Meriahnyer nak dekat rayer nih...semua orang shopping
Yang ni bukan kat Segamat, tapi kat KL la....hehehe
Salam......
Dah 15 hari kita puasa, sekejap je masa berlalu. Ini menunjukkan yang waktu untuk kita hidup sememangnya tak lama, sebab tu la kita dikatakan hanya menumpang di dunia ini.Di akhirat kelak la tempat kita yang kekal abadi dan penentunya hanya syurga dan neraka. Banyak amal di dunia, insyaallah syurga la jawapannya dan banyak dosa neraka la jawapannya. Jadi Allah dah memberi kita satu bulan yang penuh kenikmatan dan keinsafan di dalam mencari pahala sebanyak-sebanyaknya iaitu bulan ramadhan, jadi bersyukurlah kita....Start malam ni jangan lupe plak masa witir satu rakaat ader doa Qunut (start malam 16 sampai la 30, karang mesti ader yang terus sujud..hehehe). Kesimpulannyer, baik gi masjid sembahyang tarawikh ni.
Aktiviti aku hari sabtu dan ahad, ronda-ronda bandar Segamat..hehehe.Hari sabtu jalan sorang-sorang jer pasal housemate sibuk ngan perjanjian PTPTN student pastu petang dier kena gi Muar ader jamuan ngan anak yatim. Pada hari tu aku just survey-survey kedai half cut cari barang-barang yang patut, dan rentetan daripada itu aku berjaya menghabiskan duitku yang agak banyak untuk membeli Seat Mitsubishi Lancer (semi bucket).Mula-mula nak beli Bucket seat SSCUS, sekali terlalu kecik la...x celus, uat sakit badan jer..aku memang puas hati ngan seat yang aku beli tu (kena ikat perut la sampai dapat gaji nanti..hehehe).Petang x banyak aktiviti, so movie la tengok aku (tido la, dpn TV).Maghrib, aku still berbuka di masjid walaupun ramai geng-geng senior xder, balik kampung.cuma ader dalam 5 orang jer kat tempat VIP tu.Untuk tidak membazir, aku pun bungkus lauk sikit untuk bersahur...hehehe
Hari ahad, seawal 10 pagi aku ngan housemate ronda-ronda lagi Segamat kali ni naik keta dier. kitaorang jalan-jalan kedai sparepart tengok-tengok minyak hitam kut2 ader dpt free untuk rayer ni...hehehe. Pastu masing-masing sambar seluar jeans untuk rayer, memang kopak duit..hehe (lagi sekali aku berjaya menghabiskan duit, mana nak korek duit lepas ni x tau la..hehehe). Pastu kitaorang gunting rambut n jalan-jalan kat Bandar lama segamat. Malamnyer, selesai tarawikh kami balik awal pastu layan citer supernatural n borak-borak kosong...lama dah x duk sama-sama tengok tv ni..hehehe..kalo hari keje masing-masing sibuk..hari minggu je la nak jalan-jalan ngan member ni dan merapatkan sillaturrahhin antara kawan-kawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan