Jumaat, 20 Februari 2009

Pengakuan.....

Malam tadi seorang pelajar telah membuat pengakuan...pengakuan akan suatu kebenaran. Rasa insaf dan takut yang menghantui diri mereka sepanjang masa akhirnya berjaya diluahkan...diluahkan demi satu penyesalan. Pengakuan yang membawa kepada satu lembaran baru dalam hidup beliau..yang bakal membawa kehancuran...kehancuran hati kedua orang tua yang mengharapkan anaknya berjaya....berjaya dalam hidup dan bukannya menjadi hamba najis dadah....

Kedua-dua rakan beliau yang disabitkan dengan penyalahgunaan dadah ini telah pun diambil tindakan. Sorang dibuang dan sorang digantung. Pencarian manusia bernama Amy sangat merunsingkan PPP termasuk aku....tup2 malam tadi dier rasa takut sangat sehingga sanggup untuk dibicarakan. Lagi mudah kerja aku. Sok pagi nak kena bawak ke Pejabat Keselamatan untuk di ambil statement kesalahannya. Akhirnya syaitan-syaitan SR berjaya diberkas.....tapi aku percaya masih banyak lagi kes2 camnie berlaku di SR...aku akan siasat...korang nak nyorok mana?...hehehe...Insaf la wei...orang melayu...Ingat Mak Ayah kat umah....

Tiada ulasan: