Khamis, 2 Julai 2009

Ikhlas dalam bekerja

yang mana satu kita?

Jika mahu melakukan sesuatu, aku sering terfikirkan Allah dan keluargaku. Aku mahu lakukan yang terbaik, amanah (integriti) dalam kerja sering menjadi fokus utama dalam segala kerja yang aku lakukan. Apabila Mesyuarat Akademik pagi tadi, apabila Pengarah membicarakan isu integriti, aku mula terfikir...adakah kita selalu amanah pada kerja? Amanah menyimpan rahsia, Amanah bekerja mengikut masa yang ditetapkan dan Amanah di dalam menggunakan barang-barang jabatan. Adakah kita betul-betul staf yang menitikberatkan integriti dalam kerja?

Aku sering terfikir, rezeki yang didapati dari sikap tidak amanah dalam kerja adakah halal @ sebaliknya. Siapa yang bakal menanggung segala dosa kita? Adakah kita sanggup memberikan rezeki tersebut untuk anak dan bini kita makan? Jika minum pagi 1-2 jam, petang 1-2 jam. Berapa jam plak kita bekerja dalam seharian? Adakah berbaloi dengan gaji yang kita dapat? Ya @ Tak jawapan anda, hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Tiada ulasan: