Rabu, 21 Januari 2009

Cuti x approve....

I'm sorry......hehehe

Apa boleh buat, cuti yang aku apply untuk hari khamis dan hari jumaat tidak diluluskan. Esok PM Yusri dan Khalid xder. So aku la yang tinggal bersama-sama staff. Jumaat plak ader sambutan hari Kualiti peringkat UiTM Johor, semua ketua bahagian wajib pergi....Kadang-kadang apa yang kita rancangkan dari awal memang ader halangannya tambahan pulak bila perkara yang x diduga muncul, jawabnya kensel la planning. Dah lama...dah lama aku pendam perasaan rindu nak balik kampung nier, bayangkanlah dah hampir 2 bulan aku x balik. Kadang-kadang bila x bersua nier perasaan memang lain macam. Tidur malam pun x lena sangat. Apa saja benda yang aku lakukan mesti jadi serba x kena.

Kalo nak kira azam, memang azam aku nak jadi seorang muslim yang soleh, yang mengambil berat terhadap semua orang di sekeliling aku...tapi camner nak uat? apa yang aku harus lakukan agar perkara nier x berulang...bila pikir balik betul ker apa yang aku lakukan dalam hidup aku nier. Mana yang lagi penting? Family atau Tugas? Tapi aku yakin semua nier pasti ada hikmahnya tambahan pulak macam aku nier..insan yang lamah (lemah ker?) hentam sajalah...Mulai hari nier aku dah planning baik punyer dalam planner aku agar perkara nier x berulang lagi...cuti mesti x bertindih dengan event UiTM..hehehe. Walau macamanapun aku harap perjalanan balik kampung aku petang jumaat nier xder halangan. Sok servis kete la.....

Biler dah rase boring sangat nier, kadang-kadang x tau nak uat aper...malam-malam pun dah malas nak kuar makan...jalan terbaik adalah menonton TV..skang nier aku suke tengok Raja Lawak Astro musim ke-3...best gak la terutama amir (orang kerdil snow white)...trademark dier yang aku suker adalah..."I'm Sorry"...comel jer bunyi nyer...hehehe...OK la nak balik opis dah nier...nak tengok ulangan Raja Lawak lagi..hehehe...adios....

Tiada ulasan: