Hujung minggu aku selalu ke sini....mandi kolam(Tekam Plantation Resort)
Rasanya aku x pernah cerita pasal tempat kelahiran aku...hehehehe. Ok la, aku merupakan anak peneroka FELDA Sungai Tekam Utara (SUTERA). Ayah aku dah duk kat sini sejak 1973, mula2 duk kat sini memang susah. Api dan air memang xder, bilik plak 1 jer dalam umah tue. Ramai gak yang x cukup kuat untuk menghadapi semua tuer lari dari tanah rancangan nier. Tapi ayah aku memang kuat semangat, dier tahu akan kebaikan menjadi peneroka FELDA nier. Dengan hasil titik peluh sebagai peneroka la yang menyebabkan aku membesar sihat macam sekarang nier. Masa belajar dulu ader gak la yang perlekehkan anak FELDA macam aku nier. Tapi aku x pernah malu untuk menjadi anak peneroka nier walaupun banyak anak-anak peneroka kat tempat aku yang rosak akhlaknya dan kadang-kadang menyebabkan aku kecewa pada anak bangsa aku kat sana. Kalau korang nak tau, aku nier jenis susah nak lepak x tentu hala nier, selain masjid tempat yang aku suka hanyalah umah aku kalo aku balik kampung...hahaha. Bukannya x nak campur ngan masyarakat tapi takut terjerumus dalam lembah penuh kehinaan..hahaha. Tapi jangan pikir aku x pernah rewang masa kenduri kahwin plak. Kalau di tanya orang la, aku rasa yang betui-betui uat keje masa rewang tersebut mesti termasuklah aku. Aku tengok belia-belia yang tolong pun just melepaskan batuk di tangga. Cuma nak rokok pastu bawak lauk balik...tu jer..kul 12 dah cabut dah. Lagipun kawan-kawan aku kat kampung semuanya banyak yang berjaya, yang tinggal hanyalah yang agak gelap masa depan (mat drug la..hehehe). Tu yang uat aku agak kecewa pada kawan-kawan aku.
FELDA aku, alhamdullillah la pasal semua kemudahan mencukupi lagipun bandar jengka sangat la dekat lebih kurang 15 minit jer dari umah aku (x mcm masa duk lepar aritu..rasa mcm jauh sangat nak kuar bandar..hahaha). Walaupun aku daerah Jerantut, tapi bandar jengka la yang paling dekat. Tu pasal aku lebih suka gi sana berbanding Jerantut. Lagipun bandar jengka ni merupakan bandar orang melayu (kedai nama cina n india memang xder kat sini, x bangga ker?..hahaha). Pasar Malam ari sabtu kat Bandar Jengka agak besar mcm kat Dungun gak, mcm2 ader...hehehe. Kat tempat aku plak hari selasa, pekan sehari hari ahad tapi sampai tengahari jer. Berbalik pasal FELDA aku, aku agak x puas hati adalah gerakan belia 4b di tempat aku, macam x jalan langsung. Duit dapat dari kerajaan, tapi xder apa2 pun aktiviti utk anak peneroka. Kalau aku duk sana aku ingat nak uat perpustakaan n bilik ICT kat masjid. Baru nak bincang ngan Imam, kut2 dier bersetuju. Berhampiran umah aku terdapat sebuah resort yang diuruskan FELDA iaitu TEKAM PLANTATION RESORT. Perjalanan dari umah aku amik masa 10 minit jer, memang dekat. Selain tu tempat menarik dekat2 ngan umah aku adalah Gua Kota Gelanggi, Taman Rekreasi Lubuk Yu dan paling penting pokok kelapa sawit..tenang jer bila pegi ladang sawit nier..hehehe.
Kesimpulannya firstly aku bangga jadi anak mak ayah aku, juga sebagai anak peneroka, anak rancangan dan sewaktu dengannya. X pernah terlintas untuk aku meninggalkan bumi tercinta nier. Membesarnya aku, adalah keranamu, kenyangnyer aku kerana kesuburan tanahmu, dan kini ingin rasanya aku berbakti pada mu. Jadi sesiapa yang rasa malu jadi anak peneroka nier buang la sifat tuer, sepatutnya kita kena berbangga dan pulanglah untuk berbakti di sini.
2 ulasan:
Abg Bob, dalam banyak2 entri abg bob, saye paling ske pasal shuffle tuh...klaka n same la saye pun rase macam nak tempeleng je budak2 yang shuffle tuh. tah pape. macam org xde pedoman idup
Hahaha...TQ. Tu la pasal, skang dah ader budaya baru dah. Bakal perosak bangsa. Yang peliknya Cina ngan India xder plak yang terjebak....
Catat Ulasan