Jumaat, 17 Julai 2009

Tak pernah tengok

Salam

Hari ke-3 aku kat sini, petang nier bakal berakhir Kursus Induksi Khusus. Kursus Induksi Umum pulak aku akan jalani pada 17 - 30 Julai 2009. Pagi tadi lebih kurang kul 11.30 pagi, ada exam untuk khusus nier. Punya la susah, nasib baik aku pandai menggoreng. Nak hafal, bukan zaman belajar dah (ada dengor member sekali induksi kata "otak aku dah tepu"...hehehe), begitu la biler orang tua-tua nier nak jawab exam...hahaha.

Petang nier plak ada taklimat zakat dan skang masih berlangsung. Aku dah rasa ringan sikit (kalo x pening nak menghafal macam2..hehehe). Hari nier, masa sembahyang jumaat kami pergi masjid kat kampung sebelah Pusat Latihan. First time dalam hidup aku, tengok 2 orang makcik jaga budak2 supaya jangan bising. Satu tindakan pencegahan kut..hehehe (macam audit ISO plak). Tempat lain rasanya xder lagi kut. Bila budak2 yang duk kat luar masjid bising, makcik nier la akan menegur. Kuat plak tuer bila marah budak...hehehehe.

Aku suka perhatikan cara makcik tersebut mengawal situasi dan merasakan pertolongan makcik tersebut banyak membantu perjalanan khutbah pada hari ini. Rasanya perkara tersebut perlu digunapakai di mana-mana tempat memandangkan hari jumaat "hari perjumpaan budak2 nak bersembang". Tengok kat masjid An-Nur (kampung aku) dah la. Kita yang duk depan pun x khusyuk dengor khutbah imam, mungkin ini merupakan satu inovasi....Inovasi ke arah kebaikan.....adios

2 ulasan:

Dziauddin berkata...

Wawasan ke warisan? ni mesti park baik punyer kat belakang dewan sambil ber"wire-wireless"..hehe..good luck..cepat confirm cepat kawinnyer..huhu

BOB @ FADIL berkata...

Salam Ustaz...hehehe. Aku lepak warisan. Biasa la lepak kat belakang2 jer....wirelessla...mana dapat tau pasal blog aku. Jgn lupa add link. TQ