Ahad, 2 November 2008

Cuaca.....

Naik keter je la musim hujan nie...hehehe

Bila musim hujan camni semua orang susah hati. Kalo pejabat dalam umah x kesah la, kalo luar umah memang susah tambahan plak yang naik motor. Aku teringat masa aku keje kat Selangor dulu, ujan-ujan pun terpaksa la pegi gak, siap bwk baju spare lagi..hehehe. Kadang-kadang duk jap bawah fly over menantikan hujan kembali reda. Pergerakan menjadi sukar dan ketika inilah banyak kemalangan berlaku. Bukan salah penunggang jer, permukaan jalan yang licin dan lopak yang ditenggelami air menyebabkan prediction penunggang kadang-kadang salah (ingatkan lubang kecik jer, sekali besar bagak la..hehehe. Aku sendri menjadi fobia membawa motor dalam hujan ni kerana 2x aku telah jatuh motor dalam hujan..hehehe. Yang paling teruk masa praktikal kat Pej Daerah Jerantut dulu, siap terbabas. Habis ranap firing RXZ aku..hehehe.

Kat Johor skang, asal petang jer hujan, asal hujan jer petang...hehehe. nasib baik la aku jadi Residen Staf, jadi perjalanan aku dari Kolej Sempana Riau ke opis hanya mengambil masa 2 minit kut (200 meter je)..hahaha. X sempat enjin panas pun dah sampai. Semalam aku bawak motor, arini bawak keter la plak..hehehe.

Apak? sekarang dier masih di Hospital Jengka, x tau la biler bleh kuar psl belum stabil. Mak ckp sejak semalam tumit kaki dier sakit n bengkak. Maybe pasal darah x jalan, x tau la. Walau camner pun aku memang rindu nak balik kampung tgk apak, tapi nak uat camner, exam hari-hari ader, pagi n petang sampai la 18 nov nie. Abis exam baru la aku berpeluang balik kampung. Aku hari-hari sentiasa berdoa agar apak cepat sembuh dan kembali pulih seperti dulu. Aku juga mengharapkan agar ALLAH S.W.T sentiasa merahmati hidup kami sekeluarga dan jauhkan dari perkara yang tidak di ingini berlaku. Insyaallah.......

Tiada ulasan: