Penyerang England, Rooney merembat deras pada minit ke-73 selepas mendapat hantaran Cristiano Ronaldo untuk United bangkit selepas Nemanja Vidic dibuang padang kerana menyiku pemain lawan di awal babak kedua.
Jaringan tersebut memberikan United musim paling cemerlang selepas kejuaraan Liga Perdana England (EPL) dan Liga Juara-Juara.
Kini kelab itu boleh berbangga dengan kejuaraan kelab dunia, sekali gus menutup mulut pengkritik yang menyifatkan perjalanan jauh yang dilalui United untuk menyertai kejohanan tersebut tidak berbaloi.
Pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson itu juga muncul kelab pertama Britain memenangi kejohanan tersebut sekali gus meletakkan nama sebaris dengan kelab Itali, AC Milan dan kelab Brazil, Internacional dan Sao Paulo.
Bimbang kekurangan pemain yang benar-benar cergas untuk berdepan Stoke City Jumaat ini, Ferguson membuat beberapa pertukaran daripada skuad yang menewaskan Gamba Osaka Khamis lalu dengan Gary Neville, Ryan Giggs, Paul Scholes dan Nani menghuni bangku simpanan.
Sepanjang perlawanan, Ronaldo sentiasa dikawal ketat dan dua kali diterjah keras di awal perlawanan ketika pemain lawan mahu mengeluarkan bola.
Liga terlebih dahulu mencipta peluang malahan hampir mendahului pada minit keempat apabila Jairo Campos melepasi perangkap ofsaid namun rembatannya tersasar.
United membalas menerusi Rooney yang mendada bola selepas mendapat hantaran Vidic di dalam kawasan penalti 10 minit kemudian dan melepaskan rembatan namun ditepis kemas oleh penjaga gol, Jose Cevallos.
Rooney sekali lagi menguji Cevallos beberapa minit kemudian dengan rembatan padu namun ditepis keluar. oleh penjaga gol untuk sepakan sudut.
Ronaldo, yang disifatkan Ferguson memiliki potensi seperti legenda Pele dan Maradona, memikat 68,000 penonton dengan permainan dan gerakan penuh helah.
Pemain sayap Portugal itu menyambar hantaran silang Carlos Tevez pada minit ke-19 namun diselamatkan penjaga gol.
Tidak lama kemudian, Rooney cuba memperdaya penjaga gol dengan sepakan lambung apabila Cevallos meninggalkan kawasan gol namun bola melepasi palang.
Liga mengekalkan disiplin dan cuba meneruskan penguasaan namun ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila kombinasi Rooney dan Tevez yang menghantar bola kepada Rafael di sebelah kanan kawasan gol namun percubaan pemain muda Brazil itu sekali lagi dihampakan oleh penjaga gol.
Park Ji-Sung sepatutnya meletakkan United satu gol di depan tetapi rembatan voli pemain Korea Selatan itu dari jarak enam meter terlalu tinggi untuk kedua-dua pasukan terus kebuntuan jaringan.
United memulakan babak kedua dengan kemungkinan perlawanan berakhir dengan keputusan buruk apabila Vidic dikenakan kad merah pada minit ke-49 kerana menyiku Claudio Bieler.
Walaupun dengan 10 pemain, United tetap beraksi kemas dengan Ronaldo terus mencemaskan Cevallos menerusi rembatan jauh dan Rooney sekali lagi memperoleh peluang menerusi tandukan tetapi bola tepat ke arah penjaga gol.
Sementara itu dalam perlawanan penentuan tempa ketiga, kelab Jepun, Gamba Osaka menewaskan Pachuca dari Mexico 1-0.
Petikan dari AFP
p/s : Aku bangga kerana Man Utd menang..hahaha...jangan jeles...tambah satu lagi koleksi piala la....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan