Ni aku amik dari kulit album terbaru Butterfingers, banyak gak lagu yang best..dapatkan yang ori di pasaran. Sokonglah Industri muzik tanahair..
Salam....
Satu jamuan berbuka puasa bersama ketua-ketua jabatan di daerah Segamat telah dijalankan dengan jayanya di UiTM Johor semalam dan secara tidak langsungnya aku turut terbabit. Dan satu masalahnya aku sebelum ini belum pernah menghadiri majlis yang penuh protokol ini. Ketika def-def kehormat yang lain segak berpakaian lengkap baju melayu dan bersampin, aku bersama Epul dan Khalid hanya berpakaian baju melayu tanpa sampin. Segak plak rasanya untuk bersalaman dengan def-def kehormat ni. En Khairul juga telah memberi panduan berkaitan perkara tersebut dan mungkin selepas ini aku kena ikut protokol la kut...hehehe
Semalam memang banyak orang..dari ketua jabatan, staf UiTM dan pelajar sendiri. Makanan yang dihidangkan juga agak banyak. Cukup kenyang..hehehe. Tapi tengah malam tu kami keluar lagi, Haji Ros ajak (secara paksa plak tu) so pegi je la..tapi aku keluar makan kentang goreng jer kerana rasa kenyang lagi.Tapi kali ni kami pegi kedai makan yang x pernah pergi sebelum ni (Lokasi di Bukit Siput - belakang kedai ni ader rail keretapi)...
Balik dari keluar tu, hantar la message kat dia...ingat ke dah tidur rupanya berjaga lagi..so sembang je la dalam msg..tup-tup aku yang tidur dulu...hehehe (mengantuk sangat). pagi ni sahur macam biasa kul 5 (aku makan ayam goreng ngan roti jer...janji makan). Pagi ni ader meeting ngan petang kang. So hari ni agak sibuk la juga.
Ya ALLAH, engkau permudahkanlah perjalanan hidup aku hari ni...engkau permudahkanlah segala urusanku sesungguhnya engkau maha mengetahui segalanya...amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan