Isnin, 22 September 2008

Majlis Berbuka Puasa.....

Bersama rakan-rakan di UiTM Johor...senyum lebih masing-masing

Penuh gak Masjid As-Syakkirin semalam..kain penghadang pompuan terpaksa dibuka untuk menampung jemaah pompuan
Salam....

Tinggal seminggu lebih je lagi kita nak berpuasa ni...hehehe. Untung-untung berjumpa la malam Lailatul Qadar, malam seribu nikmat dan keberkatan..semalam ada majlis berbuka puasa perdana bagi kolej-kolej di sektor B (kolej pelajar perempuan) memang ramai ummah lebih kurang 2000 juga la sehinggakan sembahyang maghrib berjemaah terpaksa diadakan 3 kali. Makanan semalam banyak juga la yang sedap seperti ayam masak kurma, nasi beriani n macam-macam lagi la dan aku macam biasa la terpaksa menghadirkan diri kerana aku merupakan pegawai pembangunan pelajar di UiTM Johor ni. Semalam aku makan nasi awal, biasanya selepas solat maghrib baru aku makan nasi mungkin sebab aku rasa lapar sangat kut..hehehe.
Sebenarnya semalam aku pergi Melaka, kebetulan letrik di UiTM Johor ni xder kerana di selenggara. aku pergi ke Melaka semalam menaiki Mercedes Haji Ros Hairi bersama Epul, Basha dan wife Haji Ros sendiri. Tapi wife Haji Ros ke rumah ayah dier, jadi kami2 je la yang shopping di Bandar Hilir. Semalam just singgah Pahlawan Mall dan Jaya Jusco jer kerana memang penat giler lagipun nak kejar masa balik ke Majlis Berbuka Puasa....hehehe.
Balik dari Melaka kami ikut Sg Rambai..memang best view kat sini..sawah padi dan suasana kampung...hehehe...teringat gak la kampung halaman cuma bezanya tempat aku kelapa sawit....pukul 11 karang ader meeting AJK sambutan raya UiTM Johor plak jadi kena la pegi sana. Rasanya lepas raya memang aku sibuk giler la, dah nampak dah gambaran kerja aku kat bahagian ni memang susah (time table dah dapat pagi nie)..jadi pagi tadi aku sibuk gak la uruskan hal-hal ni...walau bagaimanapun minggu ni mood rayer memang meluap-luap ni...asyik dengar lagu rayer jer dari PC staff sampai la PC aku sendri..rindu betul pada keluarga kat kampung.....aku sayang semuanya, aku rindu semuanyer..insyaallah seminggu kat saner akan aku gunakan sepenuhnya...hehehe..pasal stat 16hb 10 nanti memang keje tahap tension ler..hehehe..ok sampai sini jer coretan aku uat hari ni....selamat berbuka dan mencari malam Lailatul Qadar, semoga semuanya berolah keberkatan..amin..

Tiada ulasan: