Jumaat, 23 Januari 2009

Cuti.....

Kolej SR nier bakal sunyi pada minggu depan (student cuti start 24 Jan-1 Feb)


Selamat bercuti...hari cuti merupakan saat yang paling dinantikan dan ditunggu oleh setiap orang. Kenapa? Ini kerana pada ketika ini la hal keje dan saat meletihkan dapat di nyah dari dalam diri kita. Aktiviti semasa cuti tidak hanya tidur sahaja, ada juga orang yang menghabiskan masa tersebut dengan melancong, beriadah, melakukan aktiviti leisure dan semestinya bersama keluarga tercinta.

Macam kat UiTM Johor nier, masa mid term break merupakan saat yang ditunggu - tunggu oleh setiap pelajar. Masa ini la dapat digunakan mereka untuk kembali ke kampung halaman, rehat dari belajar dan ader gak yang uat part time bekerja. Start hari rabu ari tuer, aku tengok dah banyak student balik maybe pasal tiket bas abis kut. Nak x nak, terpaksalah ponteng kuliah. Bagi yang terpaksa berhadapan dengan lecturer yang straight, niat untuk pulang awal tuer terpaksa la dikenselkan. Biasanya last - last minute b4 cuti nier ader gak lecturer yang uat kuiz....hehehe (memang naya la budak yang balik awal tuer...). Tapi bagi pelajar baru yang memohon PTPTN terpaksa menangguhkan dulu niat nak balik awal pasal esok terpaksa menandatangani perjanjian PTPTN. X pergi jawab gayanya melepas la nak dapat duit beli handphone baru..hahaha.

Aku pulak, memandangkan dah lama x balik kampung saat macam nier la yang paling ditunggu - tunggu. ( 2 bulan aku x balik )...cuti yang ader nier akan aku manfaatkan untuk tujuan berjumpa family, rakan-rakan dan tentunya rindukan FELDA aku. Aku rindu nak pergi Masjid An-Nur, berjemaah kat situ....hehehe....Ramai gak kawan-kawan aku nak berkahwin sabtu n ahad nier...sabtu nier dah planning ngan lie nak pegi umah Ustaz Azrul (umah mertua dier kat Padang Piol)...kenduri kahwin dier...Hopefully, xder apaapa planning last minute la. Hari seterusnya x tau lagi, maybe aku nak uat landskap kat depan umah. lama dah, x uat keje-keje mencantikkan umah kat kampung..........alahai..tinggal 2 jam lagi nak balik Pahang...sabar jer la...adios.....pasni balik dari kampung plak la aku nak update blog nier....hehehe...nak uat camner? bagi la aku rileks puas-puas time cuti nier...hahaha....adios...

Tiada ulasan: