Khamis, 13 November 2008

Haruan Makan Anak (Gadis Dirogol Ayah dan Abang)

KUANTAN - Bapa kepada lapan anak dijatuhkan hukuman penjara 51 tahun serta 40 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan semalam selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak perempuannya yang masih bawah umur, Mac dan Disember tahun lalu.


Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain dalam keputusannya semalam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 37 tahun, pekerja kilang dari salah sebuah kawasan perumahan kilang di Kuantan, selepas mengambil kira rayuan tertuduh dan hujah pihak pendakwaan.Tertuduh yang mengalami masalah pendengaran sebelum itu didakwa atas dua tuduhan merogol anak perempuannya sebanyak dua kali antara jam 2 hingga 2,30 pagi, 16 Mac dan 15 Disember 2007 di kediaman mereka sebelum dia berjaya ditahan 4 November lalu setelah mangsa membuat laporan polis.


Ketika kejadian pertama, tertuduh didakwa merogol anak keduanya itu yang baru berusia 12 tahun 10 bulan manakala kali kedua, anak gadisnya itu berusia 13 tahun 7 bulanBagi pertuduhan pertama dia dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun berserta 20 sebatan manakala tuduhan kedua dia dihukum penjara selama 26 tahun dengan 20 sebatan dan hukuman ke atasnya berjalan secara berturutan.Lebih mengejutkan apabila anak sulungnya berusia 17 tahun turut menghadapi tuduhan yang sama secara berasingan dalam Mahkamah Majistret Kuantan apabila didakwa merogol adiknya itu awal pagi, 27 September lepas.Bagaimanapun Majistret Nordiana Abdul Aziz dalam keputusannya membenarkan remaja terbabit diikat jamin RM2,000 dengan syarat tambahan setelah remaja itu mengaku bersalah merogol adiknya yang berusia 14 tahun.Mahkamah kemudiannya menetapkan 7 Januari tahun hadapan sebagai tarikh mendengar keputusan perintah mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 terhadap remaja terbabit.


Sementara itu, Mokhtarudin yang mengalami masalah pendengaran kelihatan tenang dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding mahkamah yang bermula kira-kira jam 2.30 petang semalam.Dia juga mengakui memahami akibat atas pengakuannya bagi kedua pertuduhan yang dihadapi itu malah terus mengekalkan pengakuannya sejurus mahkamah bersambung setelah ditangguhkan seketika untuk penyediaan fakta kes.Bagaimanapun dia yang agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa hukuman ke atasnya berjalan berurutan sehingga boleh sampai 60 tahun penjara berdasarkan peruntukkan hukuman mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang dihadapi iaitu penjara tidak kurang lapan dan tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 kali sebatan.


Tertuduh dalam rayuannya memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan memandangkan dia mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah.Penolong pendakwa raya, Heng Yen Loo dalam hujahnya berkata, dengan mengambil kira fakta kes, tertuduh wajar dikenakan hukuman yang berat apatah lagi mangsa dalam kejadian itu adalah anak kandungnya sendiri.“Sebagai ayah dan ketua keluarga, tertuduh sepatutnya menjadi tempat anak-anak berlindung sebaliknya dia tergamak memusnahkan masa depan anaknya itu semata-mata untuk melepaskan nafsunya,” katanya.


Tambahnya, kejadian itu akan menimbulkan penderitaan mental dan fizikal terhadap mangsa malah trauma yang dilalui itu akan berpanjangan sehingga memerlukan pengorbanan keluarga untuk mendidiknya agar melupakan peristiwa hitam itu.


(Petikan dari Sinar Harian : Mangsa diatas merupakan ex-anak murid aku semasa aku mengajar di SMK Lepar Utara, tak sangka kecil-kecil lagi dia dah menjadi mangsa nafsu serakah dan telah merasai kesakitan yang disebabkan oleh syaitan bertopeng manusia. Imah (bukan nama sebenar) selalu tidak hadir ke sekolah, muram tetapi senyumannya tersimpan seribu rahsia yang dia sahaja mengetahuinya. Aku pernah melihat dier menangis dan apabila di tanya dia mengatakan masalah keluarga. Wallahualam. Aku harap Syaitan - syaitan tersebut mendapat hukuman yang setimpal, bukan sahaja di dunia malahan di akhirat kelak.)

1 ulasan:

FaizalRSD berkata...

Cikgu dulu mengajar SMK Lepar Utara dari tahun bila ya?