Keje. Sesuatu yang akan dilalui oleh semua insan selepas mereka dewasa atau habis belajar. Waktu belajar sememangnya suatu masa yang kalau boleh semua orang mahu ianya kembali. Tak perlu fikir pasal hutang, tak perlu fikir untuk menyara keluarga dan tak perlu fikir nak bayar itu dan ini. Bila memikirkan kenangan semasa belajar, memang kita akan sentisa berfikir, "alangkah seronoknya bila semuanya ditanggung dan diambil berat oleh keluarga (Biasiswa FAMA)...hehehe.
Tapi masa memang cepat berlalu, kelip2 mata dah tua rupanya kita nier. Banyak benda harus difikirkan. Jika ada kekuatan, Insya'Allah semua benda yang dirancangkan dapat diatasi dan diadaptasi dalam diri. Orang selalu memikirkan transformasi dalam diri, tapi mampukah kita? menghadapi segalanya? satu persatu perkara yang berlaku dan berlalu menyebabkan hidup selalu tak tentu arah. Mana kekuatan? mana semangat? mana kewibawaan? mana keimanan? ......Hanya Allah yang mengetahui segalanya......Ya Allah, aku memohon keredhaan dari-Mu untuk aku meneruskan kehidupan ini. Jika ini takdirku, aku rela menerimanya dan menghadapmu.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan