X sabar rasanya nak tunggu esok, kalau boleh cepatkan waktukan best...hehehe. Kalo aku bela doraemon kan bagus, boleh pinjam mesin masa dia. Biler sebut balik raya, teringat masa tahun lepas. Aku masih ingat kejadian tuer adalah pada hari jumaat (pasal aku bercadang nak jamak dengan solat asar). Perjalanan yang jauh melalui jalan lurus di Muadzam memang melekakan pemandu macam aku nier. Accident yang di alami aku sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap aku (aku masih fobia jalan muadzam, memastikan jarak keter aku ngan keter kat depan dalam 1 meter, memastikan aku sentiasa segar dalam perjalanan). Oleh sebab itu, aku bercadang membeli kereta yang lain dan pada raya kali ini tentunya aku akan beraya dengan keter lain plak. Keter wira aku hanya biarkan digunakan oleh ayah aku dikampung.
Hari nier suasana mood raya tuer memang terasa, terasa berat jer tangan nier nak buat kejer-kejer yang susah. Lagu raya plak terus berkumandang, email ucapan raya dari kawan-kawan admin dan lecturer UiTM Johor sudah cukup membuatkan fikiran aku terus melayang-layang. Staf aku yang paling awal bercuti tentunya Hamzah (budak Kedah). Malam tadi sempat berbuka puasa bersama-sama dengan staf unit cetak + staf lelaki HEA + Epul + Ustaz Imad. Aku plak? terus menghitung waktu sehingga ke saat ini.......
2 ulasan:
salam bro...ape kabo awok, kas baik je....sedih kas baca catatan lama awak tu pepun selamat hari raya lahh.wassalam
Salam Tanpa Nama
Kas baik jer, tuer la kadang-kadang pengalaman memang mendewasakan kita...adios....salam raya gak uat aok...
Catat Ulasan