Khamis, 12 Februari 2009

Melayu berpecah? Apakah ini benar??


Orang Melayu banyak yang hidup di kawasan kampung. Ada yang duduk di bandar dan luar negeri.Melayu di Malaysia banyak yang mengambil pinjaman untuk belajar tinggi. Anak Melayu VIP dapat biasiswa. Kalau tak layak ada pintu belakang. Melayu miskin dahulu dapat biasiswa tetapi sekarang sedang bayar bunga pinjaman.Banyak mereka ini hidup berhutang. Inilah gaya orang Melayu di bawah kerajaan yang memerintah kerajaan pusat (atau kerajaan tunjang). Apakah nama parti di belakang kerajaan sekarang ini?Nama partinya ialah BN. Semua orang tahu.Kepada yang masih tak tahu, sila pindah duduk Bangladesh.

Orang UMNO banyak memberikan kata putus dalam BN.Cuma apabila BN mahu tumbang, barulah UMNO memberi kelonggaran pada parti komponen yang dianggotai oleh orang bukan Melayu aka bukan Bumiputera.Tunku Abdul Rahman sangat disanjungi orang UMNO. Tak sampai setiap 3-6 bulan ada sahaja mainan video di kaca TV tentang Tunku Abdul Rahman.Tunku Abdul Rahman suka bumi Malaysia ini didiami oleh masyarakat pribumi (bumiputera) dan termasuk kaum pendatang pada masa dulu, yang sekarang ini telah menjadi salah satu daripada warganegara Malaysia iaitulah masyarakat India dan Cina.Konsep Tanah Melayu tidak releven lagi. Walaupun saya orang Melayu, saya nak tanya, sejauh manakah, kita perlu membenarkan masyarakat bumiputera ini bermimpi dengan payung kuning? Maksud saya pelbagai hak istimewa.

Malaysia milik 3 kaum majoriti. India, Cina dan Melayu. Ramai warga veteran bumiputera masih bersemangat untuk menyatakan Malaysia adalah milik Melayu, 'Ini tanah Melayu' dan sebagainya. Apakah warga veteran bumiputera ini, tidak sedar yang Tunku Abdul Rahman telah lama mengisytiharkan Malaysia ini milik perkongsian 3 kaum India, Cina dan Melayu?Jangan kita mimpi lagi. Orang Melayu harus disedarkan dengan bermulanya perkongsian Tanah Melayu yang sekarang sudah bertukar nama kepada Malaysia.Cukuplah dengan slogan 'Hidup Melayu' dan 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'. Kita lihat Islam sahaja. Islam mengajurkan kita berbuat baik dan berlaku adil. Sesiapa sahaja boleh anuti agama Islam. Ia tak dikhususkan pada orang Melayu saja.Malaysia ini sekarang sudah jadi sebuah negara yang sudah tunggang-langgang sistemnya.Kaum-kaum di Malaysia tidak sehaluan dalam menjana ekonomi dan politik. Dua benda ini, adalah asas dalam sesebuah negara.Orang Cina dengan perniagaan mereka, orang Melayu dengan hak bumiputera mereka dan orang India dengan hidup melarat mereka. Nah!Apakah penilaian ke atas ketiga-tiga kaum dengan hanya satu ayat tadi wajar sekali?Jangan kita diperbodohkan, di Malaysia masih terdapat masyarakat Cina, India dan Melayu yang miskin.

Ramai yang tidak sedar atau buat-buat tak sedar? Atau mungkin telah diperalatkan oleh media arus perdana? Di mana UMNO dalam isu Tulisan Jawi?Di mana BN dalam isu Biasiswa (untuk semua kaum)?Yang kita sibuk dengar, ialah kes rasuah, kes Altantuya, kes VK Lingam (kes pelantikan hakim guna taukeh judi). Orang muda banyak menganggur. Orang muda Melayu jadi tak tentu hala. Ambil saja satu golongan, iaitu Mat Rempit.

Lahirnya Mat Rempit kerana banyak:-

  • Hiburan yang melalaikan (tak membina minda)
  • Tiada biasiswa untuk semua kaum (Mak bapak rempit dulu ada biasiswa)
  • Tiada model yang boleh diikuti (Mana taknya? Business semua Cina pegang, yang Melayu semua banyak jadi kaki rasuah. Yang berjaya sikit sangat dan duduk diam-diam)
Siapa yang duduk Kuala Lumpur mesti tahu, siapa yang pegang ekonomi. Jika di USA, orang Yahudi Amerika, di Malaysia ini orang Cina.Tidak dapat dinafikan, orang Cina tidak suka dengan hak istimewa bumiputera yang banyak bantu kaum bumiputera dan tidak menolong kaum Cina.Contoh mudah, anak orang Cina belajar pandai dapat banyak A, tak dapat masuk universiti kerajaan. Jadi ini menyebabkan kaum Cina tidak puas hati. Mereka dilayan seperti rakyat kelas kedua. Kalau India pula? Tak tahulah nak kata.

Sekarang, baru kita nampak di mana Melayu masih ketinggalan di dalam sudut ekonomi.Setelah 50 tahun UMNO memerintah.Contohnya ialah, UMNO sendiri takut DEB dihapuskan. Kerana mereka tahu DEB telah diperalatkan oleh kroni-kroni pengkhianat negara yang telah 50 tahun lamanya diperalatkan.Orang Melayu ramai yang takut untuk menghadapi kenyataan yang mereka ketinggalan dari segi ekonomi, teknologi dan agama.Orang UMNO memperlekehkan agama. Lihat apa yang selalu paparkan oleh RTM mengenai kepimpinan dan perjuangan Tok Guru Nik Aziz. Beliau bawa Islam bukannya Islam Hadhari yang baru wujud pada sekitar tahun 2000.Sebab itulah kita orang bumiputera kena bekerjasama dengan India, Cina. Kita hidup dalam tanah Malaysia ini harus bersatu. Kita harus belajar bahasa semua kaum di Malaysia. Kita harus buang sempadan Melayu untuk Melayu, Cina untuk Cina dan India untuk India.Mustahil bagi sesebuah negara untuk mencapai kata sepakat jika minda kita masih ditakuk lama. Minda Tanah Melayu, minda Hidup Melayu dan minda Ketuanan Melayu.

Dengan adanya keterbukaan dari segi ekonomi dan politik serta dicampur dengan kebebasan bersuara, apa masalahnya?Jika terjadi suatu hari nanti, orang Cina berkelakuan seperti UMNO dan membawa pula slogan Ketuanan Cina.Kita semua satu Malaysia termasuk orang-orang Cina, Melayu dan India yang ada mesti membantah ketidakadilan yang di bawa golongan itu.Apakah Tuhan telah tersilap menjadikan pelbagai kaum di Malaysia atau pun pelbagai kaum di dunia ini?

Lupakah kita pada Ayat 13 Surah Al-Hujaraat?Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).Buanglah hasad dengki sesama manusia, kerana takkan ada suatu jalinan antara kaum jika ia tidak dimulakan dengan keikhlasan.

Apakah terdapat keikhlasan dalam sistem perkongsian kekayaan di Malaysia untuk 3 kaum India, Cina dan Melayu ini? Malaysia perlu lalui satu era reformasi. Bagi yang masih terkenang akan kesilapan Tunku Abdul Rahman yang memberi kewarganegaraan pada kaum Cina dan India itu, ibarat nasi sudah menjadi bubur. Lupakan saja.Sekarang Malaysia sudah jadi milik 3 kaum. Sudah tiba masanya untuk kita semua bersatu tak kira kaum. Inilah cabaran kita dalam era 2000 ini. Malaysia Boleh!

2 ulasan:

Mr. H berkata...

satu je...kita kembali ke jalan Allah...baru la boleh kata "takkan melayu hilang di dunia"

Tanpa Nama berkata...

Saya tak tahu Tuanku Abdul Rahman buat silap ataupun tidak, tetapi saya rasa dekat Malaysia akan muncul lebih ramai lagi Orang Islam disebabkan kepelbagaian kaum. Sekarangpun ramai yg masuk Islam but we only see Lina Joy sbg ancaman. Kalau boleh 50 Ahli Parlimen MELAYU dan ISLAM tu mesti tarik balik signature depa buat utk pertubuhan IFC.