Rabu, 8 Julai 2009

Pelajar Baru UiTM Johor

1500 pelajar diploma dan ijazah, bukan satu jumlah yang kecil

Pelajar tua..hehehe

Ready untuk mendaftar....

Kaunter staf aku.....

Kejayaan seseorang bukan hanya bergantung kepada nasib dan hanya berserah kepada Allah SWT tetapi lebih kepada cara kita mengacu hidup kita. Jika jalan yang dipilih betul dan diredhai oleh Allah SWT nescaya kejayaan sentiasa menyebelahi mereka. Itulah yang aku katakan pada pelajar semester satu yang aku ajar semasa modul 1 minggu lepas dan pelajar baru yang duduk di Kolej Sempana Riau. Kehidupan yang penuh mencabar di era globalisasi sering kali mahukan manusia sentiasa kompentetif berbanding rakan-rakan mereka. Hanya mereka yang berusaha lebih dapat mengecapi kejayaan yang diimpikan. Persoalan boleh bawak @ tak program yang dipilih terserahlah kepada empunya diri? Rasa putus asa boleh menyebabkan mereka GAGAL.

Oleh itu, aku berharap mereka yang seramai 1500 orang nier dapat menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara seterusnya mengharumkan lagi nama UiTM Johor di persada antarabangsa dan negara. Rasa sering gentar dan dahagakan kejayaan rasanya dapat menjadikan mereka lebih tabah dan dapat memberikan persaingan yang sihat dalam pembelajaran. Semoga kehidupan BARU yang akan dilalui mereka selama 2 @ 3 tahun ini dapat menjadikan mereka insan yang berguna dan mampu membanggakan orang tua mereka...

Tiada ulasan: