentang kedatangan keuntungan dalam skim tersebut. Aku sendiri pernah melalui semua ini semasa aku belajar dulu...sebut saja Swiss Cash, EAIndex, E-Barrel.......semua aku dah cuba....ada yang untung dan ader yang rugi...kadang-kadang terfikir gak, camner duit boleh jadi bertambah sedangkan barangan yang dijual hanyalah secara maya.....berdosakah aku guna duit tuer untuk tujuan beli makanan? bagi kat ayah aku kat kampung? walaupun transaction keuntungan ditunjukkan dengan jelas...tetapi HALALkah duit itu? Persoalan ini sering menyebabkan aku takut untuk masuk skim cepat kaya atau MLM ini......biarlah...biarlah orang lain kaya...aku lebih suka idup sederhana macam nier...so, kawan-kawan JANGAN la nak suh aku masuk benda nier...kalo korang berjaya...aku tumpang gembira.....kalau bermasalah, aku sedia tolong korang.....ALLAH Maha Mengetahui....Wallahualam................

Jumaat, 30 Januari 2009

Sibuk berkursus nier..hehehe


Salam....


Aku skang sangat sibuk berkursus audit dalam.....x lama lagi bole la jadi Auditor untuk ISO.....banyak gak la yang aku paham pasal audit mengaudit nier...hehehe. Sampai la sabtu nier...siap dapat sijil lagi sebagai lesen aku nak audit pejabat korang...ready jer la...tapi yang paling best time kursus camnier ye lah time makan...hahaha....syok giler...selain kita berasa kenyang, aktiviti nier jugak boleh menjimatkan wang saku anda...hahaha...adios..........

Download MP3 Bunkface


Hari tuer aku just letak lirik lagu Bunkface...atas permintaan rakan-rakan skang aku letak lagu untuk korang download plak. Yang aku letak nier adalah lagu yang aku rasa agak layan je la dari EP diaorang.....


Klik jer kat tajuk lagu tersebut :


Situasi

Silly Lilly

Land of Hope

Fine

Last Minute

Rabu, 28 Januari 2009

Sekitar Sambutan Hari Kualiti Peringkat UiTM Johor 2008

Apa-apa hal amik souvenier dulu...hehehe

Tengah khusyuk mendengar amanat pengarah....

Kat sini aku upload gambar sekitar majlis sambutan hari kualiti ati tuer...tadi tengok piala n sijil yang dapt masa ari tuer...kak ina pegi ambil...duit hasil kemenangan tersebut aku sedekahkan pada Tabung Kelab HEA...hehehe...rezeki staf-staf.....kata aku la.....

Deerland dan Pusat Pemulihan Gajah Kuala Gandah, Lanchang Pahang

Burung unta nier pun pandai berposing

Dilla tengah kejar rusa..(spesis x takutnyer)

Dila ngan Afif x sabar-sabar nak masuk dalam Deerland...

Bob the Raja Ular...hahaha

Nasib baik badan aku lagi besar dari beruang nier......x la takut sangat..hehehe

Cuti baru nier aku berpeluang bawak family aku ke Kuala Gandah, Lanchang Pahang untuk melawat Deerland dan Pusat Pemulihan Gajah...lama dah x bwk pegi jalan-jalan makan angin nier...hehehe. Kat sini kita boleh bermain-main ngan binatang secara live...memang best..tiket masuk cuma rm5.00 untuk dewasa dan rm3.00 untuk kanak-kanak....memang berbaloi.....


Jumaat, 23 Januari 2009

Tempat Ke-3 (Laman Web Terbaik Hari Kualiti 2008) UiTM Johor

Hampir menjadi yang terbaik....syukur Alhamdullilah

Alhamdullilah, penat lelah aku mengupdate website bahagian HEA berbaloi pagi tadi..bangga gak la apabila diumumkan sebagai tempat ke-3 pertandingan laman web terbaik UiTM Johor.....hehehe...Thank you diucapkan pada semua staff HEA, ILQAM dan Percetakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menolong aku mengupdate website kita nier.....Korang kalo nak tengok hasil keje aku sila la layari website tersebut.......

Cuti.....

Kolej SR nier bakal sunyi pada minggu depan (student cuti start 24 Jan-1 Feb)


Selamat bercuti...hari cuti merupakan saat yang paling dinantikan dan ditunggu oleh setiap orang. Kenapa? Ini kerana pada ketika ini la hal keje dan saat meletihkan dapat di nyah dari dalam diri kita. Aktiviti semasa cuti tidak hanya tidur sahaja, ada juga orang yang menghabiskan masa tersebut dengan melancong, beriadah, melakukan aktiviti leisure dan semestinya bersama keluarga tercinta.

Macam kat UiTM Johor nier, masa mid term break merupakan saat yang ditunggu - tunggu oleh setiap pelajar. Masa ini la dapat digunakan mereka untuk kembali ke kampung halaman, rehat dari belajar dan ader gak yang uat part time bekerja. Start hari rabu ari tuer, aku tengok dah banyak student balik maybe pasal tiket bas abis kut. Nak x nak, terpaksalah ponteng kuliah. Bagi yang terpaksa berhadapan dengan lecturer yang straight, niat untuk pulang awal tuer terpaksa la dikenselkan. Biasanya last - last minute b4 cuti nier ader gak lecturer yang uat kuiz....hehehe (memang naya la budak yang balik awal tuer...). Tapi bagi pelajar baru yang memohon PTPTN terpaksa menangguhkan dulu niat nak balik awal pasal esok terpaksa menandatangani perjanjian PTPTN. X pergi jawab gayanya melepas la nak dapat duit beli handphone baru..hahaha.

Aku pulak, memandangkan dah lama x balik kampung saat macam nier la yang paling ditunggu - tunggu. ( 2 bulan aku x balik )...cuti yang ader nier akan aku manfaatkan untuk tujuan berjumpa family, rakan-rakan dan tentunya rindukan FELDA aku. Aku rindu nak pergi Masjid An-Nur, berjemaah kat situ....hehehe....Ramai gak kawan-kawan aku nak berkahwin sabtu n ahad nier...sabtu nier dah planning ngan lie nak pegi umah Ustaz Azrul (umah mertua dier kat Padang Piol)...kenduri kahwin dier...Hopefully, xder apaapa planning last minute la. Hari seterusnya x tau lagi, maybe aku nak uat landskap kat depan umah. lama dah, x uat keje-keje mencantikkan umah kat kampung..........alahai..tinggal 2 jam lagi nak balik Pahang...sabar jer la...adios.....pasni balik dari kampung plak la aku nak update blog nier....hehehe...nak uat camner? bagi la aku rileks puas-puas time cuti nier...hahaha....adios...

Khamis, 22 Januari 2009

Kenapa aku menulis?

Blog ini merupakan manifestasi hidup aku......

Ramai kawan-kawan tanya, best ke tulis citer kita dalam blog nier?...hhmm..soalan macam nier kadang-kadang menyebabkan aku nak penyepak ajer orang yang tanya macam nier (jawapan senang - ikut suka aku la aku punyer tangan nak tulis..hehehe). Tapi x bleh la jawab macam nier..kurang professional, orang cakap...hehehe. Ok, bagi aku personally bila menulis dalam blog nier aku dapat release tension n dapat berkongsi cerita yang aku rasakan perlu berkongsi ngan korang. Cerita hidup aku, apa yang aku minat, peristiwa semasa dan yang berlaku di UiTM Johor. Bagi aku memang menarik bila dapat menceritakan pada orang tentang diri aku. Lepas nier, kalo sesekali jumpa member x perlu la dier tanya aku duk mana, keje apa, asal mana. Sumer aku dah tulis dalam blog..hahaha. Kan senang?

Bila boring-boring masa keje, sekurang-kurangnyer ader gak la bende aku nak uat. Kalo mengelamun pun x baik gak untuk kesihatan..hehehe. aku harap hasil penulisan aku dapat di jadikan panduan oleh kawan-kawan dan segala opinion aku berkaitan masalah sosial dapat menyedarkan mereka yang terpesong agar kembali ke pangkal jalan..hehehe. Kadang-kadang komen yang diberi oleh rakan-rakan dapat menambahkan ilmu aku di dalam menangani masalah yang berlaku masa sekarang nier......sedar x sedar...memang masalah sosial merupakan masalah yang amat meruncing pada zaman sekarang nier....muka hensem perangai berok apa gunanya...hehehe

Kenapa aku minat muzik underground @ Indie? terus terang aku cakap la...memang life aku dari remaja sampai la nier...influence muzik underground dalam diri aku adalah sangat kuat....Kalo korang perasan la, baju-baju aku kebanyakannya adalah berwarna hitam dan itulah warna kegemaran aku. Bagi aku seluar jeans dan t-shirt merupakan pakaian yang sesuai untuk gaya hidup aku....hidup yang sukakan independent...x terikat ngan apa-apa peraturan...tapi gi opis kena pakai skema gak..hehehe....Aku masih ingat first album yang aku beli masa berjinak-jinak ngan underground nier adalah The Pilgrims..then subculture, ACAB, The Official, Saturnine dan banyak lagi la....Definisi muzik underground yang aku minat x terhad kepada certain muzik sahaja...aku minat hardcore, street music, punk rock dan sebagainya. kadang-kadang biler layan lagu yang kiter minat memang best...biar bingit, janji kita suker...adios.....

Meet Uncle Hussein (Juara AJL)

Hidup Indie......

Malam indie...AJL baru-baru nier still memartabatkan group indie sebagai Juara. persembahan yang bersahaja dari group Meet Uncle Hussein telah mencetuskan fenomena yang luarbiasa dalam industri muzik tanah air. Vokal yang mantap dari Lan dan Rift gitar yang menarik membantu persembahan bertenaga mereka. Kostume yang menarik dari mereka yang menunjukkan ekspresi muka badut menyebabkan persembahan mereka nampak unik. Tahniah Meet Uncle Hussein.....

Antara mp3 Meet Uncle Hussein yang boleh di download kat blog aku :

Halusinasi

Lagu Untukmu (Juara AJL)

Plague Of Happiness

Plague Of Happiness

Plague Of Happiness - Malam

Malam ini ku nyanyikan,

Sebuah lagu lama yang terbuku dalam nistaku,

Hilang daya,

hilang mata,

Inginku luahkan segalanya,

Agar engkau sadar semalam,

Aku,

hanya meminta-minta,

Secebis harapan menanti masa hadapan,

Oh, oh, oh…

Malam ini tak terhenti,

Tiada nafas lagi,

Melunaskan segala janjiku,

Aku pinta kau berserah,

Moga penghujung cita-cita kita tak terdampar semalam

Aku tiada nafas lagi pikul beban ini,

Yang kerap jatuh lari,

Oh, oh, oh…

Malam ini tak terhenti,

Tiada nafas lagi,

Melunaskan segala janjiku,

Aku pinta kau berserah,

Moga penghujung cita-cita kita tak terdampar semalam,

Aku tiada nafas lagi pikul beban ini,

Yang kerap jatuh lari,

Oh, oh, oh,

Aku tiada nafas lagi pikul beban ini,

Yang kerap jatuh lari,

Oh, oh, oh…


Sila download mp3 kat sini

Rabu, 21 Januari 2009

Cuti x approve....

I'm sorry......hehehe

Apa boleh buat, cuti yang aku apply untuk hari khamis dan hari jumaat tidak diluluskan. Esok PM Yusri dan Khalid xder. So aku la yang tinggal bersama-sama staff. Jumaat plak ader sambutan hari Kualiti peringkat UiTM Johor, semua ketua bahagian wajib pergi....Kadang-kadang apa yang kita rancangkan dari awal memang ader halangannya tambahan pulak bila perkara yang x diduga muncul, jawabnya kensel la planning. Dah lama...dah lama aku pendam perasaan rindu nak balik kampung nier, bayangkanlah dah hampir 2 bulan aku x balik. Kadang-kadang bila x bersua nier perasaan memang lain macam. Tidur malam pun x lena sangat. Apa saja benda yang aku lakukan mesti jadi serba x kena.

Kalo nak kira azam, memang azam aku nak jadi seorang muslim yang soleh, yang mengambil berat terhadap semua orang di sekeliling aku...tapi camner nak uat? apa yang aku harus lakukan agar perkara nier x berulang...bila pikir balik betul ker apa yang aku lakukan dalam hidup aku nier. Mana yang lagi penting? Family atau Tugas? Tapi aku yakin semua nier pasti ada hikmahnya tambahan pulak macam aku nier..insan yang lamah (lemah ker?) hentam sajalah...Mulai hari nier aku dah planning baik punyer dalam planner aku agar perkara nier x berulang lagi...cuti mesti x bertindih dengan event UiTM..hehehe. Walau macamanapun aku harap perjalanan balik kampung aku petang jumaat nier xder halangan. Sok servis kete la.....

Biler dah rase boring sangat nier, kadang-kadang x tau nak uat aper...malam-malam pun dah malas nak kuar makan...jalan terbaik adalah menonton TV..skang nier aku suke tengok Raja Lawak Astro musim ke-3...best gak la terutama amir (orang kerdil snow white)...trademark dier yang aku suker adalah..."I'm Sorry"...comel jer bunyi nyer...hehehe...OK la nak balik opis dah nier...nak tengok ulangan Raja Lawak lagi..hehehe...adios....

Budaya Konsumer Punca Kemelesetan Ekonomi - Hishamuddin Rais

Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang sebesar ini belum pernah dialami oleh dunia kapitalis selama 200 tahun. Krisis kali ini lebih buruk daripada zaman kemelesetan tahun 1929. Kita hanya membaca zaman kemelesetan pada 1929 di Amerika Syarikat. Kita tidak mengalaminya. Kita mengetahui hanya melalui surah sejarah, tidak lebih dari itu. Apa yang kita lihat hanyalah gambar-gambar hitam putih tentang zaman itu. Apa yang kita hayati hanyalah filem-filem yang cuba menggambarkan suasana dan drama di zaman itu. Zaman kemelesetan besar di Amerika Syarikat berlaku 80 tahun dahulu. Lapan puluh tahun dahulu Tanah Melayu masih bawah penjajah Inggeris. Getah baru sahaja sampai dari Brazil pada 1902.

Sistem ekonomi kapitalis belum melebar. Jual-beli duit ringgit belum menjadi budaya. Malah banyak warga langsung tidak memiliki duit. Bertukar-tukar barangan masih lagi budaya ekonomi. Masyarakat konsumer yang kita lihat di sekeliling kita hari ini masih belum wujud. Rumah kita di kampung memakai lampu damar, kita memasak dengan kayu dan mengambil air dari perigi. Kita ke sawah setahun sekali. Di pekan, lampu jalan memakai lampu minyak pam. Kereta satu benda yang ajaib – kalau bernasib baik kereta melintasi kampung kita – kita berkumpul berkerumun untuk melihatnya. Saya sendiri belum wujud pada 1929. Apa yang saya tulis ini hanyalah menyambung surah daripada arwah ibu dan ayah saya. Zaman itu telah lama berakhir. Hari ini kita melihat zaman itu sebagai Zaman Dahulu, kita panggil zaman ini Zaman Lampau atau Zaman Tok Kaduk. Apakah ini tepat? Sebelum menjawab soalan itu, kita wajib melihat apakah budaya yang sedang kita anuti hari ini. Untuk ujian pertama, sila buka almari kain baju dan lihat berapa banyak kain baju yang terkumpul dan tidak pernah kita usik-usik. Malah kita terlupa bahawa kita memiliki kain baju ini.

Kemudian sila pandang rak kasut. Berapa banyak kasut yang terkumpul? Jika kain baju bergantang-gantang dan kasut semakin membusut, maka tandanya kita sedang menghayati dan merayakan budaya konsumerisme – budaya yang lahir daripada sistem ekonomi kapitalis. Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset. Jangan dengar cakap-cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu. Jangan percaya bahawa kita semua selamat daripada krisis ekonomi ini. Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis, mana mungkin hanya Malaysia terselamat! Ini mustahil. Jaminan politik ini pembohongan. Ia betul-betul macam penafian bahawa Najib Razak tidak mengenal Altantuya Shaariibuu. Bohong.

Fakta: Amerika Syarikat rakan niaga terpenting Malaysia telah memasuki zaman meleset bukan pada 2008 tetapi tahun lalu lagi. Inilah fakta rasmi kerajaan Amerika Syarikat. Negara Iceland telah jatuh muflis. Tiga syarikat kereta yang terbesar di dunia – Ford, General Motors dan Chrysler – telah jatuh muflis. Di United Kingdom, syarikat kereta Vauxhall menjalankan dasar "beli satu kereta, dapat satu percuma". Ini kerana tidak ada lagi orang yang ingin membeli kereta. Di Malaysia pada ketika ini kita boleh beli kereta tanpa duit pendahuluan. Trend ini hanya permulaan. Akan sampai masanya apabila kereta dari kilang Proton akan tinggal terbengkalai. Satu demi satu bank besar dan syarikat kewangan gergasi tutup kedai.

Harga minyak sawit kita telah jatuh. Harga minyak mentah telah juga jatuh. Bila harga minyak sawit dan harga mentah jatuh, ertinya pendapatan negara kita kurang. Tahun lalu indeks komposit bursa saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata. Lupa? Bukankah Abdullah Ahmad Badawi berasa amat bangga dan mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi kita cermerlang, gemilang dan terbilang? Hari ini indeks komposit hanya di takuk 800 mata. Bukankah ini tanda penunjuk bahawa ekonomi kita sedang merundum? Apakah kalau indeks naik maknanya ekonomi baik - jika indeksnya turun, tidak ada seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah mereka semua telah jadi rabun dan buta.

Tahun hadapan kita akan diamuk lagi. Krisis luaran ini badainya akan sampai. Seperti ombak tsunami – ia bermula di Wall Street New York. Limpahan ombak tsunami ini akan sampai enam bulan kemudian ke Malaysia. Ombak ini pasti akan datang tahun hadapan. Apakah kita semua sedar bahawa nilai ringgit kita telah jatuh. Maknanya, kalau dulu kita boleh membeli kapal selam dari Perancis dengan harga 10 ringgit sebuah. Hari ini kapal selam yang sama harganya menjadi 12 ringgit. Duit ringgit rupanya dan warnanya tidak berubah. Apa yang berubah ialah nilainya. Titik sebenar pertanyaan: apakah ada jalan untuk menghadapi krisis ini? Pasti ada.

Sebelum ombak krisis ekonomi ini menggelora sampai kita wajib menilai kembali budaya konsumer yang kita rayakan. Budaya ini ialah budaya pembaziran yang sedang membawa laknat kepada umat manusia. Kita wajib kembali melihat bumi ini sebagai rahmat untuk kita bercucuk tanam. Tidak ada jalan lain kecuali kita menghidupkan tanaman yang boleh kita makan. Bukan menanam getah atau sawit untuk dieksport agar negara dapat membeli kapal selam. Ini kerja bodoh.

Di Amerika Syarikat dan di Eropah – berjuta-juta buruh telah mula kehilangan pekerjaan. Apabila mereka hilang kerja, mereka tidak ada duit. Apabila mereka tidak ada duit, mereka tidak membeli barang. Apabila mereka tidak membeli barang – kilang kita yang membuat barang akan ditutup sama. Apabila kilang kita ditutup, kita pula hilang pekerjaan dan kita pula tidak ada duit. Beginilah lingkaran setan dalam sistem global ekonomi kapitalis. Lingkaran setan ini dapat kita putuskan jika kita kembali berbakti kepada bumi. Bumi bukan untuk diruntuh-rantahkan. Bumi tempat kita bercucuk tanam dan memakmurkan tanaman untuk makanan. Kita wajib memisahkan diri kita daripada terjerut dalam sistem global ekonomi kapitalis yang memaksa kita menjadi konsumer. Bernoktahlah sebentar dan lihat kembali Zaman Tok Kaduk dahulu. Tidak ramai yang memiliki duit dan ringgit. Mereka bertukar tenaga bantu-membantu, bergotong-royong. Mereka hidup bukan sebagai konsumer. Mereka hidup sebagai manusia. Kini telah muncul kembali di banyak tempat di Amerika Syarikat dan di Eropah di mana warga-warga menolak pengunaan duit rasmi dan menggunakan duit mereka sendiri. Ia diamalkan untuk memastikan mereka tidak terperangkap dalam ekonomi konsumer. Mereka menjalankan perniagaan tukar-menukar. Mereka mahu menjadi manusia yang merdeka bebas daripada belenggu sistem ekonomi kapitalis.

Satu perkara yang wajib kita semua sedari. Pada tahun tahun 1930-an, apabila ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah meleset, apa yang muncul? Perang Dunia Kedua bermula. Dalam sistem ekonomi kapitalis, perang adalah jalan pintas untuk kaum pemodal menjual barangan mereka. Dalam masa yang sama perang akan memusnahkan apa yang telah mereka buat. Buat, kemudian musnahkan. Buat lagi, dan musnahkan lagi. Ini cara untuk memastikan kilang akan terus bergerak. Perang menjanjikan industri senjata berkembang. Industri senjata adalah satu-satunya industri yang menjadi pasak dan menjana ekonomi sistem kapitalis. Dalam perang, kemusnhan akan berlaku. Kapal terbang hancur, kereta kebal musnah, peluru dan bom diletupkan – semua ini perlu diganti dan dibuat lagi. Industri perang adalah industri terbesar - numero uno - untuk Amerika Syarikat. Negara ini, atau lebih tepat Wall Street, sarang kaum pemodal multinasional berkumpul dan merancang.

Pada ketika ini, di kilang-kilang industri perang sedang menggunung dengan peralatan senjata yang belum terjual atau belum musnah. Justeru, kemungkian perang besar akan bemula tidak boleh diketepikan. Sejarah telah menunjukkan apabila kaum pemodal dilanggar krisis, maka tidak dapat tidak mereka akan merancang perang. Perang di Iraq, di Afghanistan, Kosovo, Somalia dan di Sudan ini masih belum mencukupi untuk memusnahkan senjata-senjata yang telah sedia dibuat. Kerana itu perang wajib diluaskan ke Iran, Pakistan dan India. Apa yang berlaku di Mumbai baru-baru ini adalah sebahagian daripada perancangan perang yang lebih luas. Bernoktahlah sebentar dan mari kita melihat diri kita sendiri. Apakah kita telah terperangkap dalam sistem dan budaya yang dimunculkan secara terancang oleh kaum pemodal internasional? Apakah kita diperangkap untuk terus menjadi hamba sebagai pengguna dan konsumer untuk membeli barangan yang kini telah menyempit bilik kita sendiri? Jawapannya – sila buka kembali almari kain baju dan lihat apa yang ada di dalamnya.

Jawapannya di hadapan mata.

Opinion aku: sekali fikir, betul gak. Di pihak anda?

Kursus Ketrampilan Diri dan Imej (19 dan 20 Januari 2009)

Aku wakil AR yang berkursus bagi souvenier untuk Encik Abol

Najib tengah ukur cawat yang sesuai..hehehe

Faizul jadi model utama...

Sempat lagi tuer amik gambar, tepi aku Rizal n Faizul

19 n 20 Januari yang lepas aku pergi berkursus di JPbSM, Uitm Shah Alam. Participants dalam kursus ini terdiri daripada geng-geng aku, AR Baru dan AR dari kumpulan MINDA. Kursus ini lebih bersifat santai (sambil makan-makan...hahaha..kitaorang ader supplier makanan ringan iaitu Doraemon (Joe)..hahaha)..sumer mende dier bawak..asam ader, kacang ader, gula-gula ader..TQ Joe. Antara manfaat yang aku dapat dari kursus ini adalah cara penjagaan diri luar dan dalam, cara memilih fabrik dan fesyen yang sesuai dan lain-lain lagi la. Penceramah terdiri daripada hustler dalam bidang tersebut seperti Encik Azlan (manager Hotel UiTM), Encik Abol (Pereka fesyen terkenal) dan Kak Sharline (makeup artist camelia - dua alam)..hahaha

Dari kursus nier dapat banyak gak la tip-tip yang berguna buat kami terutama khas untuk Najib (teknik ukur cawat dan mekap - abis la ko...hahaha)...Kursus nier akan bersambung bulan 5 nanti plak khas untuk etika meja makan.....memang best....timer kasih untuk Kak Ros kerana sudi uat latihan ceng gini untuk kitaorang..hehehe


Manchester United ke Final Carling Cup

Barisan pemain hebat..hahaha

Gol daripada Nani, O'Shea, Tevez dan Ronaldo telah cukup untuk membawa MU ke Final Carling Cup bertemu n sudah pasti bertemu Tottenham Hotspur pada Final nanti. Pagi tadi MU telah menang 4-2 ke atas Derby County dengan aggregat 4-3. Walaupun ketinggalan aggregat 1-0 pada pusingan pertama nampak gayanya MU begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan seterusnya menumpaskan Derby County. Malam tadi Derby bermain agak bertahan dan banyak cubaan dari Nani dan Ronaldo berjaya diselamatkan oleh Golkeeper lawan. Walau macamana pun, aku harap MU akan terus success. Dah la skang kat kedudukan teratas liga..hahaha..(Liverpool just seri jer masa lawan ngan Everton hari isnin ari tu)...hahaha...best..best.....Go Go Man Utd....

Sabtu, 17 Januari 2009

Meniaga (underground business)........

Punya banyak stok..hahaha

Siap rege barang lagi...punya banyak amik untung (rege cekik darah)

Mana la diorang rembat signage nier..hehehe

nasib baik x jual barang terlarang...kalo x memang nak makan penyepak aku...hahaha

Malam semalam lebih kurang kul 12, aku dan Epul uat spot check ke bilik budak2 Kolej SR di Tingkat 3. Selain untuk tujuan membuat investigation kes induction haram dan bully, kami juga ingin mengenalpasti tahap ketidaktiduran budak2 SR di waktu malam....Hasil pemeriksaan, terjumpa la kes kat atas nier...hehehe. Almari digunakan sebagai kiosk sementara..hehehe. Strategi memang bijak, sorang pun xnak mengaku meniaga barang-barang tersebut. Kami telah bagi warning untuk clearkan barang-barang tersebut sehingga hari isnin nier..jika berlaku..siap la....garang x?..hahaha


Masalah Remaja Masa Kini.....

Fesyen orang giler......


Tudung x pakai, seluar dalam nampak.....S*^*&%^(*^

Pagi tadi kuar bandar cari newspaper...pastu mata terpandang tajuk depan Metro hari nier...Ratu Rempit Ternoda..hehehe..memang sensasi. Epul pun gelak besar jer, dia cakap ader jer tajuk-tajuk panas yang digunakan oleh Harian Metro untuk melariskan jualannya. Berbalik citer tajuk tadi, aku dapati anak gadis tersebut skang berumur 20 tahun dan skang telah belajar di sebuah IPTS di KL. Beliau telah terjebak dalam aktiviti seks bebas ini bermula Tingkatan 4 (16 tahun)..Punca utama adalah kerna nak tunjuk hebat pada boyfriend dier (mat rempit)..tunjuk hebat dari segi ber "seks" bersama kawan boyfriendnyer. Dan perbuatan itu menyebabkan dier merasa ketagih untuk ber "seks". Ceh, aku ingat isap dadah jer yang gian..seks pun gian...hehehe. Sekarang gadis itu telah insaf tetapi masih rasa susah untuk meninggalkan ketagihan seks itu..hhmmm..macam peli jer (xder tanda nak berubah pun)..Gambar dari pandangan belakang (gambar depan kantoi la pulak nanti..hehe) pun menunjukkan beliau seorang yang free hair ( x pakai tudung...) insaf ke tuer?...Korang pikir la sendri...

Bagi aku masalah sosial skang adalah sangat membimbangkan. Seks dijadikan satu permainan yang bagi mereka x salah..yakni x salah bagi seorang manusia dan yang beragama. Mereka merasakan bahawa sesiapa yang x melakukan seks sebelum kahwin merupakan seorang yang pengecut. Betul ker? Bagi mereka, geng2 akan tabik spring andai dier dah berjaya melakukan seks. Bengong punyer mentaliti remaja masakini. Lie (geng warden aku) pun ader cakap, ada kes tahun lepas yang telah disiasat oleh K-rol minggu lepas bahawa ader budak meraba dan rela diraba di dining hall asrama. Budak lelaki 3 orang dan budak pompuan sorang. Budak2 lelaki tuer memang aku kenal la.(selalu uat masalah kat sekolah)..sorang dah lepas bala psal tahun lepas dier amik SPM. 2 orang lagi memang x selamat (taun nier ting 4 n 5), siap menangis masa di soalsiasat (insaf la kut)..budak pompuan nyer pulak, tahun nier x duk aspuri dah (skang tingkatan 3)...aku harap budak2 yang kantoi tuer betul2 insaf la..dah la warden skang nier tinggal Lie sorang jer (lokman n lan duk kuartes dah, masing2 bawak bini..hahaha)..so lie, pandai2 la yer..hehehe

Gambar kat atas tuer aku amik pasal aku rasa memang related ngan citer aku kali nier..(x sedar langsung bahagian belakang orang lain nampak..sungguh x bermaruah)..aku rasa budak tuer mesti ader masalah mental...hehehe...(kang bila dah tua n nyanyuk..golongan nier la yang suke bogel tepi jalan tuer..hehehe)...kesimpulannya, jaga la kawasan belakang anda...pakai t-shirt muslimah lagi baguih dok ada...hehehe..pesanan aku...dont bukak n nyesal di belakang hari......adios....

Rabu, 14 Januari 2009

Ceramah Perdana (Kerjasama PERMAS & IKIM.FM)

Bersama Syuk....aku memang khusyuk, sampai x sedar ader org amik gambar..hahaha

Syabas PERMAS.....

Terima kasih IKIM.FM kerana sudi dtg tempat kami....

Malam sabtu baru nier diadakan satu ceramah perdana. Ceramah ini di anjurkan oleh Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi Masjid As-Syakirin (PERMAS) dan IKIM.FM. Ceramah ini bakal ke udara dalam Radio tersebut. Memang best dan insaf....berkisar tentang kembali menuju ke landasan wahyu dan isu Palestin. Penceramah malam tuer pun hebat-hebat. Buat gerakan PERMAS, tahniah...aktiviti anda berjaya.....


Sektor A

Geng-geng JPK uat persembahan khas...memang insaf...

Budak2 SR nier tengah2 malam baru berbunyi, kalo awal malam mcm xder orang jer..hehehe

Sempana Riau....nama keris yang sangat popular. Aku menjadi Pegawai Pembangunan Pelajar di kolej tersebut. Penghuninya terdiri daripada siswa UiTM Johor. SR memang terkenal sebagai kolej yang mempunyai penghuni yang paling nakal..hehehe. Walaupun lemah dalam pelajaran, tetapi di dalam aktiviti kolej, pelajar SR la yang paling berjaya. Macam ahad baru nier semasa Aktiviti FAMSA (Family Day Sektor A), kebanyakan pemenang adalah student SR. Team PPP hanya menang tiup belon jer...tarik tali pun kami kalah ngan bdk2 SR (kami kalah bermaruah, ader fight lagi lagipun team kami ader 2 orang pompuan..hahaha)..aku ngan Ustaz Azrul Iswan siap guling2 lagi menahan asakan pihak lawan..hehehe.

Hari tu aku siap2 pening kepala lagi pasal berjemur tengah panas...hahaha (ader excuse x payah main belon tepung). Malam plak ader Malam Gerak Gemilang ( penutupan FAMSA oleh pengarah). Pada malam tuer ader persembahan yang memang x kering gusi...hahaha. Aku x dapat mengawal perasaan pasal memang lawak, terutama persembahan cinderela (pelakon lelaki, suara pompuan)..idea memang best....hehehe. Kami sebagai PPP merasa sangat bertuah kerana kebanyakan pelajar baru yang register baru nier memang best...dari segi attitude n mental. Aku harap korang akan terus success dalam akademi korang..terutama budak SR.....Go Go Go.....

Isnin, 12 Januari 2009

Kursus Asas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)

Mengantuk....hari nier ngan esok aku kena menghadiri kursus asas pengurusan kualiti (SPK)..oleh sebab malam tadi aku berjaga (MU punya pasal)..hari nier aku rasa ngantuk sangat..hehehe. Siap landing baik punyer masa kursus pagi tadi..siap Hamzah misscall lagi, dier habaq aku dah sampai negeri China dah...kureng asyem betui..hehehe. Walau macammanapun..petang nier x mengantuk plak..skang pun duk opis lagi..lepak2 uat aper yang patut....Ok la...nak balik dah.....nak tengok Rock Prima, band apa plak la jamming petang nier...petang semalam dah ader XPDC..memang best..teringat masa zaman sekolah dulu...hmmmmm.....adios..............

MAN UTD 3 - CHELSEA 0

Old Trafford..gelanggang keramat.....

Gembira......hahaha. Aku rasa malam tadi adalah game terbaik MU dalam musim nier...x sia2 aku berjaga malam tadi (aku tidur nak dekat kul 2.30 pagi. Bek dan striker Mu menunjukkan kematangan dan persefahaman yang baik. Aku boleh katakan yang terbaik malam tadi adalah Evra, Johnny Evan, Vidic, Ronaldo (walaupun x berapa menjadi), Berbatov dan Giggs (man of the match game malam tadi). Tengok sorang-sorang memang layan (boleh jerit sekuat hati..biler Mu jaring gol). Dan pagi tadi masa masuk opis, aku tengok Abg Halim dan Zuraidi happy jer....kami pakat pagi tadi nak usik Hamzah (die hard fans Chelsea)...memang x terbalas kutukan oleh kami..Scolari sendiri mengakui pasukan MU lebih baik dari Chelsea dalam game malam tadi (kalo Maurinho dah lama dah berdolak dalik..hehehe)...Walauapapun teruskan kemaraanmu pasukan paberet aku...hehehehe

Khamis, 8 Januari 2009

Fesyen Indie (Skinny Jeans)

Levis Skinny Jeans

Seperti kita tahu, jeans atau denim sememangnya sudah serasi dengan trend fesyen sejak dulu lagi. Tidak kira lelaki mahupun wanita pastinya memiliki jeans atau denim di dalam almari pakaian mereka. Kemunculan pelbagai rekaan dan potongan jeans sejak dulu memberi peluang kepada pencinta fesyen memilikinya mengikut citarasa tersendiri.

Melangkah ke tahun baru, pasti ramai di antara kita cuba mencari imej baru dan mengikut trend fesyen terkini. Ini termasuk juga pilihan pemakaian jeans. Sebagai contoh trend pemakaian jean ketat atau skinny jeans. Trend seluar jeans yang popular sekitar era 80an ini kembali menular sejak beberapa tahun lalu, dan tahun 2009 trend ini dijangka semakin ‘hot’.

Kebanyakan pemuda pemudi yang meminati fesyen ini adalah mereka yang Independent. Maksudnya mereka minat fesyen indie.

Adakah sesuai dengan anda?

Sesetengah lelaki amat meminati trend pemakaian skinny jeans. Ada yang terikut-ikut dengan stail pemuzik rock dan selebriti kegemaran. Manakala majalah fesyen dan selebriti di televisyen turut mempengaruhinya. Namun ada juga yang tidak dapat menerima trend skinny jeans. Memang benar! Pemakaian skinny jeans akan kelihatan hebat dan menarik apabila korang tahu cara memakainya. Paling penting adalah kesesuaiannya dengan saiz tubuh.

Kebanyakan mereka yang memakai skinny jeans memilih jenis yang flat atau plane, tetapi tidak semua orang sesuai memakainya. Mengapa? Bagi mereka yang bertubuh pendek atau melengkung misalnya, skinny jeans sememangnya tidak sesuai. Ia akan membuatkan korang kelihatan lebih pendek. Pemakaian skinny jeans kelihatan menarik dan hebat pada mereka yang bertubuh kurus dan tinggi. Sekiranya korang bertubuh tinggi dan kurus, pilihlah untuk memakai skinny jeans dan pilih yang jenis flat kerana ia tidak menampakkan tubuh menjadi rendah atau membuatkan korang kelihatan stocky.

Ingat! Tidak semua trend fesyen kelihatan hebat pada semua orang. Walaupun skinny jeans semakin ‘hot’ sekarang, ini tidak bermakna korang perlu memakainya. Sekiranya ia tidak sesuai dengan korang, tiada guna memakainya jika korang berasa tidak selesa.

Cara pemakaian skinny jeans yang salah untuk lelaki

Sebelum itu, korang kena ingat, di dalam fesyen tiada peraturan, cuma citarasa sahaja, ya? Dan nukilan ini hanya untuk skinny jeans, bukan Jeans Rempit, Jeans Ah Beng atau Jeans Abang-Abang. Semua itu Cerita Lain. Dan ini semua hanyalah dari pendapat, kajian dan pemerhatian aku sahaja. Jangan salahkan aku.

1. Skinny Jeans Berwarna Cerah.

Tolonglah. Korang bukan badut. Lupakan warna merah, kuning, hijau, merah jambu, ungu, jingga serta warna-warna cerah yang lain. Skinny jeans hanya kelihatan segak jika ia berwarna hitam, serta warna selvage denim atau kelabu gelap. Warna putih pun boleh, tetapi hanya jika korang jenis orang yang tidak suka duduk merata-rata dan bersepah-sepah. Warna denim pudar pula hanya jika korang seorang rockstar, selain dari itu korang hanya akan kelihatan seperti seorang Mat Rock tahun 80an, dan ini tidak bagus, kecuali jika itulah wawasan fesyen kamu.

2. Ukuran Pinggang Korang Lebih 34 Inci. (Macam aku x sesuai la...)

Lupakan sahaja. Serius. Aku tak tipu. Kalau pinggang korang berukuran lebih 34 inci, ini bermakna punggung serta peha kamu juga akan bertepatan nisbahnya dengan 34 inci. Ada sebab skinny jeans ini dipanggil skinny jeans. Skinny bermaksud kurus. Dan orang kurus sahaja boleh pakai jeans untuk orang kurus. Faham? Kalau tidak dapat menerima realiti tersebut sila mula bersenam esok selepas korang makan nasi lemak (nasi tambah) korang.

3. Skinny Jeans Dengan Selipar.

Korang sudah konon-konon bergaya dengan skinny jeans, tetapi tiba-tiba korang pakai selipar. Tiada penyudah. Macam korang berjimak tanpa orgasme. Kureng. Pada aku berwarna gelap paling bergaya dipadankan dengan kasut berwarna cerah. Macam kasut putih aku. Juga dengan kasut but hitam skinny jeanshigh-cut, dengan hujung jeans kamu dimasukkan ke dalam kasut. Tak lupa juga kasut sneakers (terutamanya yang berunsur old school) yang bukan sneakers yang dipakai dalam gelanggang bola keranjang macam apa Kobe Bryant atau Michael Jordan pakai.

4. Skinny Jeans Dengan Baju Batik Belia (TM).

Senang cerita, skinny jeans yang dipakai oleh orang yang biasanya tidak akan pakai skinny jeans, atau yang dipakai di salah majlis. Contoh senario adalah seperti orang yang ke majlis perhimpunan UMNO dan memakai baju batik UMNO (alif mim nun tendang wau = sarkis, kata si S. Shamsuddin) dipadankan dengan skinny jeans hitam. Kecuali jika baju batik itu berpotongan slim ala rekaan Hedi Slimane atau Kris Van Assche-lah, mungkin boleh dipertimbangkan. Contoh lain yang mungkin tidak kena dengan skinny jeans ialah baju kemeja polo saiz besar bertulis 'Hari Sukan Kolej Kediamaan Ke-4 Universiti Malaya' dan 'Restoran Tomyam Demaju'.

5. Skinny Jeans Pendek.Buruk.

Dah macam pekerja Indon. Sila pakai seluar pendek biasa.

6. Skinny Jeans Untuk Mereka Yang Berumur 50 Tahun Ke Atas.

Aku pernah nampak, pakcik yang mungkin rasa dirinya ranggi dengan memakai skinny jeans. Kalau kamu berbadan seperti David Bowie mungkin boleh, tetapi ramai ke pakcik berumur 50an yang macam David Bowie di Malaysia ini?Tak ramai(yang boroi je ramai)

7. Skinny Jeans Dengan Seluar Boxer Terkeluar.

Ni yang paling aku lemah semangat. Kalau nk pakai skinny jeans, lupakan trend boxer buruk terkeluar tu. Percayalah kata-kata aku.

Itu saja dari aku..Sekali lagi diingatkan, ini hanyalah pendangan peribadi aku, so kamu boleh menegur atau memberi pendapat yang tersendiri on this matter. TQ

Selasa, 6 Januari 2009

Intifada (Tribute to Palestine....)

Subhanallah.....kejam betul dajal Israel nier...memang sial betul....sian sedara seIslam kita kat Palestin. 2 @ 3 hari nier kadang-kadang dah x larat nak tengok kematian yang berlaku di sana. Itu yang di siarkan, yang x disiarkan? Dari maklumat yang aku cari dari internet, sampai sekarang hampir 20,000 orang yang dah mati dan cedera. Pasal marahkan Hamas, habis satu Palestin kena amuk ngan Israel. Aku rasa negara-negara Arab sebenarnya harus memainkan peranan dalam isu ini....Kalau semua bersatu, Insyaallah Israel dan Yahudi akan lenyap kat dunia nier...Ya Allah, ko binasakanlah kaum yahudi di dunia ini...Amin.....

One Buck Short-Kelibat Korupsi

One Buck Short-Kelibat Korupsi

Bertapa hebatnya kita membeli isu terkini
Fakir miskin terpedaya
Orang kaya semakin kaya
Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
Projek besar diorang rembat
45 hitam biru mencari-cari tujuan
Aku dia kita mangsa
Hal kecil menjadi besar
Apa lagi yang kita semua perlu lakukan
Bangsa kita keluar malam
Maruah bangsa semakin curam

Chorus:
Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!RAKYAT KEDEPAN!

Verse 2:
Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara
Peperangan yang tak sudah!
Cari harta mengambil tanah!
Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah
Tak cukup tamak harta
Cari makan mereka kata

Dikir Barat:
Bak Kato
Crito pendek
Kita harus
Kejo samo
Jaga jaga Jaga nama
Kalau jatuh Depa pijak
Kerja sama
Boleh maju
Jangan malas Jangan tipu
Makan rasuah
Tikam belakang
Semua ini Buat rosak
Tukar cara Kita fikir Baru hapus korupsi!
Tukar cara Kita fikir Baru hapus korupsi!

Download MP3 Di sini

Isnin, 5 Januari 2009

Air Terjun Gunung Ledang......

Peliharalah alam semesta nier untuk anak cucu akan datang.....

Alangkah indahnyer kalo hati kita sejernih air nier.....

Sekali ku memandang, kehijauan...saujana mata...semusim yang benderang, hati girang, nikmatnya tuhan........sesekali dengar lagu Hijau Bumi Tuhan (XPDC) nier best gak..ingat zaman2 XPDC dulu..hehehe. Dah lama x pegi Air Terjun Gunung Ledang nier...rindu plak rasanyer..Skang musim ujan takut gak nak mandi time2 camnier. Air dari atas memang x bleh predict..nanti hanyut dek air, naya jer....Tengok berita pun 2 @ 3 hari nier asyik pasal banjir jer...nasib baik umah aku kat kampung xder problem, tanah tinggi la katakan....rindu plak biler citer pasal kampung nier, dah lama x tengok keadaan Apak. Tapi 2hb baru nier, Abg Lie ckp masa medical check up kat Hospital Temerloh semuanyer OK dan baik. Alhamdullilah...Maybe pasal x susah hati sangat kut, lagipun aku percaya Allah masih pelihara kesihatan apak agar dapat meneruskan ibadahnya seperti biasa. Alahai, rasa rindu plak kat Masjid An-Nur......Doa? aku percaya walaupun kita x mampu memberi kemewahan pada orang tua, cukup dengan berdoa kepada Allah agar dipelihara kesihatan orang tua kita dan mengambil berat seperti bertanya khabar kepada mereka, Insyaallah, Allah akan memakbulkan doa kita.....hhmmmmm.......nak mengelamun la jap..hehehe (syahdu je rasa...)

Motor Besar.....

Easy rider bukan taste aku.....


PM Yusri dah kenen kenen aku untuk angkat motor besar..hahaha. Tiap-tiap kali kuar minum ader aje soalan pasal motor besar, dah beberapa kali PM Yus cakap tentang jenis-jenis motor tapi aku uat x tau jer...mana nak cekau duit beli motor2 besar nier...hehehe. Replika Aprilia mampu la kut (skang dalam 7 @ 8k bleh dapat dah). Aku lesen B Full pun belum ader lagi..ingat nak amik lesen B Full dulu la, lesen B2 takat 250cc je bleh la bwk..hahaha. Nak beli BMW 1200RT? Alahai....baik beli umah jer satu..hahaha. Tapi impian tetap impian....ader rezeki, Insyallah......

Malam

Alhamdullilah....

Waktu malam nier ader peluang aku menulis blog nier..hehehe. Siang tadi adalah hari yang paling sibuk dalam karier aku sejak aku keje ngan UiTM Johor nier. Selepas ajer meeting JAC lebih kurang kul 12, banyak betui benda yang aku kena uat. Report and pembetulan laporan harus disiapkan segera sebelum di hantar ke Shah Alam. Sapa sangka, keje kat Bahagian HEA nier tersangatlah sibuk...hehehe. Tapi aku bersyukur kerna aku belum sampai tahap tension peringkat ke-8..hehehe. Petang tadi tengah menghitung minit untuk pulang, PM Yusri ajak pegi minum plak, tak pasal-pasal nak dekat pukul 6.30 aku balik umah..hehehe. Skang nier (pukul 9.15 mlm) aku berada di Makmal Komputer Omega untuk menyelesaikan masalah pelajar utk Add dan Drop subjek dalam pelan pengajian diaorang. Kul 10 kang baru la abis sesi nier. Sesi nier sampai 7hb, ini merupakan inisiatif HEA UiTM Johor untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah. Rasa happy sangat pasal dapat menolong student nier. Dan ucapan terima kasih sangat bermakna bagi kami yang memang agak penat nier..hehehe. Malam nier ader Abg Halim dan Kak Ida yang turut sama membantu pelajar-pelajar tersebut. Terima kasih pada semua........

Sabtu, 3 Januari 2009

Twinkheads - Guris

Lagu best dari group indie terbaru....

Twinkheads - Guris

Download di sini

Aktiviti Masjid As-Syakirin

Ustaz Kamarudin memberikan tazkirah...

Pelajar khusyuk mendengar tazkirah di Masjid As-Syakirin

Jemaah muslimin dan muslimah pun ramai....

Prof Kamil pun selalu gak bagi tazkirah.....

Dalam seminggu nier n minggu-minggu seterusnya macam-macam aktiviti akan diadakan di Masjid As-Syakirin. Ini khas untuk student-student baru agar dapat menjadi insan berguna untuk masyarakat dan negara. Jemaah pun makin ramai dan kami harapkan jemaah yang ramai nier akan terus memenuhi masjid nier untuk selamanyer. Lupa plak nak cakap jumlah student yang baru masuk ke UiTM Johor kampus Segamat pada semester ini adalah seramai 369 bagi pelajar diploma dan seramai 309 bagi pelajar bachelor. Hopefully korang bleh jadi insan yang sukses dan mempunyai minda kelas pertama......


Kerja....Kerja.....Kerja.....


Salam...

Lama dah x update blog aku nier kerana sibuk ngan keje seharian di opis dan mengupdatekan web department HEA (bleh lihat hasil keje aku dalam web uitm johor - division academic affairs). Aku skang tengah sibuk membuat preparation untuk mesyuarat JAC hari isnin nier, petang semalam plak ada meeting akademik dengan semua pensyarah di UiTM Johor. Hari nier pun aku tetap kena datang opis uat apa yang patut..hehehe. Member2 sejak petang semalam ramai dah balik..tinggal aku jer la cuti2 nier..malam tadi kuar ngan pak su, dier siap belanja aku lagi kat Jementah..hahaha, walaupun petang tuer aku dah bungkus nasi lemak ngan burger tetapi untuk tidak menghampakan beliau, aku tetap juga makan..hehehe. Dalam awal minggu baru nier aku baru perasan ada sekor burung suka duk kat besi wiring letrik depan pintu umah aku. Maybe encik burung nier keseorangan atau maybe disisihkan oleh rakan2 beliau..hehehe. Macam ni la jadinyer kalo xnak campur ngan jiran tetangga macam jiran aku (nama dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan). Semua aktiviti kolej x pernah nak involved langsung. Maybe dier ada dunia dier sendri. Tapi kiter duk kat dunia nier kalo menyendiri memang susah. As conclusion, cari la kawan yang betui-betui kawan. Kawan yang nak menjahanamkam kiter memang ramai, tapi yang betul2 "kawan" memang susah nak cari...Wallahualam.....