Jumaat, 31 Oktober 2008

Tanggungjawab besar seorang Ketua


Salam....


Semua orang rasa gembira bila jadi ketua ni. Dia rasa gembira bila orang hormat dier, panggil boss, encik dan tuan. Ada gak yang bangga diri dan merasakan peluang menjadi ketua ni adalah untuk mengarahkan orang melakukan itu dan ini. Staf pula ada yang suka amik kesempatan terhadap ketua yang baik-baik dan akan berdendam pula kepada ketua yang eksen, berlagak dan suka mengarah ni.


Dan aku dapat merasakan tanggungjawab sebagai ketua adalah sangat berat di masa peperiksaan ini. Adakalanya menyebabkan kita merasa terlalu kecil berbanding staf-staf yang telah berpengalaman ini. Aku harus menjadi seorang good listener dan harus menjadi mentee kepada staf yang berpengalaman di HEA ini. Aku cuba mempelajari sebanyak mungkin berkaitan peperiksaan yang di jalankan dari segi prosedur dan atur jalannya. Salah sedikit memang akan merumitkan keadaan yang sedia rumit. Ada staf hanya melepas tangan dan menyebabkan kita menjadi marah dan hilang sabar. Tetapi melalui apa yang kita lakukan (cara yang dapat menyedarkannya) nescaya staf tersebut akan menjadi malu dan akan berubah sikap. Telah banyak kata mengata antara staf yang pada aku akan menjadi penghalang untuk menubuhkan satu organisasi yang mantap di dalam HEA ini.


Insyaallah. aku akan cuba perbaiki keadaan ini agar semua staf dapat di layan sama rata agar tiada perasaan hasad dengki sesama mereka. Tetapi setakat 3 hari exam berlangsung ini, aku dapati semangat kerja berpasukan adalah sangat penting di dalam memastikan setiap proses berlaku dengan sempurna dan lancar. Gurau senda sangat penting pada situasi yang agak men "stress" kan ini. Semua staf aku percaya semuanya mahukan "perfect" di dalam setiap kerja yang mereka lakukan.


Aku juga sentiasa berdoa agar semua staff di HEA ini dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab agar tiada selisih faham antara mereka. Aku harap peperiksaan akhir pada semester ini dapat menjadi yang terbaik dan terunggul pernah dilangsungkan di sini. Amin...................

Tiada ulasan: