Rabu, 25 Februari 2009

Tongkiat (Sungai Jerik)

Kedai yang cat hijau nier dulu kedai jual buah2 n sayur


Welcome to tongkiat

Salam.....

Bila terkenangkan zaman dulu-dulu nier, nama tongkiat memang x lekang dari ingatanku. Kat sini la tempat aku shopping selain dari Bandar Jengka dan Jerantut. Tapi pekan Tongkiat lebih dikenali sebagai pekan spare parts motor. Kebanyakkan harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding kat Jerantut n Jengka. Kita juga boleh negotiate harga barang tersebut. Dari pekan lama sampai la ke pekan yang baru dibuka, aku selalu gak mengunjungi tongkiat bila nak cari barang-barang motor nier.......spare parts Aprilia Pegaso xder la kut, kalo motor cup, RXZ n Panther tuer ada la...hehehe.

Kitaorang akan pergi sana secara berkonvoi, pada kebiasaannya pada hujung minggu (cuti sekolah)...Polis pun x kaco jalan tongkiat nier, bagi yang xder lesen memang selamat la....time jumpa geng2 moto lain jer, kami nganjing bagi makan asap..hehehe. Masa sekolah rendah, bila nak gunting rambut jer ayah aku akan bawak pergi tongkiat...Dan aku ingat lagi ada kedai india atas bukit...kat situ la tempat aku selalu gunting (skang kedai tuer dah tutup). Kalo spare parts motor, aku selalu cari kat kedai2 moto yang murah dan dikenali sebagai kedai basikal dan kedai ayam. Memang murah barang-barang motor kat sini. kalo nak tau, motor Gamma aku tuer aku spray kat kedai basikal la...murah sikit.

Bapak aku juga selalu cari baja n racun pokok kelapa sawit kat Tongkiat nier, bila balik aku la kena pegang benda-benda tuer...kadang-kadang ayah aku letak dalam raga motor jer. Dulu kat Bandar Lama, ada satu kedai mamak yang jual Mee Goreng Sharifah Aini...hehehe. paberet orang2 kat sini. Tapi aku lebih suka rojak tongkiat...tapi sejak pindah ker pekan baru nier..jadi x sedap dah rojak diaorang. Dulu pekerja2 kat kedai mamak nier just pakai singlet n kain pun siap ikat macam citer2 india skang..hehehe. Maybe tuer la yang membuatkan rojak tuer sedap kut...(kesan masin n masam..hahaha). Kat jalan tongkiat nak ke kuala sentul ada tempat berkelah dikenali sebagai Lubuk Yu..memang best mandi kat sini. Skang tempat tuer dah dikomersialkan sebagai tarikan orang ramai untuk berkelah. Kat sini juga terdapat sebuah kuil india yang agak besar dan terkenal.

Tuer la antara kenangan aku ngan pekan tongkiat nier. Tempat jatuh lagi dikenang, tempat jauh di hati xkan hilang....hehehe....ayat jiwang....adios

4 ulasan:

BLOG GENERASI FELDA berkata...

Assalamualaikum
adalah dimaklumkan bahawa blog sdr telah disenaraikan didalam kumpulan blog generasi felda, oleh itu adalah diharapkan agar org-org bijak seperti sdr, tolong mempopularkan blog ini dikalangan generasi felda,
sdr boleh memberi cadangan dan teguran tentang bagaimana mahu supaya blog ini lebih berdaya maju.
sekian terima kasih .

zuiyanhong berkata...

Elo brother, you guna photos saya tanpa keizinan. Sekurang-kurangnya terangkan asalnya gambar yang you copy.

Ini link saya.

Sungai Jerik

Unknown berkata...

love u all

azronali berkata...

Saya dok sana thn 76... Kerja kat Guthrie Estate.. Masa tu pekan Tong Kiat ada yg terbakar.. Tapi tak ingat la sebelah mana. Deret kiri atau kanan.. Dulu pekan ni la tempat kami shopping bila dpt gaji. Ada jugak mereka dari Felda Padang Piol.. Bandar yg terdekat adalah Bndar Jerantut la..