Sabtu, 3 Januari 2009

Kerja....Kerja.....Kerja.....


Salam...

Lama dah x update blog aku nier kerana sibuk ngan keje seharian di opis dan mengupdatekan web department HEA (bleh lihat hasil keje aku dalam web uitm johor - division academic affairs). Aku skang tengah sibuk membuat preparation untuk mesyuarat JAC hari isnin nier, petang semalam plak ada meeting akademik dengan semua pensyarah di UiTM Johor. Hari nier pun aku tetap kena datang opis uat apa yang patut..hehehe. Member2 sejak petang semalam ramai dah balik..tinggal aku jer la cuti2 nier..malam tadi kuar ngan pak su, dier siap belanja aku lagi kat Jementah..hahaha, walaupun petang tuer aku dah bungkus nasi lemak ngan burger tetapi untuk tidak menghampakan beliau, aku tetap juga makan..hehehe. Dalam awal minggu baru nier aku baru perasan ada sekor burung suka duk kat besi wiring letrik depan pintu umah aku. Maybe encik burung nier keseorangan atau maybe disisihkan oleh rakan2 beliau..hehehe. Macam ni la jadinyer kalo xnak campur ngan jiran tetangga macam jiran aku (nama dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan). Semua aktiviti kolej x pernah nak involved langsung. Maybe dier ada dunia dier sendri. Tapi kiter duk kat dunia nier kalo menyendiri memang susah. As conclusion, cari la kawan yang betui-betui kawan. Kawan yang nak menjahanamkam kiter memang ramai, tapi yang betul2 "kawan" memang susah nak cari...Wallahualam.....

Tiada ulasan: