Apa yang paling menggembirakan hati orang tua?...bukan duit....bukan harta....tapi kasih sayang dan perhatian. Aku rasa setiap orang tua sangat sensitif...sensitif dari segi perasaan dan emosi...Mereka sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang dari anak-anak dier...seperti kata orang dulu-dulu...seorang ibu mampu menjaga seorang anak tetapi mampukah seorang anak menjaga seorang ibu? Adakah jagaan kita sebaik ibu menjaga kita sehingga dewasa? Mampukah kita nak balas jasa mereka? Berapa banyakkah wang yang telah mereka habiskan untuk membesarkan kita? Pada aku rasanya x mampu nak balas jasa mereka yang memang banyak....wang ringgit boleh diberi tetapi adakah mereka gembira? puaskah kita? kita bersenang lenang di bandar tetapi ibu bapa kita di kampung bagaimana? x rugi mengambil berat hal ibu bapa kita, betul x? Jadi anak yang mithali seharusnya tahu aper yang harus dilakukan...Jalan terbaik ziarahlah mereka, sentiasala bertanya khabar mereka dan yang paling penting berdoalah kepda ALLAH mohon berikan kesejahteraan pada ibu bapa kita setiap hari selepas sembahyang. Insyaallah kegembiraan akan terpancar di wajah mereka dan kesihatan mereka akan terpelihara hendaknya. Biarlah orang kata anak mak ker, anak bongsu ker, anak emas ker tapi seorang anak yang soleh seharusnya begitu. Buat kawan-kawan, kata-kata ini bukan menyindir tetapi ianya lahir dari hati sanubari aku sendiri.....Aku sentiasa takut...takut akan satu pemergian yang tidak dirancang...bagi yang dah merasa tentu tahu....yang belum merasa mungkin merasakan saat itu masih jauh....Wallahuallam...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan