Ramai kawan-kawan tanya, best ke tulis citer kita dalam blog nier?...hhmm..soalan macam nier kadang-kadang menyebabkan aku nak penyepak ajer orang yang tanya macam nier (jawapan senang - ikut suka aku la aku punyer tangan nak tulis..hehehe). Tapi x bleh la jawab macam nier..kurang professional, orang cakap...hehehe. Ok, bagi aku personally bila menulis dalam blog nier aku dapat release tension n dapat berkongsi cerita yang aku rasakan perlu berkongsi ngan korang. Cerita hidup aku, apa yang aku minat, peristiwa semasa dan yang berlaku di UiTM Johor. Bagi aku memang menarik bila dapat menceritakan pada orang tentang diri aku. Lepas nier, kalo sesekali jumpa member x perlu la dier tanya aku duk mana, keje apa, asal mana. Sumer aku dah tulis dalam blog..hahaha. Kan senang?
Bila boring-boring masa keje, sekurang-kurangnyer ader gak la bende aku nak uat. Kalo mengelamun pun x baik gak untuk kesihatan..hehehe. aku harap hasil penulisan aku dapat di jadikan panduan oleh kawan-kawan dan segala opinion aku berkaitan masalah sosial dapat menyedarkan mereka yang terpesong agar kembali ke pangkal jalan..hehehe. Kadang-kadang komen yang diberi oleh rakan-rakan dapat menambahkan ilmu aku di dalam menangani masalah yang berlaku masa sekarang nier......sedar x sedar...memang masalah sosial merupakan masalah yang amat meruncing pada zaman sekarang nier....muka hensem perangai berok apa gunanya...hehehe
Kenapa aku minat muzik underground @ Indie? terus terang aku cakap la...memang life aku dari remaja sampai la nier...influence muzik underground dalam diri aku adalah sangat kuat....Kalo korang perasan la, baju-baju aku kebanyakannya adalah berwarna hitam dan itulah warna kegemaran aku. Bagi aku seluar jeans dan t-shirt merupakan pakaian yang sesuai untuk gaya hidup aku....hidup yang sukakan independent...x terikat ngan apa-apa peraturan...tapi gi opis kena pakai skema gak..hehehe....Aku masih ingat first album yang aku beli masa berjinak-jinak ngan underground nier adalah The Pilgrims..then subculture, ACAB, The Official, Saturnine dan banyak lagi la....Definisi muzik underground yang aku minat x terhad kepada certain muzik sahaja...aku minat hardcore, street music, punk rock dan sebagainya. kadang-kadang biler layan lagu yang kiter minat memang best...biar bingit, janji kita suker...adios.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan