Bila nak beli barang, semua orang nak beli dengan rege yang murah. Member ckp, kalo nak shopping baju bagus pergi bandar-bandar besar berbanding ngan kampung. Kalo kat bandar banyak pilihan ngan ada sales. Kalo barang makanan pulak, ada Tesco, Giant dan Carrefour. Banyak pilihan n parking pun banyak. Teringat pulak masa kat Tekam, tempat yang ditujui untuk membeli belah adalah terhad. Kalo kat bandar jengka just ada Pasaraya Mohamad Sapak(skang dah tutup), Kalo turun Jerantut plak hanya ada Pasaraya Aktif dan Pasaraya Jaya (dah tutup - tinggal bangunan jer) dan kat Temerloh plak ada Plaza Temerloh dan pasaraya depan Bus Stop (nama aku lupa). Skang kat tiga-tiga tempat tuer dah banyak pasaraya yang muncul macam cendawan, jadi peneroka FELDA tentunya mempunyai banyak pilihan.
Aku masih ingat, masa kecik-kecik dulu kalo nak shopping baju biasanya aku akan ke Kuala Lumpur untuk shopping dan tempat utama tentunya The Mall dan Kompleks Sogo. Dulu bila gi KL bukan main seronok, maklum la dapat naik bas ekspress dan intrakota. KL kalo dulu ibarat syurga membeli belah (perasaan jakun biasanya memang menguasai diri), lantas bila balik ke kampung boleh citer-citer kat member sekolah. Dulu, aku akan lepak kat umah abg sulung aku kat kuarters FRIM di Kepong. Biasanya, aku pergi hari jumaat (ponteng sekolah) dan aktiviti shopping plak biasanya hari sabtu. Keluar umah pagi, malam baru balik. Hari Ahad dah balik ke Pahang.
Bila pakai baju branded boleh la eksen sikit (maklum la member2 semuanya baju beli kat pekan sehari...hehehe). Padahal rege beli lebih kurang sama jer...hehehe. Macam barang makanan, nasib baik aku duk FELDA. Di D'Mart macam-macam ada dan peneroka biasanya akan ambil barangan secara hutang yang akan di tolak dari pendapatan di akhir bulan. Ayah aku biasanya akan membuat bajet dimana barang-barang utama biasanya menjadi target di awal bulan. Sekali beli 3-4 ratus dan aku macam biasa menjadi pembawa yang setia di belakang membonceng motosikal. Apa yang unik tentang ayah aku, dia suka membandingkan rege barangan antara kedai-kedai (siap boleh hafal lagi), ini menyebabkan ayah aku sangat berhemah dalam berbelanja. (kadang-kadang kantoi gak apabila rege barang lagi mahal..hehehehe).
Sememangnya rege murah memainkan peranan dalam kehidupan manusia, orang sgt suka kat rege murah.....adios.....
p/s : aku baru balik dari Ayer Hitam tadi- shopping kerepek (ratus gak la abis)....hehehehe
1 ulasan:
Salam Bob,kalau terus ke simpang renggam ada tempat usahawan kerepek (IKS)...murah dan boleh rasa...tapi bulan puasa dah...kebanyakan kerepek di Air Hitam tu datang dari sini...kalau rajin terus ke kampung saya dan Jaja di Ayer Baloi...adios
Catat Ulasan