Isnin, 28 September 2009

Nikmat

Memang mendalam.....

Bukan mudah....melupakan segalanya yang menjadi kenangan yang termanis dalam hidup ini....Bukan Senang.....hendak melakukan sesuatu tanpa ada kesungguhan dan azam yang tinggi.....Bukan Free.....semua nikmat yang diberikan oleh Allah, cari lah cara untuk membalasnya.....Bukan terlupa......mensyukuri nikmat yang mendatang......Bukan menangisi....semua dugaan yang mendatang.....Bukan mengeluh.......kesusahan dan kepayahan yang melanda jiwa ini......Bukan ckp2 kosong.......kata-kataku ini.......Bukan pasrah.......tetapi mencari Nikmat yang sebenar.................adios.........

Raya Versi Aku

Salam Kegembiraan, Salam Kemenangan, Salam Kerinduan, Salam Kemaafan.......sesungguhnya salam hari raya sememangnya senang untuk diungkapkan....dikotakan? hanya apabila tiba masa sebegini setahun sekali...hehehehe....mungkin....

Cuti hari raya bermula 18 Sept - 27 Sept 2009 digunakan sepenuhnya aku untuk mengubat kerinduan terhadap kampung halaman. Tapi sesetengah org tanya, rindu sangat ke kat kampung? Bagi perantau macam aku, sememangnya waktu begini akan ditunggu-tunggu. Ok la, baik aku citer pasal raya aku.

Raya ke-Satu

Bangun seawal pukul 5.30 sememangnya merupakan satu rutin harian aku. Tapi untuk pagi raya tersebut, aku lebih bersemangat (maklum la penangan Man Utd menang ke atas Man City). Sesudah balik dari masjid, tempat utama yang dituju tentunya meja makan dan mengangkat tudung saji...hehehehe. Pukul 8.00 pagi dah bersiap ke masjid untuk bersama-sama jemaah yang lain memuji-muji keagungan Illahi. Balik sembahyang raya, ikut rombongan lorong beraya dari rumah ke rumah. Aktiviti ini sememangnya rutin setiap tahun untuk lorong aku. Pada kali ini, rumah aku menjadi destinasi terakhir rombongan tersebut. Aku di beri peluang berucap, kata-kata aku "walaupun kita bergembira di hari raya, jgn dilupa pada yang tiada, sentiasa lah berdoa untuk kesejahteraan mereka di alam sana"...begitu la lebih kurang...kuikuikui. Balik jer dari beraya dah dekat Zuhur, nak x nak kena ngecas (tido) untuk hilangkan letih...hehehe. Petang pergi beraya di Jengka, umah sedara belah mak (belah ayah sumer kat Perak, jauh nak pergi tuer...hehehe)....Malam? Aku raya umah aku sendiri...hehehehe

Raya ke-Dua

Pagi reraya kat umah member (malu la plak, tetua cenggini beraya...hehehehe), Petang, layan anak buah yang memang ramai, jenuh la (mengalir air mata aku biler bagi duit ang pow - mengenangkan nasib diri, makan apa la lepas raya nier) kaler biru x nak, sekurang-kurangnya kaler merah....nasib2, hidup ngan bebudak zaman sekarang...hahahaha.

Raya ke-Tiga

Dah ramai rakan ngan sedara datang beraya ke umah, kuih raya + juadah raya terpaksa di topup berulang kali demi memenuhi kehendak pengguna. Penawaran mesti la melebihi permintaan (ekonomi la plak). Pertukaran buah tangan sememangnya menjadi kelaziman bagi yang ada sedara nier, tupperware memang kena ready banyak...hehehehe.

Raya ke-Empat

Raya dah x terasa sangat dah, aktiviti berjalan ke Bandar Jerantut dan Temerloh merupakan agenda utama...hehehehe. Permandangan pohon kelapa sawit diselangi lembu-lembu ditepi jalan (mat rempit yang melepak pun dah macam lembu..hehehe), sememangnya menggamit memori silam.....cepat nyer masa berlalu, kalau dapat diundurkan.........kan seronok....adios...

Itu la raya aku, nak kata syok, x jugak...boleh tahan la.....hehehehehe

Rabu, 16 September 2009

Mood Raya

TQ Cik Da for the photo...

X sabar rasanya nak tunggu esok, kalau boleh cepatkan waktukan best...hehehe. Kalo aku bela doraemon kan bagus, boleh pinjam mesin masa dia. Biler sebut balik raya, teringat masa tahun lepas. Aku masih ingat kejadian tuer adalah pada hari jumaat (pasal aku bercadang nak jamak dengan solat asar). Perjalanan yang jauh melalui jalan lurus di Muadzam memang melekakan pemandu macam aku nier. Accident yang di alami aku sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap aku (aku masih fobia jalan muadzam, memastikan jarak keter aku ngan keter kat depan dalam 1 meter, memastikan aku sentiasa segar dalam perjalanan). Oleh sebab itu, aku bercadang membeli kereta yang lain dan pada raya kali ini tentunya aku akan beraya dengan keter lain plak. Keter wira aku hanya biarkan digunakan oleh ayah aku dikampung.

Hari nier suasana mood raya tuer memang terasa, terasa berat jer tangan nier nak buat kejer-kejer yang susah. Lagu raya plak terus berkumandang, email ucapan raya dari kawan-kawan admin dan lecturer UiTM Johor sudah cukup membuatkan fikiran aku terus melayang-layang. Staf aku yang paling awal bercuti tentunya Hamzah (budak Kedah). Malam tadi sempat berbuka puasa bersama-sama dengan staf unit cetak + staf lelaki HEA + Epul + Ustaz Imad. Aku plak? terus menghitung waktu sehingga ke saat ini.......

Isnin, 14 September 2009

Green Day - 21 Guns

Do you know what's worth fighting for?
When it's not worth dying for?
Does it take your breath away
And you feel yourself suffocating?

Does the pain weigh out the pride?
And you look for a place to hide?
Did someone break your heart inside?
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

When you're at the end of the road
And you lost all sense of control
And your thoughts have taken their toll
When your mind breaks the spirit of your soul
Your faith walks on broken glass
And the hangover doesn't pass
Nothing's ever built to last
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I
Did you try to live on your own
When you burned down the house and home?

Did you stand too close to the fire
Like a liar looking for forgiveness from a stone?
When it's time to live and let die
And you can't get another try
Something inside this heart has died
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky
One, 21 guns
Lay down your arms, give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky, you and I

Syawal yang di nanti hampir tiba

Maaf di pinta....

Jemput la beraya di rumah kami.....

Salam

Tinggal seminggu jer lagi, kami warga HEA UiTM Johor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada yang mengenali diri kami terutama rakan-rakan yang mengenali, bekas rakan sekerja terutama Khalid dan En Khairul dan seterusnya pelajar-pelajar UiTM Johor. Aku pun petang Khamis dah bertolak balik ke Pahang. Cuti seminggu rasanya sudah cukup melepaskan rindu bagi perantau macam aku nier...hehehehe....tapi sementara nak bergembira tuer, cari la pahala banyak-banyak bulan-bulan pose camnier.....

CANON

Aku jalan2 ronda2 pusing2 tengok blog orang..terjumpa la aku blog mamat neh..takde muka takde gambar..yang aku nampak gambar gitar tong dia ngan badan dia separuh..nak kekal misteri la tuh..cheh..aku tak kenal dia dan dia tak kenal aku..ape yang menarik perhatian aku ialah C.A.N.O.N...iye kawan kawan CANON..tapi bukan camera CANON..tetapi ialah lagu CANON..selama neh aku asik tengok budak Korea(ye ke korea??tak pasti oke..) main tanpa menunjukkan wajahnye yang tak berape nak kiut tuh..yang tuh versi rock..yang dah di ubah suai susunan lagu dan bunyiknya..tapi apa yang memeranjatkan aku adalah aku dah jumpa versi asal lagu neh..yang dimodifikasikan oleh Johann Pachelbel..(betul ke aku eja nama neh..)ataupun lagu nie memang dia yang gubah..aku tak dapat nak pastikan pasal tuh..yang aku tau Johann nie maen dalam tuning Drop D..ada jugak versi tuning C..aku tak tau plak yang mana satu betul neh..terlalu ghairah sampai aku tak reti nak mencari asal usul lagu neh..

Tak banyak yang aku tau..cuma lagu nie digubah pada tahun 1680 lagik..hahahaha..selama neh lagu tido yang aku maenkan sebelum aku masuk tido adalah satu lagu yang tak bertajuk dan tergantung..di mana aku asik dengar lagu neh dalam2 drama2 melayu jek..memang tak abes pun..so lagu tuh tergantung..bila aku dengar jek lagu neh..O0O..rerupanya lagu ni bertajuk Canon in D..waahh...hmm..aku dah terlalu teruja dah neh..dah terlalu seronok dah..aku taktau nak cakap ape lagik dah..kalo korang nak lagu neh aku bleh kasik..nnt korang just klik jek link kat bawah neh..aku chow dulu....adios....

Pachelbels Canon in D Piano Version

Ahad, 13 September 2009

Sabtu & Ahad

Salam

Sesuatu yang dirancang memang susah untuk dibuat tambahan pula apabila cuti hujung minggu. Macam kami di Segamat nier, mana ada tempat yang boleh dikatakan heaven utk org muda mcm aku nier. Nak x nak, memang kena kuar.

Hari Sabtu

Seawal pukul 11, aku ngan epul bergerak ke Melaka. Target utama tentunya Melaka Mall (pasal ada sales Parkson). Dapat la aku tambah baju selai dua. After that, pegi ke Pahlawan Mall (targetnya adalah Al Ikhsan). Punya la banyak org shopping...hehehehe. Malam plak, aku tawaf satu hostel tengok benda-benda buruk yang bdk SR buat. Kesannya byk, tapi bebudak bilik yang diserbu entah ke mana perginya. Time aku uat spot check, pandai plak menyuruk. Kul 12.30 malam - 2.30 pagi terpaksa berjaga psl ada game MU, berbaloi berjaga maklum la MU menang 3-1 ke atas Totteham Hotspur....hehehehe. Iftikhar bengkek jer aku sms kutuk Arsenal kalah malam tadi, teruk plak tuer kena ngan Man City. Adebayor menggila betui atas kelab lama dier.

Hari Ahad

Kul 10 bergerak ke kedai keter, aku ingat nak servis absorber belakang keter aku. Pastu jalan kedai kat Taman Yayasan, tinted signal depan. Petang plak, menghadiri program sumbangan derma untuk penduduk Kampung Jabi yang miskin. Hujan yang renyai-renyai tentunya membangkitkan suasana syahdu bila mengenangkan nasib org yang susah. Ada anak, tetapi telah ditinggalkan dan dilupakan... Kadang-kadang aku terfikir, mudahnya anak-anak melupakan susah payah ayah ibu mereka membesarkan mereka. Tapi bila dah berjaya dan berpangkat, mak ayah pun disisihkan. Bagi mereka isteri dan harta benda merupakan benda yang paling penting dalam hidup. Mohon perlidungan Allah agar aku x tergolong mcm mereka.

Begitu la lebih kurang cerita hujung minggu aku.....adios....

Jumaat, 11 September 2009

Balik Beraya

Tahun nier nampak gayanya seminggu lebih aku akan beraya. Hari jumaat dah stat amik cuti, Epul plak lagi awal dari aku (khamis dah cuti...hehehe). Kuih raya pun dah banyak aku beli, nampak gayanya raya nier mak aku x perlu buat dan beli kuih (lagipun mak aku kurang sihat)...still x baik-baik, risau betul aku. Ubat dah banyak makan, tapi selera makan tetap xder lagi. Afif pun demam gak, minggu nier langsung x pergi sekolah. Bila difikirkan, nak ajer aku balik minggu nier...hehehehe.

After raya, rasanya akan lebih mencabar. Aktiviti Peperiksaan bakal bermula tambahan pula bermula semester ini aku akan mengetuai perjalanan peperiksaan tanpa mentor aku. Harapan aku hanyalah staf yang berdiri teguh kat belakang aku. Exam yang bermula 28 Okt - 15 Nov 2009 tentunya menerbitkan rasa resah pada students UiTM, tambah-tambah lagi bagi budak yang malas pegi kuliah. Budak-budak nier akan di hadapkan ke tatatertib - nampaknya still bdk2 bermasalah sebelum ni turut serta lagi sekali seperti J dan RP (bukan nama sebenar). Memang x sedar-sedar diaorang ni. Tadi RP datang opis amik surat amaran, kebetulan aku duk kat depan. Aku sempat nasihat beliau, kalo x berubah memang la dia x sayang mak bapak dier.

Nampaknya dah seminggu lebih Faizul (yang menggantikan Khalid) duk kat HEA nier. Banyak gak la ilmu yang aku turunkan pada dier. Maklum la, dier kan masih dalam tempoh pembelajaran di setiap bahagian. Minggu depan, dier akan ke HEP. Belajar ngan Epul la plak. Minggu nier pun aku kurang sibuk, boleh la ajo sikit-sikit. Dari operasi bilik kebal sampai la pembelian utk pejabat...hehehehe. Pagi tadi lebat sembang ngan dier pasal bonus. Dier ckp ramai kawan-kawan x pueh hati (maklum la hanya kump sokongan jer dapat). Nasib baik gaji masuk harini, rasa banyak jer duit.....hehehe. Dan tentunya FaceBook menjadi medium utama menyatakan ketidakpuehatian mereka..hehehe. Ahhh, apa nak dibisingkan. Rezeki nier Allah dah tetapkan, terima jer la.

Esok nak kena buat perancangan rapi, apa lagi aku x beli utk raya nier. Baju ngan seluar Jeans dah ada, baju melayu n sampin dah ada, kuih raya dah ada, PTPTN dah bayo, Bil dah bayo, alamak? lupa plak keter wira kat kampung tuer pun kena bayo gak. Esok lepas balik keje la kuar bandar jap bayar.....

Apa aku merepek nier.......tido la dah kul 1.30 pagi nier. Kang sahur x bangun plak...hehehe...adios

Lagu Raya

Setiap kali bila hampir nak raya, mendengar lagu-lagu berkonsepkan raya sememangnya satu perkara wajib bagi anak perantau seperti aku. Dari zaman belajar sampai la sekarang ni. Sejak dari awal minggu baru ni, sapa yang masuk bilik aku mesti akan dengar lagu raya dari PC aku. Antara lagu raya kegemaran aku :

Fazidah Joned - Selamat Hari Raya
Rafeah Buang - Bila Tadbir Bergema
Sanisah Huri - Selamat Hari Raya
Spider - Rindu Raya
Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran
Hail Amir & Uji Rashid - Seloka di Hari Raya
DJ Dave - Menjelang Hari Raya
Jalil Hamid - dendang Hari Raya
Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri
Ideal Sister - Hari Raya Hari Bahagia
Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
P.Ramlee - Suara Takbir
Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
Jay Jay - Gurindam di Pagi Raya

Download la MP3 yang aku letak nier puas-puas..hehehehe....adios....

Rabu, 9 September 2009

Ziarah

Dunia hanya persinggahan...

Tenanglah sahabatku di sana.....

Adakah manusia sedar bila tiba masanya semuanya akan di tinggalkan. Kenikmatan dunia, kejahilan dunia, kesedapan di dunia dan segala-galanya di dunia. Hanya amalan yang akan di bawa ke sana. Bagaimana setiap amalan itu di hitung. Bahkan bermula dari saat kematian sehinggalah di bangkitkan di Padang Masyhar nanti. Pelbagai tanda dapat di lihat dan tidak dapat di selindungkan lagi selepas kematian mereka.

Apabila hanya batu nisan menjadi petanda sebuah kematian. Dan tentunya kematian ini akan dilupakan oleh orang yang masih hidup. Yang pergi tetap pergi dan yang hidup kenalah teruskan kehidupan di dunia ini. Al Fatihah untuk sahabatku yang telah meninggal dunia......


p/s : Aku pelik, kenapa time raya jer baru kita beriya-iya nak menziarahi mereka?

Ahad, 6 September 2009

Murah

Bila nak beli barang, semua orang nak beli dengan rege yang murah. Member ckp, kalo nak shopping baju bagus pergi bandar-bandar besar berbanding ngan kampung. Kalo kat bandar banyak pilihan ngan ada sales. Kalo barang makanan pulak, ada Tesco, Giant dan Carrefour. Banyak pilihan n parking pun banyak. Teringat pulak masa kat Tekam, tempat yang ditujui untuk membeli belah adalah terhad. Kalo kat bandar jengka just ada Pasaraya Mohamad Sapak(skang dah tutup), Kalo turun Jerantut plak hanya ada Pasaraya Aktif dan Pasaraya Jaya (dah tutup - tinggal bangunan jer) dan kat Temerloh plak ada Plaza Temerloh dan pasaraya depan Bus Stop (nama aku lupa). Skang kat tiga-tiga tempat tuer dah banyak pasaraya yang muncul macam cendawan, jadi peneroka FELDA tentunya mempunyai banyak pilihan.

Aku masih ingat, masa kecik-kecik dulu kalo nak shopping baju biasanya aku akan ke Kuala Lumpur untuk shopping dan tempat utama tentunya The Mall dan Kompleks Sogo. Dulu bila gi KL bukan main seronok, maklum la dapat naik bas ekspress dan intrakota. KL kalo dulu ibarat syurga membeli belah (perasaan jakun biasanya memang menguasai diri), lantas bila balik ke kampung boleh citer-citer kat member sekolah. Dulu, aku akan lepak kat umah abg sulung aku kat kuarters FRIM di Kepong. Biasanya, aku pergi hari jumaat (ponteng sekolah) dan aktiviti shopping plak biasanya hari sabtu. Keluar umah pagi, malam baru balik. Hari Ahad dah balik ke Pahang.

Bila pakai baju branded boleh la eksen sikit (maklum la member2 semuanya baju beli kat pekan sehari...hehehe). Padahal rege beli lebih kurang sama jer...hehehe. Macam barang makanan, nasib baik aku duk FELDA. Di D'Mart macam-macam ada dan peneroka biasanya akan ambil barangan secara hutang yang akan di tolak dari pendapatan di akhir bulan. Ayah aku biasanya akan membuat bajet dimana barang-barang utama biasanya menjadi target di awal bulan. Sekali beli 3-4 ratus dan aku macam biasa menjadi pembawa yang setia di belakang membonceng motosikal. Apa yang unik tentang ayah aku, dia suka membandingkan rege barangan antara kedai-kedai (siap boleh hafal lagi), ini menyebabkan ayah aku sangat berhemah dalam berbelanja. (kadang-kadang kantoi gak apabila rege barang lagi mahal..hehehehe).

Sememangnya rege murah memainkan peranan dalam kehidupan manusia, orang sgt suka kat rege murah.....adios.....

p/s : aku baru balik dari Ayer Hitam tadi- shopping kerepek (ratus gak la abis)....hehehehe

Jumaat, 4 September 2009

Anak Merdeka


Rasa geram dan marah aku terhadap hate malingsial memang membuak-buak...celaka betui...marilah kita sama-sama mengutuk dia nier....

Rabu, 2 September 2009

Seminggu

Aduhai RAMADHAN.......

Dah seminggu lebih aku belayar dalam bulan yang mulia ini..Alhamdulillah..Allah masih mengizinkan diri ini utk terus berbakti di jalanNYA..

Tekad aku......pelayaran ini akan diteruskan dan sauh tidak akan dilabuhkan selagi tidak sampai kepada kemuncaknya..diri ini terlalu kerdil..iman terlalu goyah..

YA ALLAH..apa sbnrnya yang Engkau inginkan?? hanya ENGKAU sahaja dapat memberi petunjuk kepadaku..dia pohon dariku sesuatu yg tulus.namun bkn masanya lagi utkku..kekalkanlah persahabatan ini

YA ALLAH..biarlah sejuta halangan..utuhkan tali ini..redhakanlah persahabatan ini..hanya dgn keizinan dan keredhaanMU sahaja persahabatan ini akn berkekalan..ana harap segala keraguan akan terbongkar..hanya ENGKAU YA ALLAH lebih mengetahui..