Ahad, 30 November 2008

Letih (From Genting to Segamat)

Menara IAB, Genting........


Salam...

Akhirnya aku selamat sampai kat Segamat kul 6.30 petang tadi, skang ni pun aku x balik umah lagi pasal aku turun betul-betul depan opis aku nie n dapati ada staf-staf aku tengah membuat preparation untuk Mesyuarat JAC esok. Masuk jer bilik aku terus check email, dah 3 hari aku tak check email, sekali dapat banyak plak tuer. Dan yang aku paling risau adalah kena pakai pakaian ala ala arab untuk majlis dinner ngan pendaftar pada 3hb nanti. Mana la aku nak rembat pakaian arab nier, dah la saiz susah nak cari..hehehe. Nak tempah memang mengarut jer. Aku xkan pakai pakaian tu untuk gi opis. Uat kena gelak jer..hehehe.

Esok seawal pukul 7 aku dah kena gi opis untuk membuat preparation diri aku plak (ilmu kureng lagi la untuk meeting camnier) kena belajar ngan taiko-taiko sini, at least kehadiran aku kat mesyuarat untuk dirasai. Malam nier aku tengah kumpul material yang bleh support speech aku utk esok..hehehe. Walaupun skang nier aku rasa sangat letih seletih-letihnya...hehehe. Kursus teambuilding tu sangat meletihkan bagi aku.....Skang pun batuk-batuk dan kulit muka aku menjadi kasar (maybe kesan perubahan cuaca Genting ngan Segamat kut..)

Ok la, sampai sini saja coretan aku pada malam nier (kul 11 malam)...aku nak balik tido la..hahaha

Khamis, 27 November 2008

From Segamat to Johor Bharu

Rentetan dari sesi ni la mesyuarat rumusan kat JB diadakan.....


Salam......Akhirnya sampai gak aku kat Segamat malam tadi lebih kurang pukul 11 lebih walaupun di sepanjang perjalanan ditemani hujan yang agak lebat. Nampaknya musim banjir bakal melanda di Johor agaknya. Semalam aku di JB adalah kerana menghadiri mesyuarat rumusan perjanjian program 2010-2011 yang sebelum ini diadakan di Colmar (lihat entri sebelum ni). Mesyuarat dilangsungkan bermula pukul 8 pagi sehinggalah pukul 12 lebih. Habis jer bermesyuarat di UiTM Kampus JB, kami terus bergegas ke Hospital untuk melihat seorang staff unit UPK UiTM Johor yang telah terlibat dalam kemalangan pada sabtu yang lepas. Keadaan pesakit beransur pulih dan mudah-mudahan tuhan menyembuhkan penyakit beliau. Petangnya pula kami ke Nusajaya, Wilayah Iskandar untuk mendengar taklimat berkaitan wilayah tersebut dan selepas itu kami terus ke Port of Tanjung Pelepas (PTP). Jadi sesi petang semalam lebih kepada sesi lawatan. On the way balik Segamat, kami singgah di Taman U, Skudai untuk membeli CD-CD pirate installer (dah lama x beli CD macam nie...hehehe) Aku ada beli beberapa CD OS Windows n software (petang nier boleh la format komputer..hahaha).

Sok aku akan berkursus team building selama 3 hari di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands. Ikut tentatif program kul 7.30 pagi dah kena bertolak ke sana. Jadi hari ni ingat nak pegi bandar cari beberapa barang keperluan untuk menghadiri kursus tersebut...hahaha. Memang aku rasa sangat penat biler memikirkan tentang kursus nier. Letih woooo....Last aku menghadiri kursus macam nier masa kat UiTM Perlis, 2 tahun lepas kat Pendang Lake Resort. Macam-macam peel, dan aku takut mesti kena jadi tuk penghulu lagi..hahaha. Kenapa la orang pilih aku jadi ketua, bukannya aku hensem sangat..hahaha. Hari ni keadaan agak terkawal kerana ramai staff yang menghadiri kursus integriti cemelang kat bilik seminar..aku pun xder banyak keje nak di buat. ok la, sampai sini saja coretan aku untuk hari ni....kalau aku x update esok tu paham-paham jer la..hahaha...adios....

Turtles

Selasa, 25 November 2008

FELDA Di Bumi Pertama (SUTERA)

Tenangnyer rasa biler balik sini....
Hujung minggu aku selalu ke sini....mandi kolam(Tekam Plantation Resort)

Tengah2 hari best lepak bawah pokok kelapa sawit ni..nyaman jer...hehehe


Logo FELDA (bagi yang x tau la..hahaha)

Rasanya aku x pernah cerita pasal tempat kelahiran aku...hehehehe. Ok la, aku merupakan anak peneroka FELDA Sungai Tekam Utara (SUTERA). Ayah aku dah duk kat sini sejak 1973, mula2 duk kat sini memang susah. Api dan air memang xder, bilik plak 1 jer dalam umah tue. Ramai gak yang x cukup kuat untuk menghadapi semua tuer lari dari tanah rancangan nier. Tapi ayah aku memang kuat semangat, dier tahu akan kebaikan menjadi peneroka FELDA nier. Dengan hasil titik peluh sebagai peneroka la yang menyebabkan aku membesar sihat macam sekarang nier. Masa belajar dulu ader gak la yang perlekehkan anak FELDA macam aku nier. Tapi aku x pernah malu untuk menjadi anak peneroka nier walaupun banyak anak-anak peneroka kat tempat aku yang rosak akhlaknya dan kadang-kadang menyebabkan aku kecewa pada anak bangsa aku kat sana. Kalau korang nak tau, aku nier jenis susah nak lepak x tentu hala nier, selain masjid tempat yang aku suka hanyalah umah aku kalo aku balik kampung...hahaha. Bukannya x nak campur ngan masyarakat tapi takut terjerumus dalam lembah penuh kehinaan..hahaha. Tapi jangan pikir aku x pernah rewang masa kenduri kahwin plak. Kalau di tanya orang la, aku rasa yang betui-betui uat keje masa rewang tersebut mesti termasuklah aku. Aku tengok belia-belia yang tolong pun just melepaskan batuk di tangga. Cuma nak rokok pastu bawak lauk balik...tu jer..kul 12 dah cabut dah. Lagipun kawan-kawan aku kat kampung semuanya banyak yang berjaya, yang tinggal hanyalah yang agak gelap masa depan (mat drug la..hehehe). Tu yang uat aku agak kecewa pada kawan-kawan aku.

FELDA aku, alhamdullillah la pasal semua kemudahan mencukupi lagipun bandar jengka sangat la dekat lebih kurang 15 minit jer dari umah aku (x mcm masa duk lepar aritu..rasa mcm jauh sangat nak kuar bandar..hahaha). Walaupun aku daerah Jerantut, tapi bandar jengka la yang paling dekat. Tu pasal aku lebih suka gi sana berbanding Jerantut. Lagipun bandar jengka ni merupakan bandar orang melayu (kedai nama cina n india memang xder kat sini, x bangga ker?..hahaha). Pasar Malam ari sabtu kat Bandar Jengka agak besar mcm kat Dungun gak, mcm2 ader...hehehe. Kat tempat aku plak hari selasa, pekan sehari hari ahad tapi sampai tengahari jer. Berbalik pasal FELDA aku, aku agak x puas hati adalah gerakan belia 4b di tempat aku, macam x jalan langsung. Duit dapat dari kerajaan, tapi xder apa2 pun aktiviti utk anak peneroka. Kalau aku duk sana aku ingat nak uat perpustakaan n bilik ICT kat masjid. Baru nak bincang ngan Imam, kut2 dier bersetuju. Berhampiran umah aku terdapat sebuah resort yang diuruskan FELDA iaitu TEKAM PLANTATION RESORT. Perjalanan dari umah aku amik masa 10 minit jer, memang dekat. Selain tu tempat menarik dekat2 ngan umah aku adalah Gua Kota Gelanggi, Taman Rekreasi Lubuk Yu dan paling penting pokok kelapa sawit..tenang jer bila pegi ladang sawit nier..hehehe.

Kesimpulannya firstly aku bangga jadi anak mak ayah aku, juga sebagai anak peneroka, anak rancangan dan sewaktu dengannya. X pernah terlintas untuk aku meninggalkan bumi tercinta nier. Membesarnya aku, adalah keranamu, kenyangnyer aku kerana kesuburan tanahmu, dan kini ingin rasanya aku berbakti pada mu. Jadi sesiapa yang rasa malu jadi anak peneroka nier buang la sifat tuer, sepatutnya kita kena berbangga dan pulanglah untuk berbakti di sini.


Jauhilah Dosa

Jauhilah dosa !

Dosa adalah kemurkaan Tuhan,

Tinggalkanlah dosa, kerana ia adalah hijab

Di antara hamba dengan Tuhan,

Larilah dari dosa !

Kerana ia menghijab rahmat dari Tuhan,

Jangan sekali-kali buat dosa,

Di dalam perjuangan terhijab bantuan,

Kita akan berhadapan dengan dua kehinaan,

Kemurkaan Tuhan dan kekalahan,

Orang yang berdosa

Orang yang sedang karam di dalam lautan,

Bukan senang hendak diselamatkan,

Orang yang berdosa

Seperti ular yang besar sedang membelit seseorang

Menunggu hendak ditelan,

Orang yang berdosa

Laksana singa yang galak hendak menerkam,

Bukan senang hendak lepaskan diri dari cengkamannya,

Orang yang berdosa

Seorang yang sedang dipeluk oleh seorang yang hodoh,

seluruh badan penuh dengan kudis,

Nanah dan darahnya sedang mengalir

Dengan ulat-ulatnya yang menjijikkan,

Baunya terlalu busuknya,

Meloyakan tekak dibuatnya,

Sekali-kali jangan buat dosa,

Ini adalah perbuatan hina dan sangat memalukan

Mungkin amal ibadah kita, tidak ada nilainya disisi Tuhan,

Tidak mengapa amal ibadah yang sedikit

Tapi tidak buat dosa,

Allah Taala tetap redha,

Apa ertinya ibadah banyak bersama dosa

Tuhan tetap murka.

Isnin, 24 November 2008

Masjid An Nur, Sungai Tekam Utara

Aku rasa tenang bila berada di sini....

Gambar aku amik selepas sembahyang maghrib....

Aku kadang-kadang x paham ngan peneroka kat tempat aku, walaupun ader lebih 500 orang peneroka (x termasuk anak beranak diaorg) tetapi masjid yang indah ini hanya penuh 1 saf lebih jer masa sembahyang 5 waktu, tetapi kalau sembahyang jumaat ramai la pulak. Apa salahnya nyer kalau memakmurkan lagi masjid nier biar meriah. lagipun majlis ilmu dan bacaan Yasin selalu diadakan disini. Bagi aku sendiri di masjid nie la aku mengenal erti satu pengabdian....daripada seorang yang leka pada duniawi kini aku dapat merasakan betul-betul kenikmatan menjadi umat yang soleh dan patuh pada suruhanNYA. Perasaan ini terbit dengan sendirinya kerana aku dapat merasakan kehebatan nikmat berjemaah adalah satu peringkat tertinggi dalam iman kerana aku percaya roh solat adalah Kusyuk. Oleh itu marilah kita sama-sama berjemaah. Penuhkan surau dan masjid kita.....hehehe

Cubaan meniru tapi terkantoi (Taktik terbaru)

Gambar kantoi 1

Gambar kantoi 2


Gambar kantoi 3

Gambar kantoi 4

Gambar kantoi 5

Semester nie terdapat kes membawa nota dan cuba meniru di dalam peperiksaan telah memperagakan teknik terbaru bernama "korang x nampak, tapi atuk aku nampak". Walaupun begitu teknik tersebut telah dapat di hidu (bukan hidu gam) oleh ketua pengawas. Ketiga-tiga kes kantoi meniru untuk exam semester nie semuanya telah menggunakan teknik tersebut. Terimalah gambar kantoi tersebut. Gambar pesalah tidak boleh disiarkan dan diedarkan atas sebab-sebab keselamatan dan juga bertujuan untuk menjaga air muka mak bapak diaorang....hahahaha. Bodoh punya budak.............

Ceria......

Aku harap Apak kembali segar macam bunga nie...walaupun kena salji tetap segar jer.....


Alhamdullillah....Allah masih bagi aku kekuatan untuk menulis pada hari ni. Aku rasa seronok balik kampung minggu lepas. Pertama sekali kerana ayah aku dah kembali sihat walaupun masih belum sepenuhnya (kondisi dalam 80% peratus). Kedua, aku dah berani ikut jalan short cut..hahaha. Tentang ayah aku, dah lama dier x kuar rumah kerana masih belum kuat untuk menaiki motor. Dan sepanjang aku balik ari tu, aku bawak dier sembahyang kat Masjid An Nur, STU setiap waktu dan aku dapat lihat kegembiraan dier untuk kembali sembahyang berjemaah bersama kawan-kawannya. Banyak yang bertanya khabar dan bertegur sapa untuk menanyakan tentang kesihatan ayah aku. Selepas ini aku berharap ayah aku terus sihat dan mampu menaiki motosikal sendiri untuk ke sana dan ke mari. Pertama kali dalam sebulan lebih nier aku tengok berat badan apak agak susut (sebelum sakit 89 kg dan sekarang hanya 77 kg sahaja)....Dan sekarang nie memang selera makan dier bertambah-tambah..hahaha...hopefully naik balik la badan dier....Aku sangat bersyukur, sungguh bersyukur ke hadrat NYA kerana mengembalikan kegembiraan dalam keluarga kami seperti dulu. Cuma sekarang nier makanan apak masih di control...x bleh nak makan mcm2 dah..hehehe...Paberet dier skang nier Epal Hijau je la..sehari 3 biji gak makan...hehehehe...Nampaknya raya haji nanti plak la aku berpeluang jumpa dier......Cuti baru ni pun dapat jumpa member lama Mat Lie kat Jerantut, walaupun sekejap banyak yang kita orang bincangkan...hehehe.. apa apa pun Lie aku harap ko tabah melayan kerenah budak-budak aspura..(macam macam kes terpaksa dier setelkan sorang-sorang pasal semua warden dah lari..hehehe)...jgn terlampau ganaz sangat abih calar keta ko nanti..hehehe

Semalam aku sampai Segamat lebih kurang kul 12 lebih, terus masuk opis tengok email n surat-surat...check2 ader 3 surat panggil kursus n meeting, jadi stat esok petang aku dah nak kena pegi JB untuk meeting rumusan perjanjian program dan bila kat sana nanti aku berpeluang ke PTP dan JSNAC (Iskandariah)....lama dah aku x gi JB nier..hehehe....Jauh JB dari Segamat lebih kurang 2 jam setengah gak la, jadi ptg sok bertolak kul 4.30 pastu check in kat Hotel Putri Pacific...Hari ni agak tenang x sesibuk time exam ari tu..aku pun bleh datang lewat ke opis..hehehe..ok la..sampai sini saja coretan aku untuk hari nie...adios....

Rabu, 19 November 2008

Terkawal...hahaha

Mudah-mudahan perjalanan aku petang kang selamat...amin


Alhamdullilah, exam petang semalam dah setel. So hari nier aku just sibuk uat Laporan untuk boss aku bentang masa meeting JAC pasal examination ni pada 1hb 12 nanti. Jadi pagi nier sibuk dapatkan bahan-bahan yang perlu..hehehe. Dan petang kang aku nak balik Pahang dah (jgn jeles) pasal aku dah lama x balik umah. Hujung bulan ni kena gi IAB kat ngan Genting tu, kursus..tolak satu dah datang satu lagi..hehehe. Nak uat camner, pegi je la. Hopefully report ni aku bleh siap petang nier...



Staf aku pun banyak yang cuti hari ni, ader gak yang kena kursus kat Bilik Seminar. Jadi yang tinggal kat sini x banyak la..hehehe..Kerani yang jaga program kena key-in markah exam budak dan proses ini sangat meletihkan (pada aku la) pasal kena tengok betui-betui markah tu...hehehe. Yang x sibuk pun still kena uat keje gak, kira ok la tu..hahaha. Ok, sampai sini saja story moli aku pada hari ni....isnin depan plak la aku sambung citer aku..kepada yang balik bercuti minggu nier aku ucapkan SALAMAT, yang nak keje aku ucapkan baguih dok ado..hehehe...adios...........salam

Bunkface - Situasi

Diskriminasi menjatuhkan aku

Reputasi kini menjadi bisu

Dan aku, ku layu

Di situ

Mengharapkan sesuatu yang baru

Itulah impian aku

Dan bila kau menghilang

Musnah la, musnah impian

'tuk menggapai bintang

Terangi hidup ku

Ku mahu kau tahu

Engkaulah, destinasiku

Dalam ingatanku oh oh oh...

Kerana diri ini tak daya lagi

Menempuh hidup yang ku temui

Dan aku, ku tunggu oh oh oh...

Di situ

Mengharapkan sesuatu yang baru

Itulah impian aku

** Masuk carta era lagu nier..best best

Shuffle....

Memang anak haram..hahaha

Gaya yang amat mengaibkan...... punya la ramai anak melayu

Macam khinzir..teremosional la pulak..hahaha

Lokman pernah tanya aku pasal tarian shuffle (macam breakdance) kerana budak-budak skang sangat suka tarian nier. Dier pernah tengok Yak menari tarian nier dalam kelas..hahaha. Aku x tau la pulak pasal tarian nier dulu, yang aku tau berpogo je la (tarian budak ska n skinhead). Rupa-rupanya tarian nier sangat popular bagi budak-budak sekolah dan universiti baik utara dan juga kat selatan (Segamat pun kena tempias budaya nier gak). Nampaknya skang dah jadi zaman Gila Gila Remaja dah (kalo tgk citer nier tau la)..hehehe.

Bagi aku selagi budaya nie x menjadi masalah xper, tapi kalo dah jadi penyakit kepada anak melayu baik pihak yang bertanggungjawab ambil tindakan sewajarnya. Tapi bila dah kumpul ramai-ramai nier pasti ader masalah sosial, betul x? Dan yang merana pastilah mak bapak..tau-tau anak dah @#$%%#, sapa yang malu? jadi sebelum terjadi benda nie baik cari jalan nak selesaikannyer. Berkaitan dengan tarian SHUFFLE ni.... adehhh mcm poyo ja.... wakakakaka... aku rasa sama la mcm lari setempat ja... dah la kaki meleret.... memalukan betul sapa buat... tapi memang aku tak bleh tengok org shuffle skang ni... rasa mcm nak pergi tampar ja orang tu.........wakakkakakaka.... apsal la budak2 zaman skang ni tak nak menari tarian negara kita lagi... asyik nak tiru tarian belah barat.... adehhh.... ... pastu pasang lagu yang mcm techno2 dan lagu2 mcm black metal tu.... cukup la ni saja aku ngutuk depa, aku harap yang gian nak shuffle tu renti-rentikan la......hehehe

p/s: Pesanan uat Abg Lok, baik ko uat sesuatu pada ternakan kita nanti, jangan sampai terlanjur..hahahaha

Selasa, 18 November 2008

Akhirnya......

Abis jer exam, Bilik Gerakan Peperiksaan ni bakal ditutup pintunyer..hahaha


Hari ni merupakan hari last student UiTM ber "examination" di seluruh Malaysia, begitu juga kat Kampus Segamat ni...hehehe...so maybe petang nier kolej-kolej akan lengang kerana ramai budak-budak akan balik ke kampung halaman. Aku gak kene keje, dulu-dulu boleh la (time jadi student la)..hehehe. Malam tadi pegi uat spot check kat Kolej Sempana Riau ngan Epul (cadang-cadang nak tangkap setan yang main mercun time-time last day ni) tapi x jumper la plak. Cepat betui dier hidu pergerakan kami. Kalau dapat tau la..hahaha. Time-time nak balik nier aku tengok sampah-sampah kat setiap lorong memang banyak (pasal student UiTM diwajibkan uat clearance b4 balik kampung), jadi memang banyak la barang-barang diaorang buang begitu jer...Jadi keadaan lorong memang mengaibkan..hahaha

Aku n staff kat HEA UiTM Johor nie pun dah stat merasa lega pasal exam bakal berakhir hari nier..hehehe. Aku pun dah apply cuti untuk hari khamis n jumaat ni, x tau la lulus @ x oleh PM Yusri..Mintak-mintak dier luluskanlah (dah sebulan lebih aku x balik-balik jenguk family aku) rindu plak rasanyer. Petang nier nak gi kedai member, servis keta aku. Nak jalan jauh nier keta kena dalam keadaan baik (takut meragam tengah jalan, naya aku). Ingat petang esok abis waktu opis aku chow terus n rasanya kali nie aku nak ikut jalan Bera plak la...jauh perjalanan luas pemandangan..hahaha. kalau sesat bleh patah balik ke pangkal Segamat..hehehe. Ok, sampai sini saja untuk ari ni...adios....

Wan Lokman....

Sebelah kiri aku...Lokman @ Abg Musang

Pagi nie bukak jer blog tengok ader shout box dari member lamer aku, Lokman. Tahniah kerana skang anda dah jadi Blogger...hehehe..Wan Lokman a.k.a Mr Skarf Rabbit a.k.a Pemukul Nyamuk merupakan kawan warden aku semasa di Lepar ari tu. Kami mempunyai minat yang sama iaitu meminati group-group underground (dier lebih kepada genre hardcore berbanding aku ska @ oi). Idola dier ader la group Butterfingers. Mungkin ini di namakan rambut sama hitam, hati minat benda lain (betul ke?)..hahaha. Lagi satu yang aku sekepala ngan dier nie adalah bab kutuk-mengutuk nier (jenis x makan saman) n cipta skill baru untuk kawan-kawan (mangsa adalah Rozi, Emir, Misai Keli, Tam, Lie n Matlan)..hahaha..

Apapun, Wan Lokman baru jer kahwin cuti sekolah bulan 8 aritu, x tahu la dah muntah-muntah @ belum wife dier, Lokman x citer pun...hahaha. So, as greeting to you 'welcome to the blogger world'............Jangan dera bini anda (pakai skill lain la Abg Lok...)...adios

Isnin, 17 November 2008

Pepaya

Salam....

Best sangat ker citer nier? sumer orang suke tengok. Aku kadang-kadang tertengok gak tapi uat masa skang aku masih kategorikan citer nier sebagai Lawak Bangang (Hero Bodoh)..hahaha. Tapi still ramai yang suke tengok, tu yang pelik tu. Kelmarin setelah tanganku membengkak akibat penyengat(rujuk entry sebelum nie) Epul cakap tangan aku dah jadi mcm tangan Pepaya..hahaha. Citer kat mama dier pun gelak gak, kureng asyem betui. Tapi hari nie dah xder dah cumer petang semalam rasa gatai skit tempat yang kena inject ngan penyengat tur.hahaha. Pagi ni dapat 2 surat panggil kursus kat Shah Alam dan baru jer kejap tadi aku dah tolak satu pasal bertindih ngan Mesyuarat JAC kat sini, penting wooo meeting tu pasal exam baru-baru nie. Sok tinggal nak faks ke Shah Alam jer. Khalid suh aku gier tp paham-paham jer la psl aku nie jenis susah nak gi kursus (aku cepat mengantuk..hehehe). As conclusion baik aku xyah pegi...pueh hati. Hari nie exam macam biasa and xder problem apa-apa setakat nier n esok tinggal sehari jer lagi. Lepaih nier bleh la rileks sikit. Dalam 2 - 3 minggu ni asyik pegi awal jer pejabat n balik pun dah pukul 6 lebih..memang stress gak la. Anyway thanks to all my staff, without you all banyak benda yang aku x tau pasal exam nier..hehehe.

Kalau budak-budak kecik cakap Pepaya kuat n hebat, aku pun nak jadi macam die (kalo wujud la)..sure xder jenayah punyer...hehehe. Tapi uat masa skang nier aku nak jadi hebat untuk keluarga aku, bangsa aku dan agama aku walaupun aku rasakan diri aku masih kerdil nak capai semua tu. Perlu banyak yang aku harus belajar dalam dunia nier..banyak benda yang aku still x tahu n kena belajar. Hidup ni hujung jalannya bersimpang siur, silap jalan terkandas dan terbantutlah nak sampai ke destinasi yang ingin ditujui. namun uat masa skang aku bersyukur cause ALLAH SWT still bagi aku peluang menikmati nikmat hidup yang tak terhingga nier. Aku still harapkan sokongan kalian semua....x tau la hidup tanpa keluarga n kawan-kawan camner (Pepaya pun ader kawan tau..hahaha)......adios

Ahad, 16 November 2008

I love Underground.......


Mendalami sejarah muzik underground di Malaysia

Dari konotasi perkataan/frasa ‘underground’ ini pasti terwujud pelbagai imejan di dalam minda. Malah jika diterjemah secara terus, ia menghasilkan maksud yang sangat mudah untuk difahami semua. Tetapi yang pastinya konotasi kata ini mungkin lebih bererti sekiranya diajukan kepada anak remaja moden kini. Secara tak langsung, terma underground ini dihubungkan terus dengan muzik. ‘Lifestyle’ anak muda yang punya jiwa protes terhadap arus konvensional muzik semasa. Daripada zaman pencetusan aliran underground hinggalah sekarang, banyak perubahan telah berlaku. Tidak salah juga jika mengatakan sejarah muzik underground di Malaysia ini mewujudkan impak yang signifikan kepada corak pemikiran, gaya hidup malahan identiti budaya anak muda moden Malaysia.

Dipercayai pergerakan underground ini mula bertapak di Malaysia sekitar penghujung tahun 80’an. Selaras dengan perkembangan sosio-budaya anak muda dunia ketika itu yang dahagakan kebebasan dan tidak begitu menyukai ideologi golongan konservatif yang menghimpit. Maka tidak terkecuali juga anak muda moden di Malaysia sendiri. Muzik bagai menjadi salah satu bentuk wadah ekspresi jiwa yang melegakan.


Jika disingkap kembali kepada senario hiburan tempatan pada waktu itu adalah tersangat menyedihkan kerana penguasaan golongan karyawan yang tidak punya sensiviti kepada progresi evolusi corak hidup alternatif, golongan muda/remaja. Sebahagian besar karya muzik mainstream yang diciptakan itu perlu berlandaskan kepada nilai komersil dan ini begitu menyesakkan citarasa golongan muda yang ingin sekali mencari kelainan. Sebut sahaja dari segi citarasa muzik, filem mahu pun budaya hidup, jelas golongan anak muda moden mahukan sesuatu yang mungkin tiada nilai komersil langsung tetapi kuat ciri estetikanya.

Bertitik tolak dari kemunduran dunia muzik tempatan, maka kelahiran aliran corak hidup alternatif melalui dunia muzik dilihat sebagai satu cetusan budaya pop yang menjana pengikutnya sendiri. Pada waktu itu rasanya kemeriahan dan keakraban sesama pengikut ‘undergrounders’ terasa utuh kerana bersemangat tinggi untuk mewujudkan dunia muzikal mereka sendiri. Tiada sebarang sempadan yang menghalang mereka dari menikmati alunan protes dan kekerasan dari pemuzik bermahzabkan underground kerana ia turut terkandung bersama cetusan hati dan jiwa pemberontakan remaja pada waktu itu.

Turut sama lahir seiring dengan cetusan ini adalah kepelbagaian corak genre muzik tempatan. Daripada golongan pendengar muzik Melayu yang terkenal sinonim dengan irama leleh maka pencetusan genre muzik dari aliran kumuh Rock n’ Roll seperti Heavy, Speed dan Death Metal bagaikan mantra anak muda. Boleh dikatakan eksistensi gig-gig muzik underground muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan . Walaupun dijalankan secara kecil-kecilan di kelab malam atau pub-pub sekitar kota, namun kehadiran pengikutnya makin bertambah dan secara tak langsung gerakan ini boleh dikatakan mencapai status ‘cult’.

Kemasukan era 90’an, terasa benar-benar memberi impak yang besar. Jelas dari perubahan arah muzikal ketika itu turut sama mempengaruhi gaya hidup terkini dengan kelahiran generation-x yang membuahkan genre muzikal seperti ‘alternative’, ‘grunge’, ‘indie’, ‘brit pop’, ‘punk’, ’skin’, ‘hardcore’ dan pelbagai lagi. Ia bagaikan virus yang pantas menular di kalangan remaja sekolah untuk turut sama mengikuti trend muzikal terbaru hasil import dunia hiburan antarabangsa. Kemeriahan begitu terasa, malah semakin banyak pula band-band gagasan anak muda Malaysia yang hebat wujud pada waktu itu seperti O.A.G, Spiral Kinetic Circus, Carburetor Dung, Butterfingers, Namesis, The Pilgrims, A.C.A.B dan banyak lagi.

Sekitar pertengahan 90′an, industri muzik underground tempatan bagaikan mencapai kemuncaknya kerana semakin banyak penganjuran gig-gig dilakukan di luar daripada ibu kota. Pulau Pinang , Perak dan Johor Bharu turut sama mempunyai pengikut undergrounders tersendiri dan hampir setiap hujung minggu pasti ada sahaja gig-gig yang dianjurkan oleh kumpulan underground tempatan. Apa yang membanggakan adalah kunjungan secara rasmi kumpulan–kumpulan muzik antarabangsa seperti Third Eye Blind dan Fugazi ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan bermain muzik di Fire Discotheque. Penganjurannya dilakukan secara serba serderhana tetapi tetap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak undergrounders Malaysia.

Tidak ketinggalan, pergerakan muzik underground Malaysia ini pernah mendapat liputan yang khusus daripada majalah US berpengaruh seperti Rolling Stone. Pada edisi 528, November 1996, wartawan David Wright-Neville menulis satu halaman penuh tentang cetusan kelahiran budaya underground. Boleh juga disemak pada halaman 39, beliau menamakan tajuk artikelnya sebagai “The Rebels of KL: Malaysian subcultures are smashing stereotypes with their own brands of punk rock and grunge.” Jadi disini aku mengambil satu petikan komentar beliau berkenaan tajuk di atas. “If there is any truth to the maxim that the more oppressive the dominant culture the more creative the subcultures, then tonight’s gathering of punks, skin heads, dreads, and doyen of grunge speaks volumes about modern Malaysia. There are Malays, Chinese, Indians and a smattering of Eurasians, all gathered in an almost celebratory atmosphere which certainly speaks well of Malaysia’s ability to manage its once explosive ethnic mix.”

Malangnya pandangan positif diatas tidak selalunya dikongsi bersama wartawan akhbar perdana Malaysia. Pernah tercetus satu kontroversi yang mengemparkan negara akibat daripada kewujudan budaya underground suatu waktu dahulu. Ia dijadikan satu isu sensasi negara kerana akhbar tersebut menampilkan foto seorang pemuda skin yang sedang asyik berpogo di salah satu gig di ibu kota. Isu laporannya benar-benar memberikan pandangan yang negatif kepada masyarakat dan secara tak langsung remaja Malaysia dituduh menghadapi krisis moral yang parah. Maka semenjak dari insiden itu juga semakin banyak gig-gig muzik underground diserbu polis atas arahan pihak atasan kerana khuatir dengan tahap keruntuhan moral anak muda. Pelbagai penyakit sosial turut dibangkitkan seraya dengan penglibatan ramai remaja yang gemar mengunjungi gig-gig ini.

Semenjak dari insiden itu, maka pergerakan golongan underground menjadi sedikit mundur. Penganjuran gig juga semakin berkurangan walaupun kadang kala setiap bulan pasti ada juga penganjurannya. Maka dari sini terkesan kemunduran dari segi pengelolaannya dan bertambah parah banyak pula band-band yang menemukan titik noktah berkarya mereka di persada underground. Tambah memeritkan adalah apabila insiden Black Metal yang disensasikan oleh pihak akhbar 2 tahun yang lalu … Akibatnya senario muzik underground menghadapi kelesuan.

Walaupun begitu, untuk mengatakan scene underground telah berkubur adalah satu pernyataan yang mengundang kecelakaan kerana ia masih bernyawa dan akan terus wujud selagi ada golongan generasi muda. Jika diperhatikan sekarang (setelah hilangnya badi insiden Black Metal), senario underground kembali mengelegak. Tetapi intensiti dan penyatuan kelompoknya tidak seperti pada zaman permulaannya. Kini lebih banyak gig yang dilakukan atas dasar berpuak-puak mengikut genre muzikal yang tersendiri. Tiada lagi ‘unity’ yang sering dilaung-laungkan dahulu. Kalau diukur pula dari segi prestasi dan penguasaan muzikal memanglah amat membanggakan. Begitu ramai pemuzik muda generasi pelapis memiliki penguasaan dan kefahaman yang baik di dalam soal teknikaliti mereka untuk bermuzik.

Dan isu terakhir yang menjadi kudis adalah soal pengurusan sesebuah show,gig atau konsert yang melibatkan nama-nama kumpulan underground. Sikap para penganjur kadang kala amatlah menyedihkan kerana yang dikejar adalah potensi komersil semata. Mereka bijak memanipulasi keadaan atau etika undergrounders bagi memenuhi keuntungan yang membuah kepada poket di samping tidak memandang serius kepada ‘equipments’ instrument muzik dan juga ‘welfare’ sesebuah band. Ada kalanya bayaran upah yang diberikan kepada band juga mengecewakan dan hanya cukup makan. Jika dilihat dari sudut kewangan memang bukanlah soal pokok, tetapi setiap dari anggota band-band perlulah diberi imbuhan yang seimbang dengan perkhidmatan mereka menghiburkan khalayak.

Jika keadaan ini berterusan, mungkin senario muzik underground tidak mungkin mengalami evolusi sikap dan perubahan yang boleh dibanggakan.....Adios....

Bobskins 16/11/2008, 11.00am

MANCHESTER UNITED 5 - STOKE CITY 0

I'm Man Utd die hard fans...hehehe


Yahhooooooooooo......

MU menang besar malam tadi..hehehe. Game di Old Trafford malam tadi sangat menarik dan MU dah mendahului seawal minit ke-3 melalui sepakan percuma Ronaldo (gol ke-100 Ronaldo bersama Man Utd). Ronaldo malam tadi menjaringkan 2 gol, 3 lagi gol adalah dari Berbatov, Carrick dan Welbeck. Yang bestnyer Arsenal kalah malam tadi ngan Aston Villa, mesti hari ni Iftikhar (lecturer LAW dari London) tak berani tunjuk muka kat HEA ni..takut kena kutuk psl dier penyokong berani mati Arsenal..hahaha. Staf hari n i ramai yang pakai jersey MU @ baju warna merah (HEA UiTM Johor ni memang terkenal sebagai bahagian yang paling ramai penyokong MU).

Malam tadi aku tengok jap jer games tu pasal mengantuk sangat..hahaha. pagi tadi jer tgk highlights kat ESPN...hehehe. Report penuh adalah seperti di bawah :

CRISTIANO RONALDO hit his 100th goal in a United shirt as party time continued at Old Trafford. The club were already celebrating Alex Ferguson's 50 years in football and the visit of Stoke provided the perfect cannon fodder for an entertaining afternoon at the Theatre of Dreams. Ronaldo put the home side ahead with a typically vicious free-kick inside five minutes and added another in the last minute as United ran riot.

Further goals by Michael Carrick, Dimitar Berbatov and 17-year-old Danny Welbeck kept United eight points behind the leaders. United boss Ferguson reckons Ronaldo is back to his brilliant best following his summer recuperation from an ankle injury. He said: “That is nine for the season now. I am sure he will be into double figures very soon. “Overall, he has scored 101 times in 253 appearances, which is an unbelievable return for a winger. “He is back now that’s for sure. We have been waiting for him to get a free-kick and the power he hit the first one with was very impressive.”

Stoke boss Tony Pulis must have known he was in for a tough afternoon when the Portugal star's early strike dipped and swerved to fool the big Dane Thomas Sorensen in the Potters' goal. And the visitors' main weapon was nullified as well - thanks to the steep slope around the pitch at Old Trafford. It meant the Rory Delap was struggling to get enough momentum on his missile-like throws, although he did get enough purchase on one to force Edwin van der Sar into a smart save in the first half. Carrick doubled the lead right on the stroke of half-time. Ronaldo was the provider but the former Spurs midfielder still had a lot to do as he fired a terrific left-foot strike from 10 yards that proved too much for Sorensen. A superb finish by Berbatov made it three.
Darren Fletcher played in Carlos Tevez and he set up the Bulgarian for a typically classy finish, lashing in a volley from six yards out.

United duo Darron Gibson, 21, and Welbeck came on for their Premier League debuts and the latter capped a perfect debut by hitting the fourth six minutes from time. Ronaldo then crashed in his second free-kick in the dying minutes - with again Sorensen getting a hand to the strike. A cruise for United but one they desperately needed to keep up the pressure on Liverpool and Chelsea at the top of the table. Pulis reckons his players will soon shake off the disappointment. He said: “We were doing okay until United scored just before half-time. “When they got another just afterwards, it killed us. “We have done quite well against the other big clubs this season but once we had to chase the game, United just picked us off.”


Man Utd: Van der Sar, O'Shea, Vidic, Evans, Evra, Ronaldo, Carrick, Fletcher (Gibson 63), Park (Welbeck 63), Tevez (Manucho 74), Berbatov. Subs not used: Foster, Anderson, Nani, Rafael Da Silva. Booked: Evra. Goals: Ronaldo 3, Carrick 45, Berbatov 49, Welbeck 84,Ronaldo 89.


Stoke: Sorensen, Griffin (Wilkinson 79), Abdoulaye Faye, Shawcross, Higginbotham, Olofinjana (Cresswell 31), Diao, Amdy Faye, Delap, Fuller (Kitson 68), Sidibe. Subs not used: Simonsen, Cort, Whelan, Tonge. Booked: Fuller, Delap.


Att: 75,369 (taken from The Sun (UK))

Sabtu, 15 November 2008

Penyengat....

Salam...


Pagi sabtu ni merupakan exam untuk hari ke-18, tinggal 3 hari je lagi. Semakin dekat nak abis exam budak semakin ringan kepala aku..hahaha. Hari ni masih ader kes membawa nota ke dewan peperiksaan. Jumlah untuk hari ni yang kantoi meniru ader 2 orang..hahaha. Cekap gak la Ustaz Sazali dapat menerace bdk2 yang cuba meniru nie...hahaha.TQ Ustaz.

Dan aku macam biasa la, kena jadi Investigator (tanpa upah) untuk kes nier..hahaha.Kumpul barang-barang bukti untuk bagi kat HEP kukuh la sikit kes nier, bdk yang kantoi tu siap x mengaku meniru lagi mau jer aku tampor bagi mengaku. Macam la aku xder experience macam diaorang (dalam tiru meniru nie la)..hehehe. Dari rekod sem sem lepas banyak kena gantung la, yang kena buang pun lepas rayuan diringankan untuk digantung semester jer. Kali ni x tau la..hehehe.

Tapi citer yang paling best pagi nier adalah aku telah dinodai oleh penyengat yang celaka. Abis bengkak tangan aku. Citernya gini - tengah siap layan corner depan bangunan pejabat ni selepas pegi monitor tempat exam kat Dewan Sri Temenggong, aku rasa tangan aku pedih2. Pastu tengok ader ekor penyengat still melekat kat pergelangan tangan aku, celaka betui. Kat sini pun ko ketik (kata aku kepada beliau) walaupun dier x paham aku cakap aper kat dier. Tak pasal-pasal aku kena cucuk kat Klinik Penawar (nasib baik Dr Ali keje ari ni psl bdk2 exam)..maknanya dalam 2 minggu nier 2x aku kena cucuk (hari tu kena paku). Nasib kamu la badan..hahaha. Lepas cucuk rasa ngantuk giler, tapi still kena bersengkang mata, exam punyer pasal..hahaha. Dr Ali yang duduk di sebelah kanan aku dalam gambar di bawah. (gambar masa morning break masa kursus kat Kuala Terengganu ari tu).

Petang nier suasana agak terkawal, sebab tu aku masih sempat tulis blog lagi nier..hehehe. Hopefully petang nier xder kes meniru la. Kalao x letih gak la aku nak pi sana....hahaha. Sumer staf pun tengah merilekkan diri... Malam nier ader game Man Utd, so kena la stay up. Game malam nier lawan Stoke City. Harap-harap Man Utd boleh menang. Glory glory man utd.....Go Go Go...hehehe....adios........

Jumaat, 14 November 2008

Untuk MAMA.......

Teacher's Pet - Warisan Wanita Terakhir

  • Bila kita dalam salam perpisahan
  • Namun aku tetap bersamamu
  • Ku rasa bagai satu sentuhan
  • Dalam mimpi ku terbayang wajahmu
  • Dalam dirimu penuh kelembutan
  • Semakin hari namun semakin rindu
  • Tapak tanganmu akan ku genggam
  • Akan ku sentuh ketika sayu
  • Untukmu akan ku semaikan
  • Cinta yang sejati tiada bandingan
  • Dalam kerinduan ku sendiri
  • Dalam kesyahduan kita hadapi
  • Warisan wanita terakhirJiwa raga ku serah
  • Kau ingin milik segalanya
  • Di mana kasihmu tiada kau memberi
  • Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
  • Hanya satu yang ku pinta kasih
  • Kau warisan wanita yang terakhir
  • Dalam dirimu penuh kelembutan
  • Semakin hari namun semakin rindu
  • Tapak tanganmu akan ku genggam
  • Akan ku sentuh ketika sayu
  • Untukmu akan ku semaikan
  • Cinta yang sejati tiada bandingan
  • Dalam kerinduan ku sendiri
  • Dalam kesyahduan kita hadapi
  • Warisan wanita terakhir
  • Jiwa raga ku serah
  • Kau ingin milik segalanya
  • Di mana kasihmu tiada kau memberi
  • Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
  • Hanya satu yang ku pinta kasih
  • Kau warisan wanita yang terakhir
  • Hati sucimu ingin ku miliki
  • Hanya satu yang ku pinta... Kasih...
  • Kau warisan wanita yang terakhir
  • Kau warisan wanita... Yang terakhir...

Kursus lagi..............


Salam.......


Sejak semalam banyak benda yang aku fikir sampai susah nak tidur. Fikirkan masalah, masalah dan masalah. Kadang-kadang aku rasa hidup ni membosankan biler banyak sangat benda nak fikir. Dan setiap benda tu terlalu banyak prosedur untuk dilaksanakan. Alangkah indah jika setiap masalah tersebut dapat di selesaikan dengan cara kita sendiri tapi aku terpaksa akur dengan arahan yang telah ditetapkan....hehehe..


Bulan depan jadual aku penuh ngan meeting dan kursus. Kursus adalah benda yang aku paling takut. Kenapa? pasal masa ni la nafsu makan aku menjadi-jadi (makan free punya pasal..hahaha). Ye la benda free, pastu banyak pilihan plak. So faham-faham jer la. hehehe. Nak dekat Raya Haji pun ader kursus (3-5 Dis di Intekma Resort). Kat sini pun keje berlambak-lambak, abis exam nak kena fikir pasal report and meeting plak. Pastu bulan 12 pasal registration pelajar baru dan lama. kat sini la baru aku dapat rasa kerja pejabat ni LETIH..hahaha.


Mama pun dah rindu sangat, skang pun asyik tersasul macam nak suh balik jer..hahaha. Maybe effect rindu yang teramat sangat kut..hahaha. Tu la ingat minggu depan nak balik Pahang, amik CTR hari jumaat. pastu sambung terus sabtu n ahad...hehehe. Bulan 12 nie banyak gak nak kena fikir = kenduri Tam n Reunion SKM Kota Gelanggi 2. Hari tu dah agree nak gi sana, tapi x tau la lagi. Banyak benda aku nak kena uat rupanya. Hidup aku dalam sebulan nie lebih kepada kerja, kursus, pikir, makan n tidur. Masa utk leisure tu agak sukar uat masa nier. hehehe.


Aku ader terfikir aku hidup macam burung kan best, bebas terbang sana sini. Tapi zaman sekarang pun bahaya gak (pasal ramai pakar lastik n tembak..hahaha) jadi x selamat gak la. Jadi as conclusion..MARI LA KITA PIKIR SAMA-SAMA--Assalamualaikum.............

Khamis, 13 November 2008

Haruan Makan Anak (Gadis Dirogol Ayah dan Abang)

KUANTAN - Bapa kepada lapan anak dijatuhkan hukuman penjara 51 tahun serta 40 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan semalam selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak perempuannya yang masih bawah umur, Mac dan Disember tahun lalu.


Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain dalam keputusannya semalam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 37 tahun, pekerja kilang dari salah sebuah kawasan perumahan kilang di Kuantan, selepas mengambil kira rayuan tertuduh dan hujah pihak pendakwaan.Tertuduh yang mengalami masalah pendengaran sebelum itu didakwa atas dua tuduhan merogol anak perempuannya sebanyak dua kali antara jam 2 hingga 2,30 pagi, 16 Mac dan 15 Disember 2007 di kediaman mereka sebelum dia berjaya ditahan 4 November lalu setelah mangsa membuat laporan polis.


Ketika kejadian pertama, tertuduh didakwa merogol anak keduanya itu yang baru berusia 12 tahun 10 bulan manakala kali kedua, anak gadisnya itu berusia 13 tahun 7 bulanBagi pertuduhan pertama dia dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun berserta 20 sebatan manakala tuduhan kedua dia dihukum penjara selama 26 tahun dengan 20 sebatan dan hukuman ke atasnya berjalan secara berturutan.Lebih mengejutkan apabila anak sulungnya berusia 17 tahun turut menghadapi tuduhan yang sama secara berasingan dalam Mahkamah Majistret Kuantan apabila didakwa merogol adiknya itu awal pagi, 27 September lepas.Bagaimanapun Majistret Nordiana Abdul Aziz dalam keputusannya membenarkan remaja terbabit diikat jamin RM2,000 dengan syarat tambahan setelah remaja itu mengaku bersalah merogol adiknya yang berusia 14 tahun.Mahkamah kemudiannya menetapkan 7 Januari tahun hadapan sebagai tarikh mendengar keputusan perintah mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 terhadap remaja terbabit.


Sementara itu, Mokhtarudin yang mengalami masalah pendengaran kelihatan tenang dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding mahkamah yang bermula kira-kira jam 2.30 petang semalam.Dia juga mengakui memahami akibat atas pengakuannya bagi kedua pertuduhan yang dihadapi itu malah terus mengekalkan pengakuannya sejurus mahkamah bersambung setelah ditangguhkan seketika untuk penyediaan fakta kes.Bagaimanapun dia yang agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa hukuman ke atasnya berjalan berurutan sehingga boleh sampai 60 tahun penjara berdasarkan peruntukkan hukuman mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang dihadapi iaitu penjara tidak kurang lapan dan tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang 10 kali sebatan.


Tertuduh dalam rayuannya memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan memandangkan dia mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah.Penolong pendakwa raya, Heng Yen Loo dalam hujahnya berkata, dengan mengambil kira fakta kes, tertuduh wajar dikenakan hukuman yang berat apatah lagi mangsa dalam kejadian itu adalah anak kandungnya sendiri.“Sebagai ayah dan ketua keluarga, tertuduh sepatutnya menjadi tempat anak-anak berlindung sebaliknya dia tergamak memusnahkan masa depan anaknya itu semata-mata untuk melepaskan nafsunya,” katanya.


Tambahnya, kejadian itu akan menimbulkan penderitaan mental dan fizikal terhadap mangsa malah trauma yang dilalui itu akan berpanjangan sehingga memerlukan pengorbanan keluarga untuk mendidiknya agar melupakan peristiwa hitam itu.


(Petikan dari Sinar Harian : Mangsa diatas merupakan ex-anak murid aku semasa aku mengajar di SMK Lepar Utara, tak sangka kecil-kecil lagi dia dah menjadi mangsa nafsu serakah dan telah merasai kesakitan yang disebabkan oleh syaitan bertopeng manusia. Imah (bukan nama sebenar) selalu tidak hadir ke sekolah, muram tetapi senyumannya tersimpan seribu rahsia yang dia sahaja mengetahuinya. Aku pernah melihat dier menangis dan apabila di tanya dia mengatakan masalah keluarga. Wallahualam. Aku harap Syaitan - syaitan tersebut mendapat hukuman yang setimpal, bukan sahaja di dunia malahan di akhirat kelak.)

Rabu, 12 November 2008

Tips Mengatasi Masalah Perut Buncit

Jangan la sampai gemuk camnier...(kata aku kepada diri sendri...hahaha)


Aduh!! Perut sudah buncit. Itulah…dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain pakai baju apa saja pun serba kena, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali T-Shirt labuh atau apa saja pakaian yg bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai Jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung. Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup.Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.

Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.

Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.


Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

(Petikan dari blog curahan hati)

Nak Kurus.....

Pegawai-pegawai pentadbiran UiTM Johor

Duk depan lagi...kusyuk giler...(nak lelap mata x bleh la)

Tumpukan perhatian...........

Salam......


Nak kurus? itulah persoalan yang sering bermain di fikiranku. Angan-angan tu ader tapi oleh sebab kekangan masa dan rasa "susah" nak tinggal makanan sedap-sedap, terpaksa la pendamkan niat tur. Mama dah mula perli-perli akan ke"chubby"an aku..hehehe. Aku ader beli slimming tea tapi x minum-minum pun lagi psl xder keyakinan tentang benda tersebut..hehehe. Tapi skang aku dah rase banyak baju n seluar dah ketat dah. Jadi rasanya start hari ni aku nak try kurangkan makan la. Nak exercise kat gym x bleh lagi psl aku still sibuk skang nie, hari-hari balik kul 6 lebih. Balik pun terus mandi, rehat jap dah nak ready ke masjid plak. Itu la rutin aku sejak 29hb okt yang lalu. Exam pun dah nak abis dah, tinggal 6 hari jer. Budak-budak sini pun dah ramai abis paper n ready nak balik jer...hehehe.


Aku next week ingat nak balik kampung, lama dah x balik rindu plak kat orang-orang kat sana. Ingat aku nak bawak keluargaku tinggal kat Segamat nie, maybe tahun depan kut psl skang aku belum ready lagi. ready dari segi masa n wang ringgit..hehehe. Pasal exam? pagi nie kecoh sikit pasal masalah ketiadaan pengawas peperiksaan. Aku terpaksa meminta bantuan staff aku sendiri untuk mengawasi peperiksaan..hehehe. Kelam kabut gak la, aku pun x berapa tegas sangat dalam mengarah staf aku nie...hehehe. Cuma staf perempuan jer yang paham sikit n sedar apa yang aku nak dari diaorang nie. Aku still x pandai menggunakan kuasa yang ada kat tangan aku ni...hehehe.


Sampai sini saja coretan aku pada hari nie, terimalah gambar-gambar masa kursus hari minggu baru nie kat Terengganu...adios....

Ahad, 9 November 2008

BMW series R1200

BMW R1200 GS..mcm scrambler...hehehe

X pakai rantai.....mcm kereta la....

banyak giler button..radio pun ader..canggih-canggih..

Macam nie pun rege sampai RM100k lebih...baik beli umah..hahaha

Mimpi je la nak pakai camnier......tapi harap-harap boleh kut...hehehe

Mampukah aku pakai motor camnier? kalau ader impian Insya'allah ALLAH S.W.T akan tunjuk jalannyer...Amin....



Grand Continental, Kuala Terengganu 6-8 November

Gambar dalam masjid kristal...

Binaan yang menarik...

masjid yang cantik..kalau xder jemaah sayang jer.....

Aku baru kembali ke Segamat malam tadi lebih kurang pukul 10.30 malam. Kursus yang aku hadiri di Kuala Terengganu berkaitan Pemantapan Budaya Kerja Cemerlang sangat meninggalkan kesan dalam diri setiap pentadbir dari UiTM Johor ini. Walaupun sesi slot ceramah hanyalah 4 sesi tapi input yang di berikan amat berguna kepada kami yang menjadi ketua bahagian di sini. Seramai hampir 40 pegawai hadir. Kata-kata penuh bermakna dari pengarah UiTM Johor yang mengharapkan perubahan amatlah bermakna dan sesi ceramah dari Dr Amin (Fakulti Perubatan) dan Pengerusi Eksekutif Technohouse sangat menarik dan tidak membosankan. Konsep santai dalam program ini menyebabkan para peserta tidak terasa masa selama 3 hari itu.


Terima kasih di ucapkan kepada En Khairul dan Bahagian Pentadbiran kerana menganjurkan kursus yang julung kali diadakan ini bagi pegawai-pegawai kumpulan A. kat sana sempat gak la melawat Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Kampung Losong, Pantai Batu Burok dan lain-lain. Hari ni datang opis aku sempat membawa keropok losong dan cenderamata untuk staf-staf aku.. Hari ni pun kena keje gak, exam tetap on..hehehe..adios..chow sin chee........salam......

Rabu, 5 November 2008

Sakit.....

Macam gigit semut jer kena inject nier......

Sakit nampak senang di ubati...sakit "x nampak" apa ubatnya?..hehehe


Salam....

Pagi ni kul 8 lebih aku dah pergi klinik penawar (klinik UiTM Johor) untuk mendapatkan rawatan kerana batuk dan terpijak paku karat kat Masjid petang semalam. Batuk dah 3 hari dah tapi dah terlanjur ke klinik baik aku minx ubat batuk terus...hahaha. Aku ingat nak biar jer kesan paku tu tapi rasa gatal jer tempat yang kena paku tu. Dan pagi tadi Dr Ali (member kat sini) terus bagi injection untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Aku juga di bekalkan dengan ubat-ubat untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Aku x pernah merasa takut untuk ke klinik (x macam mama) bagi aku injection hanya sakit mcm kena gigit semut jer....hehehe..teringat masa sunat ari tu (nak pujuk org kena ckp camtu la). Pagi ni setelah minum ubat batuk rasa ngantuk la pulak. Tapi aku kena tahan la, maybe tengahari nanti tido kejap la..hahaha.

Hari nie kul 7.15 aku dah gerak ke opis n bukak bilik kebal dan menyediakan kertas soalan untuk hari ni. Pagi tadi aku kuarkan ngan abg Hadzir jer pasal staff ramai x masuk keje lagi. Tapi aku respeks kat diaorang psl awal-awal pagi dah terpacak kat opis nie. Tanpa kalian x bermaknalah peperiksaan pada kali nie..hehehe. Kak Lim pun dah sihat n kembali bekerja ari ni, awal2 lagi dier dah uat air Nescafe Tarik. Sumer tunggu air dier uat, semalam minum air free (org promosi nescafe datang) kami kat sini aper lagi kuar la 2 jug untuk isi air tuer..hahaha. Yang pelik tuer yang free lemak berkrim kalau yang kita bancuh x jadi camtu plak..konpius betui..hahaha. Malam tadi kuar makan agak lewat (kul 10 lebih baru kuar), kuar ngan Haji Ros n makan kat Saufi Hanim. Kalau mkn kat sini kena isi lauk banyak2 kalo x rugi..better mkn banyak2..hahaha. Aku cam biasa la, ayam goreng saufi hanim mesti ader (rempah dier sedap) pastu sambal kupang (paberet Basha). Sembang2 tup tup dah kul 11.30 terus balik..hehehe..Shud lepak umah aku jer psl dier dah bungkus mee goreng kat pasar malam depan UiTM. Abis tengok Slam Dunk dier layan movie plak. Ingatkan nak tidor kat umah aku, tup2 nak balik..hehehe.

Esok seawal kul 8.00 pagi aku akan bertolak ke Kuala Terengganu menghadiri kursus. Ini la masa aku dapat berehat sikit..hehehe. Harap harap dapat jumper member2 lama kat sana...aku rindu nak dtg Terengganu, last aku pegi adalah pada tahun lepas (masa Interview HR Exec kat Primula Hotel)..so harap-harap banyak dah berubah kat saner...kalo aku x update blog aku sok paham-paham je la...hahaha. Sampai sini saja coretan aku pada hari nier...adios...salam.........

Selasa, 4 November 2008

Bunkface - Silly Lily

Best....

Aku suka lagu alternative dari group indie baru..Bunkface..lagu ala ala Green Day and Subculture...lagu top Silly Lily...Lirik adalah seperti di bawah....

Silly Lily!!
Walking over me
Like a desperation going to explain
But the nightmare
And illusions
She wont happen to believe that its on me
Waiting for a sign every time she comes
Its getting so unreal to
Believe That Everyday!!
Silly Lily!!
Never really liked me
She told everyone thatI was such a gay
But
Silly Lily!!
Thought it would be easy
Her philosophy is
Being left behind because of me
Silly Lily
Walking over me
Like an ordinary girl
I would ignore to pass the time
But the nightmare
And illusions
She makes everything so right
It got me going every time
Waiting for a sign every time she comes
Its getting so unreal to
Believe That Everyday!!
Silly Lily!!
Never really liked me
She told everyone that
I was such a gay
But Silly Lily!!
Thought it would be easy
Her philosophy is
Being left behind because of me
Silly Lily, like an impact strike on MTV
Silly Lily, like a new beginning to believe
Silly Lily, like an activated misery
Silly Lily, like a rush towards the possibilities

Degil.....

Suka mak tiri laki atuk ko jer parking keta camnier...aku bakar saja jer...

Salam....

Jiwa kacau? itu yang aku rasakan sesetengah remaja masakini alami. Hidup penuh ngan impian tetapi x tau cara untuk mengapai impian itu dengan betul. Ada yang amik jalan mudah dan merasakan jalan yang di pilih itu adalah yang terbaik untuk diri mereka. Bila jalan yang di pilih itu salah, ini terus menyebabkan mereka terus terbabas dan tenggelam di dalam lautan yang dalam. Kesan dari ini menyebabkan mereka menjadi x ketahuan dan jiwa mereka menjadi kacau. Jalan mudah, bunuh diri @ hisap dadah. Yang teruk? badan mereka sendri.

Degil? bagi mereka yang rasakan diri mereka Otai @ gangster. Ingat baguih ker? Hahaha...dan Budak-budak kat Sempana Riau pun ramai yang macam nie. Malam-malam bising dan menjerit sampai tengah malam, tanpa memikirkan perasaan kawan-kawan mereka yang sedang study dan membuat preparation untuk exam keesokkan harinya. Walaupun berulang kali di tegur mereka tetap melakukan perkara yang sama. Kalau adik aku la, lama dah aku ikat kat pokok pastu bagi kerengge gigit..hehehe. Nak melawan betui. Camtu gak ngan kes main skateboard kat bawah asrama dan parking kereta kat bawah kolej. Bukan saja menyusahkan PPP tetapi juga menyusahkan banyak pihak. Malam tadi pegawai keselamatan telah di panggil untuk keluarkan surat-surat saman pada pelajar-pelajar yang parking kereta. Itu hanya langkah sementara saja bagi aku. Maybe saman RM10 tu bagi mereka kacang jer nak di jelaskan..anak orang kaya la katakan. Maybe lepas nie aku nak propose agar denda saman akan dimaksimumkan sehingga RM200, padan muka.

Hari ni macam biasa la, exam. Aku akan pastikan aku sampai ke Opis before 7.15am. Jadi kul 6.15 setiap hari aku dah bersiap sedia bangun dari tidur walaupun malam-malam aku tidur agak lewat...Mama pun paham2 jer kalau aku x berbalas msg (dah tido la tu). Nak uat camner, ngantuk la katakan. Sabar jer la ngan perangai papa sorang nie. Masa exam nie tanggungjawab dah mbertambah mencabar la katakan. Jangan merajuk macam ari tu dah la. X pandai la nak pujuk-pujuk nie...banyak lagi benda nak pikir time2 kritikal camnier........

Sampai sini saja coretan pada hari ni...adios...chow sin chee.............

LAILA'S LOUNGE - Mawar Khayalan (OST Kami The Movie)

Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Seluas laut yang terbentang
Dan buihnya terapung di awangan
Derita, derita yang mencengkam
Cuba untuk aku bertahan
Dimana oh wajah yang berkeliaran
Sungguh kudamba kehadirannya


Oh mawar khyalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya…
Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia oh wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya


Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya
Untuk haiwan di rimba
Globalisasi cuma
Jadi tuan si hamba
Ooo monarki untuk apa
Badut-badut istana
Lalalala

Oh mawar khayalan

Isnin, 3 November 2008

Sesi Perbincangan..........

Sumer tengah sibuk berdiskusi..hehehe

Menyibuk kat group HEP (tengok aper yang diaorang uat)....

Tengok En Joe masukkan budget Unit Kokurikum....

Ngan group aku - Ustaz nawi, Ustaz saidin dan En Jailani

Sibuk betul @ uat-uat sibuk...hehehe

Gambar masa sesi perbincangan di Colmar Tropicale ari tu...yang upload sebelum nie asyik gambar aku jalan-jalan jer yang banyak...hahaha. Terimalah.....

Kecoh......

Salam......

Lawak ader, risau pun ader...kalut betul la pagi ni, rupanya banyak betul prosedur tentang peperiksaan yang aku perlu tahu. Dan aku bila dah kalut nie mula la nak marah dan fed up walaupun salah sendiri..hahaha. Macam-macam hal, dah la aku kena ke hulu dan ke hilir cuma pasal statistics table xder untuk paper QMT. Benda kecil jer tapi bleh jadi besar...hahaha. Tapi pengalaman akan mendewasakan kita...itu aku nyer opinion dan aku sanggup menerima apa jua yang akan berlaku selepas ini...hahaha. Malam tadi aku tidur agak awal kira-kira kul 11, mungkin pasal terlalu keletihan pasal hari semalam. Aku rasa sangat mengantuk walaupun banyak lagi benda yang aku nak lakukan semalam..hahaha. Malam tadi pun aku bungkus nasi goreng jer pasal member2 PPP semua x balik lagi. Housemate pun x balik lagi. Hari khamis ni sampai hari sabtu aku dah nak kena gi Kuala Terengganu kerana Kursus Pemantapan Budaya Kerja Cemerlang Staf Pentadbiran Kumpulan Pengurusan & Professional UiTM Johor dan kursus ini akan dirasmikan oleh Tuan VC. Nampak gayanya aku terpaksa meninggalkan staf HEA yang terpaksa bertungkus lumus di musim peperiksaan nie. Tapi hari sabtu nie kalo sampai awal aku ingat nak masuk opis la untuk memastikan exam berjalan lancar. Setakat 6 hari ni aku merasakan pressure yang sangat kuat tetapi x seteruk masa aku di UMW Toyota dulu la. Kat sini OK sikit..hahaha. Tentatif program kursus tersebut akan dipenuhi dengan sesi ceramah dari konsultan luar dan UiTM sendiri. Di harap kursus ini dapat memantapkan lagi diri aku dengan ilmu untuk menjadi seorang ketua yang baik dan berdedikasi...Sampai sini saja coretan aku pada hari ni....adios...chow sin chee.................