Sabtu, 11 Oktober 2008

Minta Jasa Baik Kawan-Kawan (Doakan Kesembuhan Ayahku)....

Salam........

Malam Jumaat lepas aku bergegas balik ke Temerloh kerana ingin menziarahi ayah aku yang di masukkan ke Hospital Temerloh kerana sakit. Aku sampai Temerloh pukul 11 malam tetapi aku tidak terus ke Hospital. Pagi-pagi lagi aku dah ke Hospital untuk melihat keadaan ayah aku. Betapa sedihnya hati ini apabila melihat Apak (ayah aku) memakai topeng oksigen dan keadaannya amatlah meragukan (condition). Hanya doa yang dapat ku panjatkan pada ALLAH agar menyembuhkan penyakitnya. Airmata aku memang tidak dapat aku tahan dari mengalir kerana selama ini keadaannya adalah sihat. Aku cuba menahan di depannya tapi tidak kesampaian gak. Aku dapat melihat keperitan yang di tanggung olehnya, kesakitan yang hanya Apak yang tahu. Aku pasrah dan redha atas ujian yang di beri ini.

Pagi ini aku menghantar message pada kawan-kawan di UiTM Johor memaklumkan condition Apak. Aku sempat juga meminta Epul memberitahu Ustaz Azrul agar dapat membuat solat Hajat memohon kesembuhan penyakit ayah aku. Di sini juga aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berdoa untuk Apak. Aku maybe amik cuti sampai hari Selasa, kerja-kerja pejabat aku telah meminta Khalid untuk handle semasa ketiadaan aku termasuklah amik kertas soalan hari isnin ni dan menghadiri seminar KIK di Port Dickson (sebagai pemerhati).

Ya ALLAH, beratnya ujian yang engkau beri pada hambamu ini. Aku memohon kepadamu permudahkanlah ujian ini. Engkau sembuhkanlah penyakit ayahku dan panjangkanlah umurnya. Amin Ya Rabbal Allamin..............

Tiada ulasan: