Salam Kegembiraan, Salam Kemenangan, Salam Kerinduan, Salam Kemaafan.......sesungguhnya salam hari raya sememangnya senang untuk diungkapkan....dikotakan? hanya apabila tiba masa sebegini setahun sekali...hehehehe....mungkin....
Cuti hari raya bermula 18 Sept - 27 Sept 2009 digunakan sepenuhnya aku untuk mengubat kerinduan terhadap kampung halaman. Tapi sesetengah org tanya, rindu sangat ke kat kampung? Bagi perantau macam aku, sememangnya waktu begini akan ditunggu-tunggu. Ok la, baik aku citer pasal raya aku.
Raya ke-Satu
Bangun seawal pukul 5.30 sememangnya merupakan satu rutin harian aku. Tapi untuk pagi raya tersebut, aku lebih bersemangat (maklum la penangan Man Utd menang ke atas Man City). Sesudah balik dari masjid, tempat utama yang dituju tentunya meja makan dan mengangkat tudung saji...hehehehe. Pukul 8.00 pagi dah bersiap ke masjid untuk bersama-sama jemaah yang lain memuji-muji keagungan Illahi. Balik sembahyang raya, ikut rombongan lorong beraya dari rumah ke rumah. Aktiviti ini sememangnya rutin setiap tahun untuk lorong aku. Pada kali ini, rumah aku menjadi destinasi terakhir rombongan tersebut. Aku di beri peluang berucap, kata-kata aku "walaupun kita bergembira di hari raya, jgn dilupa pada yang tiada, sentiasa lah berdoa untuk kesejahteraan mereka di alam sana"...begitu la lebih kurang...kuikuikui. Balik jer dari beraya dah dekat Zuhur, nak x nak kena ngecas (tido) untuk hilangkan letih...hehehe. Petang pergi beraya di Jengka, umah sedara belah mak (belah ayah sumer kat Perak, jauh nak pergi tuer...hehehe)....Malam? Aku raya umah aku sendiri...hehehehe
Raya ke-Dua
Pagi reraya kat umah member (malu la plak, tetua cenggini beraya...hehehehe), Petang, layan anak buah yang memang ramai, jenuh la (mengalir air mata aku biler bagi duit ang pow - mengenangkan nasib diri, makan apa la lepas raya nier) kaler biru x nak, sekurang-kurangnya kaler merah....nasib2, hidup ngan bebudak zaman sekarang...hahahaha.
Raya ke-Tiga
Dah ramai rakan ngan sedara datang beraya ke umah, kuih raya + juadah raya terpaksa di topup berulang kali demi memenuhi kehendak pengguna. Penawaran mesti la melebihi permintaan (ekonomi la plak). Pertukaran buah tangan sememangnya menjadi kelaziman bagi yang ada sedara nier, tupperware memang kena ready banyak...hehehehe.
Raya ke-Empat
Raya dah x terasa sangat dah, aktiviti berjalan ke Bandar Jerantut dan Temerloh merupakan agenda utama...hehehehe. Permandangan pohon kelapa sawit diselangi lembu-lembu ditepi jalan (mat rempit yang melepak pun dah macam lembu..hehehe), sememangnya menggamit memori silam.....cepat nyer masa berlalu, kalau dapat diundurkan.........kan seronok....adios...
Itu la raya aku, nak kata syok, x jugak...boleh tahan la.....hehehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan